Wadihana Islamic Steakhouse (WISH) Akan Beri 999 Stik Secara PERCUMA

Berita baik buat mereka yang suka makan stik. Sebanyak 999 stik bernilai hampir RM50,000 akan diberi percuma kepada pelanggan di Wadihana Islamic Steakhouse (WISH) pada 5 dan 6hb Julai 2019 di Damansara Aliff, Johor Bahru.

Bersempena dengan kempen Giveaway Half Ribs, tawaran ini terbuka kepada mereka yang berbelanja sekurang-kurangnya RM60 dalam satu resit dan hanya makan di restoran sahaja.

Buat mereka yang pertama kali mendaftar sebagai penggemar WISH, akan diberi satu scoop aiskrim, memang berbaloi!

999 Stik Akan Diberi Percuma, 999 Stik Percuma, Damansara Aliff, Johor Bahru, Restoran Wadihana, Steak House, Wadihana, Wadihana Islamic Steakhouse, WISH

June Talib, pemilik Wadihana Islamic Steakhouse, menjangkakan sambutan luar biasa terhadap kempen ini dan untuk memudahkan pelanggan, WISH mangalu-alukan tempahan awal dengan menghubungi nombor 013-7333280 atau mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut, boleh layari www.wadihanaislamicsteakhouse.com

“Ini sebahagian daripada kempen TERIMA KASIH kami kepada pelanggan yang setia menyokong kami sejak dibuka Februari lalu,” kata June.

Stik yang ditawarkan dalam kempen ini ialah Honey Pepper Ribs yang bernilai RM49.90 setiap hidangan.

TENTANG WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE

999 Stik Akan Diberi Percuma, 999 Stik Percuma, Damansara Aliff, Johor Bahru, Restoran Wadihana, Steak House, Wadihana, Wadihana Islamic Steakhouse, WISH

Jatuh bangun di dalam bisnes adalah lumrah dan bagi yang cekal serta percaya 9 daripada 10 punca rezeki datangnya daripada perniagaan, semua itu harus dihadapi dengan redha.

Sebelum Wadihana Islamic Steakhouse mencapai kejayaan, banyak pahit maung yang dilalui oleh June, tapi beliau sering memberi peluang kepada diri sendiri untuk bangkit membina kehidupan yang lebih baik.

Menurut ibu kepada 4 anak ini, bukan sekali bisnesnya ranap tetapi itu bukanlah bermakna beliau harus angkat bendera putih.

“Saya dan suami hampir berputus asa sehinggalah kami ingin memberi peluang sekali lagi untuk membina bisnes baru di dalam dunia makanan (F&B) selepas beberapa kali gagal dalam bidang lain sebelum ini,” kata June yang juga Pengarah Perniagaan Wadihana Steakhouse Sdn Bhd.

Walau bagaimanapun, inspirasi utama Wadihana Islamic Steakhouse adalah anaknya yang berusia 13 tahun, merupakan pelajar tahfiz di Johor. Anak ketiganya itu sangat berminat di dalam dunia kulinari, lalu bisnes ini dibina untuknya.

Wadihana Islamic Steakhouse (WISH) - 999 Stik PERCUMA

“Setiap anak, saya sudah ada perancangan termasuk anak ketiga ini. Dia agak perlahan di dalam akademik tetapi sangat minat dengan dunia masakan, jadi saya dan suami sepakat menjadikan Wadihana sebagai pemangkinnya.

“Yang kedua, kami lakukan pembaharuan kepada Wadihana terutama bagi pasaran Johor Bahru yang belum ada restoran ‘steak house’ yang mampu makan, ada sentuhan kelas antarabangsa dan suasana yang tenang dialun mainan piano. Kecualilah kalau pergi hotel,” katanya

999 Stik Akan Diberi Percuma, 999 Stik Percuma, Damansara Aliff, Johor Bahru, Restoran Wadihana, Steak House, Wadihana, Wadihana Islamic Steakhouse, WISH

Lokasi Wadihana Islamic Steakhouse yang terletak di Damansara Aliff agak ‘terselindung’ daripada pengetahuan dan lokasi itu masih baru dalam kalangan penghuni kota Johor Bahru.

Bagaimanapun menurut wanita cekal ini, kuasa pemasaran online telah bejaya manarik perhatian penduduk sekitar malah dari Sinagpura untuk merasa citarasa antarabangsa Wadihana.

Sekarang dunia online, dunia tanpa sempadan untuk membolehkan kami memberitahu orang ramai tentang apa yang kami lakukan,” katanya yang juga anak didik Pakar Pemasaran Online, Najib Asaddok.

Menceritakan keistimewaan hidangan Wadihana, June berkata, gravy atau kuah stik dihasilkan dengan ramuan sendiri berbanding steak house lain yang menggunakan sebuk atau tepung dari Thailand. Bukan itu sahaja, beliau juga sangat mementingkan kesucian makanan tersebut dan halal.

999 Stik PERCUMA Di Damansara Aliff, Johor Bahru

999 Stik PERCUMA Di Damansara Aliff, Johor Bahru

999 Stik PERCUMA Di Damansara Aliff, Johor Bahru

“Alhamdulillah, maklum balas daripada pelanggan semakin memberangsangkan dengan jualan untuk bulan pertama kami sebanyak RM170,000 dan meningkat kepada RM240,000 pada bulan kedua,” katanya yang baru memulakan operasi pada Februari lalu.

Beliau telah memperuntukkan kira-kira RM1.5 juta untuk ubahsuai restoran, membeli peralatan dapur mengikut piawaian hotel 5 bintang yang sesuai dengan standard stik antarabangsa serta membina tempat membakar piza (firewood pizza)

999 Stik Akan Diberi Percuma, 999 Stik Percuma, Damansara Aliff, Johor Bahru, Restoran Wadihana, Steak House, Wadihana, Wadihana Islamic Steakhouse, WISH

Selain itu Wadihana juga menyediakan ruang di tingkat atas bagi pelanggan yang ingin mengadakan majlis atau mesyuarat yang boleh memuatkan sehingga 120 kapasiti dalam satu-satu masa.

Pengalaman Hitam Ditipu 

Bercerita pengalaman hitam ketika ditipu oleh syarikat hingga beliau dikecam oleh para pelanggan dan pembekal, June berkata, detik-detik itu membuatnya serik untuk berniaga.

Bagaimana pun semangat yang ditiup oleh suaminya membuatkan June kembali membuka mata terhadap kehidupan dan keluarga.

Wadihana Islamic Steakhouse (WISH) - 999 Stik PERCUMA

“Life must go on dan saya harus berani berdepan dengan segala kemungkinan. Buat apa takut kalau kita tak bersalah? Sekarang saya sudah besedia dari aspek fizikal dan mental untuk menghadapi sebuah perniagaan.”katanya.

Hebat sungguh wanita cekal ini. Walau berbagai dugaan tetapi beliau masih boleh bangkit dan meneruskan perjuangan dan berani memulakan bsines yang baru. Memang hebat! Saya doakan moga perniagaan beliau terus berjaya dan moga di murahkan rezeki.

MAKLUMAT PERNIAGAAN:

WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE –WISH

36-38 Jalan Aliff 3, Damansara Aliff

81200 Johor Bahru, JDT

Tel: 07-2442422

FB: https://www.facebook.com/WISHDamansaraAliffJB/

IG: https://www.instagram.com/wadihana_islamic_steak_house/?hl=en