World Fashion Week Malaysia 2017, Eco Fashion And Lifestyle, Cintai Alam

World Fashion Week Malaysia 2017 Bertema Eco Fashion And Lifestyles – Cintai Alam

World Fashion Week Malaysia 2017 (WFW Malaysia 2017) yang dianjurkan oleh World Fashion Week Malaysia Siri 2017/18 akan dianjurkan secara rasmi di Kuala Lumpur dari 8 hingga 10hb September 2017.

Acara akan berlangsung di Kuala Lumpur dan akan mengalu-alukan para pereka fesyen dan wakil lebih 100 buah negara dari seluruh dunia.

World Fashion Week Malaysia 2017 Bertema Eco Fashion And Lifestyles – Cintai Alam

Dengan tema ‘Eco Fashion & Lifestyles – Cintai Alam’, WFW Malaysia 2017 adalah meraikan seni fesyen seiring dengan identiti budaya dengan mempamerkan pertunjukan fesyen oleh pelbagai negara. Acara itu akan mengumpulkan ribuan pelawat dari Malaysia dan komuniti antarabangsa, serta pembeli utama, peruncit dan rakan media antarabangsa termasuk penyiar global rasmi – FashionTV yang akan menjangkau lebih dari 300 juta orang penonton dari 190 buah negara.Nasional

World Fashion Week Malaysia 2017, Bertema Eco Fashion & Lifestyles, Nasional Event Series Kuala Lumpur 2017, WFW Malaysia 2017, World Fashion Week® Paris 2017/18,  Seni Fashion Perbagai Budaya, Cintai Alam, World Fashion Week

World Fashion Week Malaysia – Nasional Event Series Kuala Lumpur 2017

Acara antarabangsa itu akan memperlihatkan pertunjukan fesyen oleh pelbagai negara, mengetengahkan koleksi dan trend bagi tahun 2018, serta pertandingan pereka dan fotografi, di mana pemenang akan menyertai Supermodel Adriana Lima dalam Siri TV Hollywood yang akan datang “American Beauty Star” tahun 2018. Pemenang juga akan menyertai Week World Fashion Week® Paris 2017/18, di antara acara antarabangsa yang lain.

Di samping itu, World Fashion Week Malaysia 2017 akan memperkenalkan komitmen dan kesedarannya terhadap tanggungjawab alam sekitar, dengan tumpuan khusus dalam kawalan deforestasi dan pemeliharaan biodiversiti di Malaysia dan di seluruh dunia.

Duta Fesyen Dunia Malaysia 2017 & Duta Alam Sekitar, Yg Bhg Puan Sri Puan Dato’ Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, ‘Fesyen adalah universal dalam kehidupan setiap orang dan adalah amat penting untuk kita memberi perhatian kepada apa yang kita pakai dan dari mana ia datang ‘.

World Fashion Week Malaysia 2017 Meraikan Seni Fesyen Dari Perbagai Budaya Seluruh Dunia

World Fashion Week Malaysia 2017 akan menjadi platform antarabangsa untuk para pereka fesyen dan profesional industri dari seluruh dunia untuk mempamerkan bakat mereka kepada pasaran Asia yang semakin berkembang serta pasaran global secara keseluruhan.

Malaysia menyediakan suasana yang luar biasa bukan sahaja untuk fesyen, tetapi sebagai destinasi pelancongan; serta sokongan dan komitmen berterusan terhadap tanggungjawab pemeliharaan alam sekitar. Kita harus bersama-sama menerapkan memperjuangkan bahawa alam persekitaran adalah milik semua, manusia sejagat dan kita bertanggungjawab melindunginya.

World Fashion Week Malaysia 2017, Bertema Eco Fashion & Lifestyles, Nasional Event Series Kuala Lumpur 2017, WFW Malaysia 2017, World Fashion Week® Paris 2017/18,  Seni Fashion Perbagai Budaya, Cintai Alam, World Fashion Week

WFW Malaysia 2017 akan mengalu-alukan penyertaan bakat baru dalam industri fesyen dengan tema budaya dan alam semula jadi. Acara ini akan mendedahkan pereka tempatan yang baru muncul mengorak langkah ke pentas antarabangsa dengan 20 penyertaan tempatan yang mewakili Malaysia di World Fashion Week® Paris 2017.

