WOW KL, Makan Malam Di Wow Kl, Persembahan Kebudayaan, Malaysia, Dekat Je, cuti-cuti malaysia, Saloma Bistro, MATIC, Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC)

Menikmati Makan Malam Sambil Menyaksikan Persembahan Kebudayaan Malaysia Di WOW KL

Baru-baru ini saya mendapat undangan ke WOW KL untuk menikmati makan malam sambil menyaksikan persembahan kebudayaan Malaysia. Terima kasih kepada Jane Chua kerana menjemput saya makan malam bersama-sama rakan blogger yang lain sempena memperkenalkan WOW KL yang sebelum ini dikenali sebagai Saloma Bistro.

WOW KL, Makan Malam Di Wow Kl, Persembahan Kebudayaan, Malaysia, Dekat Je, cuti-cuti malaysia, Saloma Bistro, MATIC, Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC)

Sebelum ini beberapa kali juga saya ke Saloma Bistro untuk menghadiri beberapa majlis yang diadakan di sana, terkejut jugak bila di beritahu yang nama Saloma Bistro telah bertukar ke WOW KL dan pengurusan pun dah bertukar.

Atas pertukaran tersebut, berbagai perubahan juga turut dilakukan untuk menarik lebih ramai lagi pelancung asing dan juga warga tempatan datang ke WOW KL untuk menyaksikan persembahan kebudayaan sambil menikmati makan malam bertemakan makanan traditional Malaysia.

Banyak juga aktiviti yang diadakan selain pesembahan kebudayaan terdapat juga live band yang diadakan setiap hari, function dinner dan lain-lain lagi. Merupakan antara tarikan terbaru di WOW KL.

Menikmati Makan Malam Sambil Menyaksikan Persembahan Kebudayaan Malaysia Di WOW KL

WOW KL, Makan Malam Di Wow Kl, Persembahan Kebudayaan, Malaysia, Dekat Je, cuti-cuti malaysia, Saloma Bistro, MATIC, Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Live Band

Persembahan Live band diadakan setiap malam untuk mengiburkan pengunjung yang datang

WOW KL, Makan Malam Di Wow Kl, Persembahan Kebudayaan, Malaysia, Dekat Je, cuti-cuti malaysia, Saloma Bistro, MATIC, Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC)

Ramai juga pengunjung menyaksikan Live Band yang diadakan setiap malam di WoW Kl

Disebabkan saya datang awal, jadi sempatlah hang out dengan rakan yang lain di bahagian luar dewan yang mana terdapat bar dan persembahan live show.

Kemudian kami di jemput ke bahagian dalam dewan untuk menikmati buffet dinner sambil menyaksikan persembahan kebudayaan Malaysia. Tak sabar nak saksikan persembahan kebudayaan ni, selalu kalau keluar negara, memang saya suka saksikan persembahan kebudayaan negara yang saya lawati, kali ini dapat melihat persembahan kebudayaan negara sendiri, teruja pulak saya dibuatnya.

This slideshow requires JavaScript.

This slideshow requires JavaScript.

Masuk aje ke dewan, saya lihat tersedia perbagai menu menarik yang amat menyelerakan. Nasib baik buffet so dapatlah saya merasa makanan yang ada disediakan, tapi tak larat lah nak rasa semua..hehehe.

Saya lihat terdapat pelancung dari China turut serta menikmati makan malam di WOW KL. Ramai juga group mereka. Dewan disini cukup besar so nolehlah menampung ramai tetamu.

WOW KL, Makan Malam Di Wow Kl, Persembahan Kebudayaan, Malaysia, Dekat Je, cuti-cuti malaysia, Saloma Bistro, MATIC, Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC)

Dewan si sini cukup luas untuk menampung ramai tetamu

Sambil menikmati makan malam, sambil melihat persembahan yang diadakan, syiok betul..dah lama saya tak menyaksikan tarian kebudayaan rakyat dinegara sendiri, malu aje kan. Melihat mereka menari terasa saya pun nak menari sama, tapi malu pulak bila di ajak menari atas pentas..hehehe.

This slideshow requires JavaScript.

Yang paling best, bila diadakan majlis perkahwinan orang melayu. Terdapat kompang, silat dan macam-macam persembahan diadakan dihadapan pengantin. Lama betul saya tak saksikan majlis perkahwinan sebegini. Terubat rindu bila di sini mereka buat persembahan sebegini.

Kemudian diadakan majlis merenjis yang mana mereka mengajak tetamu yang hadir untuk merenjis. Mana yang tak tahu di ajar cara-cara merenjis. Kelakar tengok pelancung terkial-kial merenjis, bukan pelancung aje, orang kita Malaysia pun ada yang terkial-kial..hehehe

This slideshow requires JavaScript.

Diakhir majlis, diadakan joget lambak (teringat zaman remaja, pantang ada majlis khawin mesti pergi sebab nak tengok joget lambak..hehehe), masa ni ramai lah juga tetamu berjoget sama di atas pentas. Seronok betul suasana masa tu. Kelihatan di wajah masing-masing happy dan puashati.

WOW KL, Makan Malam Di Wow Kl, Persembahan Kebudayaan, Malaysia, Dekat Je, cuti-cuti malaysia, Saloma Bistro, MATIC, Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC)

WOW KL, Makan Malam Di Wow Kl, Persembahan Kebudayaan, Malaysia, Dekat Je, cuti-cuti malaysia, Saloma Bistro, MATIC, Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC)

Bersama barisan blogger dan penari-penari kebudayaan

Apa yang nak saya katakan, WOW KL memang hebat dengan hidangan yang perbagai, pertunjukan kebudayaan yang menarik serta live band yang menghiburkan malam anda! Ianya sesuai untuk pelancong dan sesiapa sahaja untuk mengadakan sebarang acara/majlis rasmi ataupun boleh adakan majlis perkahwinan gilang gemilang disini.

Lokasi yang betul-betul strategik, restoran yang berkeluasan besar serta makanan yang lazat, bangunan yang bersejarah antara faktor yang menjadi tarikan pelancung untuk datang ke sini.

Bukan itu sahaja, pertunjukan kebudayaan yang bertenaga dan menghiburkan memang menarik minat saya walaupun saya asalnya orang sini, jadi tempat ini bukan hanya untuk pelancung asing tapi juga warga tempatan. Kesimpulannya, tempat ini mempunyai tarikan tersendiri yang membuatkan untuk saya kembali kesini lagi.

Untuk info selanjutnya boleh layari :

Facebook : https://www.facebook.com/Wowkl/

IG : https://www.instagram.com/wowsomekl/

WOW KL, Makan Malam Di Wow Kl, Persembahan Kebudayaan, Malaysia, Dekat Je, cuti-cuti malaysia, Saloma Bistro, MATIC, Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC)

HARGA :

RM 110 nett per pax (Dewasa)

RM 70 nett per pax (Kanak-Kanak 6 – 12 years)

From 1st April 2018

NON MALAYSIAN

RM 130 nett per pax (Adults)

RM 95 nett per pax (Children 6 – 12 years)

MALAYSIAN

RM 115 nett per pax (Adults)

RM 80 nett per pax (Children 6 – 12 years)