WATER THEME PARK A FAMOSA MELAKA

Jika kita ke Melaka tidak sah rasanya kalau tidak masuk ke Water Theme Park A Famosa . Tidak kira budak-budak atau orang tua pasti teruja kalau masuk ke sini.

Water Theme Park , A Farmosa , Melaka , Water Theme Park A Farmosa Melaka , Water Theme Park A Farmosa , Melaka

Water Theme Park , A Famosa Melaka

Tiket untuk masuk memang mahal sedikit bila weekend , tapi saya suggestkan kalau anda nak masuk ke sini, rajin-rajin check promotion di internet sebab lagi murah kalau kita beli di internet dari beli terus dari tiket counter. Saya beli terus dari counter disana dengan harga RM46 untuk adult dan kanak-kanak RM36. Harga ni termasuk dengan harga untuk makan kita didalam Water Theme Park , kira ok lah kan..siap ada makanan.

Water Theme Park , A Farmosa , Melaka , Water Theme Park A Farmosa Melaka , Water Theme Park A Farmosa

Tiket Counter di A Famosa Water Theme Park

Masuk-masuk aje ada session bergambar , kalau tak nak pun tak apa tapi kami ambik peluang juga bergambar sebab ada perkataan A Famosa serta Water Theme Park dan juga peluang untuk kami bergambar sekumpulan, kalau tak nak kumpul semua-semua sekali memang susah. Untuk gambar ini kami dikenakan bayaran sebanyak RM18/:.

Disebabkan kumpulan kami ramai jadi kami sepakat untuk ambik gazebo yang ada di sana. Senang sedikit untuk kami berkumpul dan letakkan barang-barang kami dalam gazebo tersebut. Nak tidur dan makan dalam gazebo pun senang tak ada yang mengganggu. Kami ambik gazebo yang berharga RM130/: tapi deposit sebanyak RM80/: akan dipulangkan semula.

Water Theme park , A farmosa , Melaka , A Farmosa Water Theme Park

Gazebo yang kami sewa ketika berada di Water Theme park

Selepas dah tukar pakaian anak-anak nak sewa pelampung , saya sewa pelampung yang ada 2 lubang , pelampung ni sewa dia RM20/: tapi deposit RM10/: akan dipulangkan semula bila kita pulangkan pelampung dan make sure gelang untuk pelampung tidak hilang sebab kalau hilang deposit tu tak akan dapat balik.

Kami ambik 6 pelampung tapi 2 dah dirembat orang , nasib baik gelang ditangan masih ada so mereka still pulangkan deposit untuk pelampung yang hilang. ( dekat sini memang orang main ambik aje pelampung kalau kita letak merata-rata, kalau letak sebelah pun sempat jugak mereka rembat…haiiii pelik sungguh manusia macam ni, nak free aje ).

Locker pun ada disediakan , harga mengikut saiz. Saya ambik satu locker berharga RM4/: , letak handbag. Untuk keselamatan kalau ada barang-barang berharga , tempat yang ramai macam ni baik kita berhati-hati.

Water Theme Park , A Farmosa , Melaka , Water Theme Park A Farmosa

Locker yang tersedia mengikut saiz

Pemainan dalam Water Theme Park ni memang banyak , ikut keberanian kita jugak. Macam saya awal-awal dah cuba BIG ICE CREAM so lepas tu saya dah tak nak cuba apa-apa lagi sebab yang pertama saya cuba dah buatkan saya pening gila.

Water Theme Park , A Farmosa , Melaka , Water Theme Park A Farmosa

Ini lah Big Ice Cream , dah merasa naik so lepas ni tak nak naik lagi dah..
( kredit image – google image )

Inilah slide Big Ice Cream , kena 4 orang dalam satu pelampung . Anak buah saya volenteer naik dengan negro yang tak cukup corum..hehehe, tapi dia seronok..

Inilah slide Big Ice Cream , kena 4 orang dalam satu pelampung . Anak buah saya volenteer naik dengan negro yang tak cukup corum..hehehe, tapi dia seronok..

 

Water Theme Park , A Farmosa , Melaka , A Farmosa Water Theme Park Melaka , Water Theme Park A Farmosa

Ini pulak anak-anak buah saya yang telah menghasut sana naik slide ni. ( maaf gambar saya tidak dibenarkan masuk dalam entry ni..hehehe)

Anak-anak buah saya yang muda belia memang enjoy sangat naik slide-slide macam ni. Merekalah yang hasut saya mencuba BIG ICE CREAM tu , lepas tu mereka bantai ketawakan saya dan kakak saya yang ikut sekali naik. Apa taknya , kami menjerit dari awal sampailah ke penamat macam orang kena histeria..nak nangis pun ada masa dalam trowong tu..hehehe.

Water Theme Park , A Farmosa , Melaka , A Farmosa Water Theme Park Melaka , Water Theme Park A Farmosa

sampai terbalik dalam air pun ada..hehehe

Water Theme Park , A Farmosa , Melaka , Water Theme Park A Farmosa

Ada yang main pasir..hurmm tu aeysha le tu..tak berani main slide

Water Theme Park , A Farmosa , Melaka , Water Theme Park A Farmosa

Tempat permainan anak-anak kecil.
(kredit image : google)

Last-last saya hanya main di kawasan yang ada gelombang tu dan naik pelampung keliling theme park tu aje. Tak payah takut atau jerit-jerit , sesuailah untuk mak-mak budak..hahahaha.

Kalau bawak anak-anak kecik pun ada tempat mereka bermain air, saya tengok ramai jugak orang besar tanpa anak kecik masuk kat sana..hahaha

Water Theme Park , A Farmosa , Melaka , Water Theme Park A Farmosa Melaka

Terusan yang saya ikut dengan pelampong..hehehe. Tak yah nak jerit-jerit disini.
(kredit image : google)

Water Theme park , A Farmosa , Melaka , Water Theme Park A Farmosa

Kaum keluarga saya..kecoh..hehehe

Tapi kami memang puas dan anak-anak pun enjoy sangat di Water Theme Park A Famosa ni. Sampai balik mereka asyik bercerita aje pasal permainan yang ada dalam sana.

Anda juga boleh baca entry berkenaan Villa Resort di A Famosa