Beetle, Gaya Bersama Volkswagen, Jalan-Jalan Ramadan Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Beetle Sport, Volkswagen Malaysia, VW Beetle, VWRamadan2018

Memandu Volkswagen Beetle Sport Sekitar Bulan Ramadan 2018

Keseronokkan Memandu Volkswagen Beetle Sport Sekitar Bulan Ramadan 2018 – VWRamadan2018 | Alhamdullillah Ramadan 2018 ini memberi seribu kemanisan buat saya kerana saya berpeluang menyertai kempen yang di anjurkan Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) sepanjang bulan Ramadan ini.

Bertuahnya saya kerana berpeluang sekali lagi memandu kereta Volkswagen dan yang bestnya kali ini saya berpeluang membawa pulang kereta idaman saya iaitu kereta Volkswagen Beetle Sport selama seminggu.

Selalunya ketika bulan Ramadan, aktiviti yang biasa saya lakukan sama sahaja seperti kebanyakkan umat Islam lakukan seperti ke pasar Ramadan, ke masjid untuk solat Tarawih, berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan. Selain itu saya juga kerap menerima undangan untuk membuat food review Ramadan di hotel-hotel atau restoran.

Kali ini, kelebihan yang saya dapat adalah saya akan bersama-sama kereta Volkswagen Beetle Sport 1.2 TSI selama seminggu dan melakukan apa sahaja aktiviti yang ingin saya lakukan bersama anak saya Aeysha. Perghh..tak pernah termimpi tau saya dapat bawa kereta Volkswagen Beetle Sport ni.

Beetle, Gaya Bersama Volkswagen, Jalan-Jalan Ramadan Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Beetle Sport, Volkswagen Malaysia, VW Beetle, VWRamadan2018

Terima kasih Volkswagen Malaysia kerana memenuhi impian saya untuk merasai sendiri pengalaman memandu kereta VW Beetle dan lakukan pelbagai aktiviti sepanjang bulan Ramadan tahun 2018 ini.

Kereta Idaman Volkswagen Beetle Sport

Sebelum saya ceritakan aktiviti saya dan anak bersama kereta VW Beetle ini, terlebih dahulu saya nak ceritakan serba sedikit mengenai kereta idaman ramai ini. Kereta yang dari dulu lagi saya minat di sebabkan keunikkan reka bentuk luarannya.

Beetle, Gaya Bersama Volkswagen, Jalan-Jalan Ramadan Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Beetle Sport, Volkswagen Malaysia, VW Beetle, VWRamadan2018

Kereta yang mempunyai daya tarikan yang tersendiri dan dengan reka bentuk yang ikonik membuatkan sesiapa yang melihat jatuh hati dan di sebabkan itulah kereta ini sentiasa mempunyai peminat tersendiri.

Kereta yang mempunyai 2 pintu, tidak menjadi masalah buat saya disebabkan saya hanya mempunyai keluarga yang kecil, cuma nak keluar masuk tu problem sedikit sebab saiz badan saya ni besar..tapi nasib baik pintu kereta ni pun cukup besar so senanglah sikit saya nak keluar masuk..hehehe.

Seingat saya, zaman saya kecil-kecil saya panggil kereta ni kereta kura-kura, enjin kereta ni pula berada di bahagian belakang dan boot di bahagian hadapan, tapi kini tidak lagi setelah di upgrade mengikut peredaran zaman serta berteknologi tinggi, canggih dengan gaya yang lebih sporty.

Dengan gabungan enjin TSI 1.2L dengan pengecas terbo berkuasa 105PS dan transmisi DSG 7 kelajuan bersama torque maksimum 175Nm, membuatkan pemanduan cukup lancar serta mengujakan sesiapa yang membawanya.

Pengalaman Jalan-Jalan Dibulan Ramadan Bersama Kereta Idaman Volkswagen Beetle Sport

Beetle, Gaya Bersama Volkswagen, Jalan-Jalan Ramadan Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Beetle Sport, Volkswagen Malaysia, VW Beetle, VWRamadan2018

Pergi Sekolah pun nak naik VW Beetle ni..hehe

Berbalik pada aktiviti saya sepanjang bulan Ramadan ini bersama Volkswagen Beetle Sport ini, dapat aje kunci kereta, dalam kepala dah fikir nak bawa anak saya jalan-jalan di Kota Melaka, tapi terpaksa kansel di sebabkan Aeysha kena sekolah pulak pada hari Sabtu.