Acara tahun ini telah menerima sejumlah peserta dari pelbagai Negara. Antaranya adalah di kalangan 110 peserta yang akan mewakili negara Sepanyol, Afrika Selatan, Argentina, Kanada, Thailand, Indonesia, Tanzania, Rusia, Sweden, Mexico, Senegal, Jepun, China, Vietnam, Columbia, Itali, Nigeria, Amerika Syarikat dan banyak lagi.

World Fashion Week® Malaysia 2017 Kini Di Kuala Lumpur, MalaysiaWorld Fashion Week Malaysia 2017, Bertema Eco Fashion & Lifestyles, Nasional Event Series Kuala Lumpur 2017, WFW Malaysia 2017, World Fashion Week® Paris 2017/18,  Seni Fashion Perbagai Budaya, Cintai Alam, World Fashion Week

Pada 2015, WFW menjemput Puan Maziah Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif, GID (M) Sdn Bhd untuk menjadi salah seorang penceramah bagi Pameran Fesyen Sedunia dan menyentuh topik penting – peningkatan teknologi tekstil dalam industri fesyen. Pada tahun ini, WFW telah melantik GID (M) Sdn Bhd secara eksklusif untuk menganjurkan World Fashion Week Malaysia 2017 sebagai kerjasama dengan industri fesyen tempatan dan antarabangsa.

Berhubung dengan kepentingan tekstil bio dalam industri fesyen, Puan Maziah menyatakan, ‘WFW Malaysia 2017 dengan amat mengalu-alukan penganjuran acara yang berprestij ini. Ini adalah sebagai langkah pertama kepada pereka fesyen tempatan untuk mengorak langkah ke persada antarabangsa. Disamping penggunan Biotekstil dan penggunaan bahan yang mampan hendaklah sejajar dengan perkembangan industri Fesyen dan Gaya Hidup kita secara keseluruhan’.

World Fashion Week Malaysia 2017, Bertema Eco Fashion & Lifestyles, Nasional Event Series Kuala Lumpur 2017, WFW Malaysia 2017, World Fashion Week® Paris 2017/18,  Seni Fashion Perbagai Budaya, Cintai Alam, World Fashion Week

Presiden World Fashion Week Mr Paco De Jaimes (kiri) , Yg Bhg Puan Sri Puan Dato’ Shariffa Sabrina Syed Akil, Puan Maziah dan Badal

Presiden World Fashion Week, Mr Paco De Jaimes berkata, ‘WFW Malaysia 2017 akan membawa peluang baru bagi platform antarabangsa melalui pendedahan kepada bakat baru dan tempatan, menjadi tempat untuk peluang perdagangan, mempromosikan budaya dan gaya hidup dari Malaysia serta tanggungjawab sosial untuk melindungi alam sekitar dan menyumbang kepada masa hadapan generasi akan datang’.

Acara 3 hari ini akan mempamerkan pelbagai aktiviti fesyen yang terdiri daripada Makan Malam Gala WFW, pertunjukan fesyen, pameran serta gerai promosi dari para peraka fesyen. Pra-acara yang akan bermula pada bulan Ogos ini akan menyenaraikan pelbagai pertandingan sepeti World Fashion Supermodel (WFSM), Pameran Fesyen Dunia (WFE), pertandingan Fotografi (WFP), Fashion Talk, Preview Fesyen pada bulan Ogos dan Larian Ceria Fesyen pada bulan September 2017.

Sehingga kini, pelbagai pereka fesyen tempatan telah dipilih untuk menyertai acara seperti Chee Yee Arun, Mohd Saiful Izham Ahmad ‘Arun Sayfull’, Nizam Zamil, Jharum oleh HN, Adamaya oleh Datin Sharifah Shawati, Nafis Jewellery by Krafdunia Design dan Blitz by heintje.

Sejajar dengan objektif acara antarabangsa, World Fashion Week Malaysia 2017 menggalakkan perpaduan di kalangan masyarakat antarabangsa serta tanggungjawab sosial terhadap alam sekitar. World Fashion Week Malaysia 2017 juga turut memfokuskan kepada pembasmian kemiskinan di benua Afrika dengan memperkasakan wanita di negara-negara membangun, mempromosikan perdagangan adil serta mesej perpaduan dan keamanan global.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Puan Zarina Idris di 012-2338834 atau e-mel kepada ZarinaIdris@gmail.com. Lawati laman web di www.fashionweek.tv. Halaman Facebook @wfwmalaysianchapter & halaman instagram: wfwmalaysia2017.com