Webist Solution Bakal Membawakan Perubahan Dalam Industri Pemasaran Digital Malaysia

Webist Solution Bakal Membawakan Perubahan Dalam Industri Pemasaran Digital Malaysia

Webist Solution Bakal Membawakan Perubahan Dalam Industri Pemasaran Digital Malaysia | Industri pemasaran digital Malaysia, hari ini mengalu-alukan kemunculan Webist Solutions Sdn. Bhd. ke arena digital Malaysia di majlis perasmian gilang gemilang yang diadakan di Restoran New Shanghai, Holiday Inn Express Hotel, Kuala Lumpur.

Webist Solutions Sdn. Bhd. yang diterajui oleh tiga orang pengasasnya iaitu Encik Bryan, Encik Chris dan Encik Johnson.Webist Solution Bakal Membawakan Perubahan Dalam Industri Pemasaran Digital Malaysia dengan menjanjikan pertumbuhan dalam industri pemasaran digital yang sedang melalui saat getir di tahun 2017 ini melalui pendekatan dan pandangan baru.

Webist Solution, Industri Pemasaran Digital Malaysia, Bakal Membawa Perubahan, Majlis Perasmian, dunia pemasaran digital, Master Class - 'Design a Disruptive Marketing Plan Like a Pro, Juan José Delgado, Pakar Pemasaran Digital, Seminar Khas Pemasaran Digital

Majlis perasmian gilang gemilang tersebut telah dihadiri oleh ramai tetamu kehormat, para selebriti tempatan, para pengamal media social serta tokoh masyarakat yang berwibawa dan dirasmikan oleh Puan Sri Datin Sri Dr. Susan Cheah, Supermodel terkenal Malaysia Amber Chia, Penasihat Webist Solutions Sdn. Bhd., Dr. Zyro Wong bersama dengan tiga orang pengasasnya Encik Bryan, Encik Chris dan Encik Johnson

“Era digital yang merupakan trend paling popular dalam industri pemasaran Malaysia pada masa ini ternyata semakin berdaya saing dan kami berada di sini bagi membantu memastikan gelombang digital ini berterusan. Di Webist Solutions, kami bukan sahaja membantu merangka strategi baru perniagaan digital di Malaysia agar cemerlang di arena antarabangsa, malah kami turut mendidik masyarakat tentang perubahan trend dan dinamik dunia digital” kata Penasihat Webist Solutions, Dr. Zyro Wong dalam ucapan aluan beliau.

Selain dari itu, majlis ini turut mendapat perhatian Dato’ Razali Haji Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Dato’ Razali dalam ucapan tahniah beliau yang disiarkan melalui video message merakamkan rasa bangga beliau diatas inisiatif anak-anak muda ini dalam menyumbang kepada industri pemasaran digital negara kita.

Webist Solution, Industri Pemasaran Digital Malaysia, Bakal Membawa Perubahan, Majlis Perasmian, dunia pemasaran digital, Master Class - 'Design a Disruptive Marketing Plan Like a Pro, Juan José Delgado, Pakar Pemasaran Digital, Seminar Khas Pemasaran Digital

Dato’ Razali Haji Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Dato’ Razali

Webist Solution Bakal Membawakan Perubahan Dalam Industri Pemasaran Digital Malaysia

Tetamu kehormat, Puan Sri Datin Sri Dr. Susan Cheah, melahirkan harapan tinggi beliau agar usaha murni Webist Solution ini dapat membantu pertumbuhan era pemasaran digital tempatan dan seterusnya menjemput orang ramai agar turut bersama-sama menakluki dunia pemasaran digital ini.

Semasa majlis perasmian tersebut, tiga orang pengasas Webist Solutions Sdn Bhd – Encik Bryan, Encik Chris dan Encik Johnson turut berkongsi pandangan dan ilmu mereka mengenai dunia pemasaran digital dalam forum terbuka bersama dengan para tetamu. Webist Solution Sdn Bhd mempunyai matlamat untuk mengacarakan lebih banyak acara bertaraf antarabangsa pada masa akan datang disamping perkhidmatan utamanya.

Webist Solution, Industri Pemasaran Digital Malaysia, Bakal Membawa Perubahan, Majlis Perasmian, dunia pemasaran digital, Master Class - 'Design a Disruptive Marketing Plan Like a Pro, Juan José Delgado, Pakar Pemasaran Digital, Seminar Khas Pemasaran Digital

Pengasas Webist Solution Sdn. Bhd. Dari kiri: Bryan Tan , Tengah: Chris Teng, Kanak sekali: Johnson Ling

Sehubungan dengan perasmian Webist Solutions Sdn. Bhd., satu Seminar khas yang bakal dikendalikan oleh Juan José Delgado, bekas Ketua Pemasaran Amazon dan Pakar Pemasaran Digital terkenal dunia akan dibawakan khas oleh Webist Solutions pada bulan Ogos 2017 di Kuala Lumpur.

Satu majlis preview khas secara langsung berkaitan dengan Master Class – ‘Design a Disruptive Marketing Plan Like a Pro’ – oleh Juan José Delgado turut diadakan di mana tetamu telah diberi pendedahan khas tentang intipati seminar tersebut oleh beliau sendiri.

Melalui Seminar yang buat pertama kalinya akan diadakan di Malaysia pada 2 Ogos 2017 di Hotel
Sunway Putra Kuala Lumpur nanti, Juan José Delgado akan berkongsi ilmu serta pengetahuan beliau dalam dunia pemasaran digital kepada peserta-peserta yang hadir. Seminar eksklusif bersama Pakar Pemasaran Digital terkenal dunia ini dijangka akan mendapat perhatian dari seluruh negara baik dari mereka yang terlibat dalam dunia perniagaan mahupun individu dari pelbagai lapisan masyarakat.

Orang ramai dijemput hadir untuk menyertai Seminar eksklusif ini. Tiket-tiket telah mula dijual dengan harga Early Bird istimewa [Tiket emas berharga RM1,247 dan tiket VIP pula beharga RM2,497]. Memandangkan tempat adalah terhad, tawaran adalah berdasarkan kepada First come first serve basis.

Maklumat lanjut mengenai Webist Solution Sdn, Bhd. boleh didapati dengan melayari laman web www.webist.com.my dan informasi lanjut berkenaan dengan Seminar khas bersama Juan José Delgado boleh didapati di www.webist.com.my/jjdelgado/ atau hubungi talian 603 7972 9122 untuk sebarang pertanyaan.