Dasinem Family Homestay, Homestay Di Yogyakarta, Homestay Murah Di Yogyakarta, Indonesia, Jogja, Jogjakarta, Murah Dan Selesa, Percutian Ke Yogyakarta, travel, Zen Rooms Pogung Syariah

Travel Yogyakarta (Part 2) – Zen Rooms Pogung Syariah Homestay Yang Murah Dan Selesa – (Kredit image : www.hotels.com)

Bila kita travel ke luar negara dengan budget yang tak seberapa, haruslah kita pikirkan nak duduk di tempat yang murah tapi selesa dan bersih. Nak duduk hotel  4 5 bintang macam tak berbaloi rasanya sebab ikut plan memang dari pagi sampai petang/malam baru balik bilik, rugi rasanya bayar mahal-mahal tapi tak gunakan sepenuhnya bilik tersebut.

Bila plan ke Yogyakarta ni, dan kami pula berempat, jadi di comparekan harga duduk hotel dan homestay maka kami sepakat memilih duduk di homestay kerana harga untuk kami berempat lebih murah jika kami duduk di hotel, kiranya berbaloi sangat. Selalunya homestay memang meletakkan harga murah dan berbaloi jika kita beramai.

Dasinem Family Homestay, Homestay Di Yogyakarta, Homestay Murah Di Yogyakarta, Indonesia, Jogja, Jogjakarta, Murah Dan Selesa, Percutian Ke Yogyakarta, travel, Zen Rooms Pogung Syariah

Dasinem Family Homestay, Homestay Di Yogyakarta, Homestay Murah Di Yogyakarta, Indonesia, Jogja, Jogjakarta, Murah Dan Selesa, Percutian Ke Yogyakarta, travel, Zen Rooms Pogung Syariah

Memang banyak homestay di Yogyakarta ni, tapi nak dapatkan yang bebetul-betul memuaskan memang mengambil masa sedikit. Boleh aje duduk di kawasan yang dekat dengan

Akhirnya kami sepakat memilih Zen Rooms Pogung Syariah sebab dari review yang kami perolehi ramai yang kata homestay ni best (kami harapkan daripada review mereka yang pernah duduk sini sebab kalau ikutkan dari gambar memang selalunya lain dari yang kita harapkan).

Zen Rooms Pogung Syariah – Homestay Di Yogyakarta Yang Murah Dan Selesa

Dasinem Family Homestay, Homestay Di Yogyakarta, Homestay Murah Di Yogyakarta, Indonesia, Jogja, Jogjakarta, Murah Dan Selesa, Percutian Ke Yogyakarta, travel, Zen Rooms Pogung Syariah

Untuk sampai ke Zen Rooms Pogung Syariah terletak di Homestay Keluarga Dasinem, Yogyakarta ni, kami kena melalui kawasan perumahan yang padat, kena lalu lorong-lorong kecil untuk sampai ke homestay, permulaan memang pak supir tersesat juga walau merupakan orang tempatan sana, tak boleh nak buat apa..jalan dia memang berbelit-belit walaupun sebenarnya tak lah jauh dari jalan besar hehehe.

Dari luar homestay nampak sederhana dan biasa-biasa sahaja, tapi  tak sangka bila jejakkan kaki ke dalam bilik, lebih daripada apa yang saya gambarkan. Nak kata penuh dengan kesempurnaan tu tidak le, tapi kalau ikutkan dengan harga yang cukup murah, memang kira selesa juga lah homestay ni.

Dasinem Family Homestay, Homestay Di Yogyakarta, Homestay Murah Di Yogyakarta, Indonesia, Jogja, Jogjakarta, Murah Dan Selesa, Percutian Ke Yogyakarta, travel, Zen Rooms Pogung Syariah

Berkonsep aprtment 3 tingkat yang mana di bawah sekali bilik pertama, tingkat 2 ruang dapur dan makan dan atas sekali ruang bilik ke 2. Dengan bilik dan katil yang besar serta ada pemandangan yang menarik iaitu ada fish pond di bahagian luar bilik buatkan saya ok jugaklah dapat duduk disini. Dah bayar murah, tak kan nak harapkan macam duduk hotel 4 ke 5 bintang pulak..hehehe.

Dasinem Family Homestay, Homestay Di Yogyakarta, Homestay Murah Di Yogyakarta, Indonesia, Jogja, Jogjakarta, Murah Dan Selesa, Percutian Ke Yogyakarta, travel, Zen Rooms Pogung Syariah

Zen Rooms Pogung Syariah terletak di lokasi strategik di Depok, merupakan salah satu daripada tempat paling popular di bandar ini. Hanya 4 km dari pusat bandar, lokasi strategik dan tetamu boleh ke mana-mana sahaja dengan cepat dan mudah ke tempat-tempat tarikan.

Bagi saya memang dah puashati dapat duduk di Zen Rooms Pogung Syariah ni, maklumlah bukan sentiasa kami berada dalam bilik, keluar pagi balik malam. Itu ajelah kerja kami. Rugi pulak rasanya kalau pergi jauh-jauh tak melawat tempat menarik dan merasai makanan tempatan di sana.

Ok harga yang kami dapat masa ke sana (rate sekarang tak tahu) RM290 untuk 4 malam (makna semalam untuk sekepala RM72.50) – tidak termasuk breakfast. Haa murah ke idok??

*Psstt – Jom singgah baca di entry sebelum ini :

Travel Yogyakarta (Part 1) – Warung Satay Klatak Pak Pong Tempat Makan Sedap Di Yogyakarta