Penginapan 3 Hari 2 Malam Di Homestay Wetlands Kampung Belukar Durian | Selesai melawat ladang lembu Holstein Muadzam Shah, kami bergerak pula ke homestay penginapan kami iaitu Wetlands Kampung Belukar Durian, Tanjung Sedili, Johor untuk program mempromosikan pelancongan desa yang di adakan selama 3 hari 2 malam sempena Karnival Pelancongan Desa Wilayah Kejora, Zon Sedili, Johor anjuran Lembaga Johor Tenggara (KEJORA) dengan kerjasama Tourism Johor dan Majlis Pelancongan Malaysia (MTC).
Sesampai sahaja kami ke Wetlands Kampung Belukar Durian hari sudah beransur gelap, jadi tak sempat melihat keindahan dan susana sekitaran.
Sementara menunggu waktu makan malam, kami checkin terlebih dahulu dan simpan barang-barang di dalam dorm yang di sediakan buat kami. Dorm lelaki boleh muat dalam 20 orang begitu juga dorm wanita. Mana yang datang bersama family, di sediakan chalet buat mereka.
Ini merupakan pertama kali saya duduk di dorm yang sebegini, sebelum ni ada juga duduk dorm di Jepun tapi berlainan dengan di Malaysia, kita lebih traditional. Macam saya yang tak pernah duduk asrama sewaktu sekolah dahulu, so teruja tu lebih sikit bila dapat duduk dorm sebegini..hehehe.
Katil 2 tingkat besi di sediakan buat kami semua. Saya memilih tidur di bawah sebabkan part panjat biarlah bagi dengan budak-budak..hehehe. Bila kita datang berkumpulan sebegini, duduk di dorm memang sesuai sangat, mana yang tak kenal lagi boleh lah berkenal-kenalan, mana yang jauh di rapatkan. Kiranya tiada jurang antara kita, semua sama.
Selesai simpan barang-barang bergegas pula ke dewan makan terbuka untuk menikmati makan malam. Bau dari BBQ dah menusuk hidung, perut dah krukk krukk minta makan..hehehe.
Makan Malam Sambil Menyaksikan Persembahan Kebudayaan
Kehadiran kami di alu-alukan dengan cukup meriah sekali. Jamuan makan malam diraikan oleh pihak KEJORA dan juga pihak koperasi Kampung Belukar Durian. Hidangan bbq serta masakan kampung tersaji buat kami.
Bukan itu sahaja, kami turut di persembahan dengan tarian kebudayaan Zapin dan Kuda Kepang oleh sekumpulan penari yang berpengalaman. Penat badan duduk lama dalam bas hilang bila dapat menikmati hidangan yang enak sambil menyaksikan persembahan tarian kebudayaan.
Kenyang perut barulah senang hati nak melelapkan mata. Masing-masing beransur ke dorm dan chalet masing-masing untuk meneruskan aktiviti seterusnya keesokkan harinya.
Nantikan pengalaman saya meneroka dan melihat keindahan Hutan Paya Bakau serta ada di sana dan menyusuri Sungai Sedili untuk melihat pusat penternakan Belangkas.
Serba Sedikit Tentang Wetlands Kampung Belukar Durian
Nama sahaja Kampung Belukar Durian ya, tapi tak ada lah sampai ada dusun durian dan banyak durian kat sini..hehehe.
Wetlands Kampung Belukar Durian ini merupakan sebuah Pusat Aktiviti Pelancongan Desa bagi penduduk Kampung Belukar Durian. Telah memulakan aktiviti ekonomi berasaskan pelancongan desa sejak tahun 2008. Antara agensi kerajaan yang banyak membantu dan membimbing adalah Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).
KEJORA telah membangunkan beberapa projek infrastruktur pelancongan dengan tujuan menjadikan kampung ini sebagai salah sebuah Kampung Pelancongan Desa. Sejak tahun tersebut juga bermula aktiviti pelancongan. Maka ramai pelancong dalam dan luar negara datang ke kampung ini untuk melakukan aktiviti yang di sediakan.
KEJORA juga telah menyumbang beberapa unit chalet yang terletak di tepi sungai. Selain itu juga, ia mampu memberi pekerjaan samping kepada penduduk tempatan.
- Antara produk yang dimiliki:
– Chalet
– Bot River Cruise
– BBQ Set
– Kayak
Bagi yang hadir secara kumpulan, terdapat juga pakej homestay (terdapat beberapa aktiviti yang boleh dipilih untuk diisi dalam pakej tersebut dan harga bergantung kepada aktiviti yang dipilih):
- Antara pakej yang ada :
– Pakej Day Trip
– Pakej Kampong Tour
– Pakej Emas (2 Hari 1 Malam)
– Pakej Platinum (3 Hari 2 Malam)
Sekiranya menggunakan Google Maps, Waze atau GPS, boleh cari menggunakan koordinat 1.815514, 104.141169.
Website : http://homestaykampungbelukardurian.blogspot.my/
Facebook : https://www.facebook.com/KampungBelukarDurian/
Nama kampung pun unik. Baru nak tanya banyak ke Durian kat kg ni?. Aktiviti menarik untuk memperkenalkan kawasan setempat.
Kak Hanny bestnye dapat tengok persembahan kuda kepang live depan mata. Ni jenis kuda kepang hardcore ke yang biasa-biasa punya?
Bagusnya program yang di anjurkan ni Kak Hanny.
Dapat juga menjaga alam sekitar dan mengimbau budaya kita yang kaya berseni.
Bestnya BBQ plus the performance. The place looks beautiful too. Suitable for me to bring my children to explore.
adoi.. bestnya dapat tido dalam dorm wakkkk.. rindu suasana kecoh sebelum tido.. hee~
atiehilmi dot com menulis…#jurnalduanur : KENANGAN HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2018
Seronoknya baca pengalaman kak Hanny ni. Penuh aktiviti. Teringin jugak nak join event macam ni. Tapi belum ada rezeki lagi.
Jauh betul perjalanan mama dalam siri jelajah perak kali ini kan
Banyak kawasan persinggahan pula tu
Ibu Zaid menulis…Susu kambing higoat untuk ibu mengandung bagus ke?
Memang macam tinggal di asrama ye Kak Hanny. Bestnya dapat saksikan persembahan tarian. Memang suka dengan Tarian Zapin. Kuda Kepang tak pernah lagi tengok. Ingatkan dah pupus.Berapa harga pakej penginapan dorang kak?
menarik nya semua aktiviti di sini
Nama kampung tu unik la. Ingat nak tanya macamana boleh jadi belukar durian tu. Apapun aktiviti dan budaya setempat ini wajar dipelihara. Ini merupakan faktor utama penyumbang tarikan pelancong
Mana durian kak? Hehehe. Seronoknya melawat kawasan camni. Suka makanan dia. Rindu masakan kampung. Laparrrr
Ruby menulis…Kumpul Pelekat 7-Eleven Justice League MAJIG™ Dan Berpeluang Menang Hadiah!
Nama je Kg Durian tapi durian tak dak..hehehe. Memang pekara best ke kawasan kampung ni dapat makan makanan kampung..haven sesangat..:D
syoknya tempat ni boleh buat gathering for friends and family!
That’s a great list of programme for your stay, seems like everyone had fun, can’t wait to try this out myself.
tempatnya sangat seronok apalagi bagi pecinta durian seperti saya
Menarik pelbagai aktiviti boleh dicuba… dan best betul duduk chalet tu boleh memancing ikan!
Kalau #RawlinsGLAM ada, mau join bebudak tu menari kat situ. Hahaha. #RawlinsGLAM suka trip budaya macam nie. Menghiburkan, mendamaikan dan tenang.
Part tidur kat dorm tu teringat sangat masa 5 tahun kt sbp dulu…huhuhu..rindu gila!
Suka dengan konsep hostel dia. Selain daripada mengekalkan tradisi Melayu Johor kan. Unik.
Zayani Zulkiffli menulis…Nikmati Masakan Jepun Halal Snow White Cream Gyudon di Sukiya Tokyo Bowls & Noodles