Tapi itu tidak mematahkan semangat saya untuk mencari ruang agar saya dapat membawa kereta ini dan menggunakan sepuas-puasnya sebelum saya pulangkan kereta ini nanti. Tak tahu, bilalah pulak saya dapat gunakan kereta ni semula!

Beetle, Gaya Bersama Volkswagen, Jalan-Jalan Ramadan Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Beetle Sport, Volkswagen Malaysia, VW Beetle, VWRamadan2018

Balik Sek singgah pasar Ramadan.

Beetle, Gaya Bersama Volkswagen, Jalan-Jalan Ramadan Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Beetle Sport, Volkswagen Malaysia, VW Beetle, VWRamadan2018

Macam-macam pulak yang nak di beli di Pasar Ramadan

Saban tahun ke pasar Ramada memang satu kemestian untuk dikunjungi walaupun tidaklah kerap. Bila ada Beetle ni terus saya malas nak masak dah..hahaha, bukan apa..inilah peluang saya nak jalan-jalan dengan kereta Beetle dan bergaya dengan kereta ini ke pasar Ramadan…tutup dapur seminggu..kihkihkih.

Parking di pasar Ramadan, macam biasalah, saban tahun memang susah nak parking, di mana sahaja memang masalah parking, ada parking tapi ruang kecil…tapi dengan Beetle masalah nak parking jadi senang. Sebab apa? Sebab, kereta ni ada sensor yang membolehkan saya melihat bahagian depan dan belakang di paparan screen jika ada halangan yang rapat dengan kereta. Perghhh canggih sungguh kereta ni.

Beetle, Gaya Bersama Volkswagen, Jalan-Jalan Ramadan Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Beetle Sport, Volkswagen Malaysia, VW Beetle, VWRamadan2018

Di sebabkan dah tak dapat ke Melaka pada hari Sabtu, maka saya dan anak berjanji-janjian dengan adik beradik lain untuk berbuka puasa di rumah arwah mak. Lama betul tak jumpa adik beradik dan anak buah sejak mak meninggal. Inilah peluang untuk kami berkumpul beramai-ramai di bulan puasa ini.

Beetle, Gaya Bersama Volkswagen, Jalan-Jalan Ramadan Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Beetle Sport, Volkswagen Malaysia, VW Beetle, VWRamadan2018

Balik Kampun di Jalan Ipoh untuk berbuka puasa.

Nak ke rumah arwah mak bukanlah jauh sangat pun, hanya di Jalan Ipoh sahaja. Keluar pukul 7.00pm…berdezuppp dengan Beetle Sport ni, sekejap aje dah sampai, tepat-tepat waktu berbuka kami dah sampai. Tak lah laju mana pun saya bawa, 100 ke 110km sejam je..hehehe.

Beetle, Gaya Bersama Volkswagen, Jalan-Jalan Ramadan Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Beetle Sport, Volkswagen Malaysia, VW Beetle, VWRamadan2018

Kemeriahan berbuka puasa bersama adik beradik.

Peluang bersama Volkswagen Beetle saya gunakan sebaik mungkin. Di sebabkan saya dan Aeysha belum bershopping baju dan kasut Raya, maka kami pun sepakat ronda-ronda dan bershopping Raya di One Utama dan TTDI.

Untuk parking di One Utama, terpaksa bawa kereta naik parking di tinggat atas iaitu ke tinggat 3, dari ground floor ke tingkat 3 memang tinggi (curam), dengan kereta ini tiada masalah power, kiranya pickup very strong..tak tersengguk-sengguk, pemanduan cukup lancar aje sampai ke atas.

Bershopping dengan Aeysha ni senang sangat, dia bukannya minat sangat nak bershopping, dapat satu kasut dan satu baju pun dah cukup untuk dia. Mak dia ni aje yang susah sikit. Masuk kedai ni, keluar kedai…ada aje yang tak puashati..hahaha.

Beetle, Gaya Bersama Volkswagen, Jalan-Jalan Ramadan Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Beetle Sport, Volkswagen Malaysia, VW Beetle, VWRamadan2018

Sempat bershopping kasut raya untuk anak.

Beetle, Gaya Bersama Volkswagen, Jalan-Jalan Ramadan Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Beetle Sport, Volkswagen Malaysia, VW Beetle, VWRamadan2018

Mak pun shopping jugak..hehehe

Beetle, Gaya Bersama Volkswagen, Jalan-Jalan Ramadan Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Beetle Sport, Volkswagen Malaysia, VW Beetle, VWRamadan2018

Cari baju raya pulak!

Beetle, Gaya Bersama Volkswagen, Jalan-Jalan Ramadan Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Beetle Sport, Volkswagen Malaysia, VW Beetle, VWRamadan2018

Dapatlah 2 pasang..hehehe

Yang best tu, kalau bershopping banyak, ruang simpanan barang di bahagian belakang (bonet) memang cukup luas, boleh letak barang shopping banyak-banyak, keluasan dia boleh memuatkan dua orang dewasa..haa..besar sungguh!

Beetle, Gaya Bersama Volkswagen, Jalan-Jalan Ramadan Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Beetle Sport, Volkswagen Malaysia, VW Beetle, VWRamadan2018

Tempat simpanan barang yang cukup luas.

Beetle, Gaya Bersama Volkswagen, Jalan-Jalan Ramadan Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Beetle Sport, Volkswagen Malaysia, VW Beetle, VWRamadan2018

2 orang dewasa boleh muat di boot kereta Volkswagen Beetle ni.

Mencari peluang untuk membawa kereta Beetle Sport ini lebih jauh dari Kuala Lumpur, saya, Aeysha dan Jen sepakat untuk ke Pantai Remis Klang. Dalam masa yang sama dapatlah saya test power kereta ini di lebuhraya dan menguji keselesaan bila memandu jauh.

Beetle, Gaya Bersama Volkswagen, Jalan-Jalan Ramadan Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Beetle Sport, Volkswagen Malaysia, VW Beetle, VWRamadan2018

Mencari peluang memandu ke Pantai Remis, Klang

Beetle, Gaya Bersama Volkswagen, Jalan-Jalan Ramadan Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Beetle Sport, Volkswagen Malaysia, VW Beetle, VWRamadan2018

Beetle, Gaya Bersama Volkswagen, Jalan-Jalan Ramadan Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Beetle Sport, Volkswagen Malaysia, VW Beetle, VWRamadan2018

Seronok juga sesekali memandu jauh dan melihat pemandangan laut yang terbentang luas ni, rasa tenang aje fikiran. Keseronokkan lebih berganda bila bersama Volkswagen Beetle Sport.

Cuma kereta ni sesuai untuk berdua sahaja, kalau dah bertiga, yang duduk belakang akan merasa kurang selesa, bahagian kaki sedikit sempit, anak saya dah lebih tinggi dari saya, kaki dah panjang so dia kurang selesa duduk di belakang. Tapi ruang duduk di bahagian depan memang cukup selesa, jadi rasa saya kereta ini sesuai untuk mereka yang bujang, yang mempunyai keluarga kecil atau yang baru berkahwin.

Beetle, Gaya Bersama Volkswagen, Jalan-Jalan Ramadan Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Beetle Sport, Volkswagen Malaysia, VW Beetle, VWRamadan2018

Ruang kaki pemandu dan penumpang yang cukup luas.

Beetle, Gaya Bersama Volkswagen, Jalan-Jalan Ramadan Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Beetle Sport, Volkswagen Malaysia, VW Beetle, VWRamadan2018

Apa yang saya perasan, untuk menguji kuasa turbo kereta ini, memang seronok kalau memandu di lebuhraya yang jauh kerana kurang traffic light dan kurang kesesakkan. Kalau di bawa di dalam town, bukan tak boleh rasa langsung kuasa turbo tersebut, cuma tak puas sangat sebab sekejap kena berhenti di traffic light, sekejap ada kereta halang kelajuan, tu yang tak best tu..hahaha, tapi bila di lebuhraya kepuasan memandu tu lebih terasa, kita akan dapat rasai kelajuan dan rasa ringan kereta ini…baru dapat vrooommmm dengan kelajuan yang lancar.

Beetle, Gaya Bersama Volkswagen, Jalan-Jalan Ramadan Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Beetle Sport, Volkswagen Malaysia, VW Beetle, VWRamadan2018

Pemanduan yang cukup lancar dan sempurna.

Kebetulan ketika saya dapat kereta ini, setiap hari hujan (sekarang musim hujan), maka saya juga berpeluang menguji kereta ini di dalam hujan. Selama ini risau nak pandu laju di dalam hujan, risau bila break..break tak makan, tapi bila saya uji panduan dengan kereta VW Beetle ni di dalam hujan, kuasa break dia mempunyai cengkaman yang kuat dan cepat bertindak balas. Pekara ini amat penting tau untuk mengelakkan kemalangan.

Beetle, Gaya Bersama Volkswagen, