XPAX, Kejohanan E-Sukan Kampus 2019, Media Prima Digital, Celcom Axiata Berhad, KEK, e-sukan Malaysia, Kejohanan e-sukan, e-sukan institusi pengajian, Hadiah Tunai RM180000

XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus 2019

Pertandingan e-sukan semakin disambut baik oleh penggemar sukan berasaskan permainan video itu. Apa yang penting ianya dapat membuka mata orang ramai selain memberi banyak pengetahuan kepada komuniti e-sukan tempatan yang sedang berkembang pesat.

Dengan itu, baru-baru ini pihak Media Prima Digital dan Celcom Axiata Berhad telah mengumumkan XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus (KEK) 2019, kejohanan e-sukan Malaysia yang pertama menampilkan pasukan e-sukan institusi pengajian tinggi terbaik di seluruh negara, bertanding bagi merebut hadiah tunai terkumpul berjumlah RM 180,000.

Dianjurkan MyGameOn, dengan kerjasama rakan e-sukan mereka Kitamen, acara ini akan diadakan di lima zon berbeza di seluruh negara. Hadiah utama tunai boleh dimiliki semua peserta yang akan bertanding dalam 3 kategori permainan berbeza: Mobile Legends Bang Bang, Pro Evolution Soccer 2019 dan DOTA 2.

Kejohanan e-sukan ini akan dimulakan dengan pusingan kelayakan atas talian di bulan Februari di mana pasukan bertanding akan merebut tempat ke pusingan Top 16. Kesemua pasukan yang layak bagi setiap permainan di setiap zon akan beraksi secara sihat dan sengit dalam pusingan zon final pada bulan Mac.

Pemenang setiap zon pula kemudiannya akan ke peringkat grand final bagi merebut kejuaraan dan hadiah wang tunai utama yang akan berlangsung akhir April di Kuala Lumpur. Lebih menarik lagi, institusi pengajian tinggi dengan pasukan menang paling banyak juga berpeluang menerima biasiswa bernilai RM 50,000, dibawakan oleh jenama terkemuka Celcom, XPAX, sebagai salah satu inisiatif mereka dalam memperkasa e-sukan. Selain XPAX, Predator akan turut bersama menjadi rakan rasmi KEK.

Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Encik Rafiq Razali berkata “Media Prima Digital sangat komited dalam membangunkan industri e-sukan di Malaysia dan oleh sebab itulah, kami menganjurkan KEK. Ini merupakan peluang berharga untuk industri permainan tempatan dengan adanya penyertaan jenama besar seperti XPAX yang turut menyokong pemerkasaan e-sukan pada peringkat universiti dan dalam masa yang sama memberikan peluang yang sama kepada semua pemain e-sukan termasuklah di peringkat akar umbi untuk turut sama berkongsi pengalaman sama seperti yang ada di Lembah Klang.

Kami sangat berbangga dapat menyemarakkan lagi industri e-sukan melalui inisiatif yang dilakukan di bawah portal permainan kami, MyGameOn dan dengan adanya KEK, kami berharap dapat mendidik lebih 1 juta siswa dan siswi dari semua institusi pendidikan tinggi di seluruh negara tentang budaya ‘healthy gaming’ seterusnya memberi pendedahan akan potensi yang dimiliki industri ini terhadap masa depan mereka”.

Memandangkan e-sukan akan dipertandingkan pada temasya Sukan SEA akan datang, XPAX selalu pemangkin rasmi KEK, percaya yang kejohanan ini dapat mempertingkatkan lagi industri e-sukan dan permainan video di rantau Asia Tenggara. Selepas berjaya menubuhkan pasukan e-sukan mereka yang tersendiri awal tahun ini iaitu, XPAX X-ASSINS, penglibatan XPAX dalam KEK turut membawa misi mencungkil bakat tempatan serta mengasah keupayaan mereka menjadi atlet e-sukan professional pada masa hadapan.

Danny Chew, Ketua Pegawai Perniagaan Konsumer dan Kediaman. Celcom Axiata Berhad berkata “Celcom melalui XPAX sangat teruja mempersembahkan KEK memandangkan kejohanan ini selari dengan aspirasi kami untuk menjadi penyedia rangkaian pilihan dalam memenuhi gaya hidup digital para pelanggan kami terutamanya peminat e-sukan tanahair . Ia juga menyediakan generasi muda Malaysia satu platform pemerkasaan di mana mereka boleh meningkatkan kemahiran mereka seterusnya menjadi pemacu kehadiran mereka di dunia permainan video (gaming)”.

Kejohanan e-sukan ini akan turut menyuntik elemen pendidikan sewaktu ketika zon final diadakan dengan menampilkan pameran kerjaya, booth pendidikan, sesi perkongsian dan diskusi bersama pemain-pemain industri, food truck, tarian kecergasan dan banyak lagi.

Para pelajar yang berminat dengan e-sukan dan industri permainan boleh menyertai segala aktviti ini dan merebut peluang yang luas sepanjang kejohanan ini berlangsung. Satu lagi elemen KEK yang cukup menarik adalah cabaran XPAX Hackathon di mana para pelajar diberi peluang membentangkan idea bernas mereka kepada penganjur dan hadiah ekslusif dari XPAX menanti pemenang. Buat masa ini, KEK dijadualkan berlangsung di beberapa universiti utama termasuklah Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Para pelajar yang berminat untuk menyertai XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus 2019  ini boleh mula mendaftar mulai Februari ini serta mengetahui lebih lanjut mengenai KEK dengan melayari www.mygameon.my dan juga halaman Facebook rasmi MyGameOn.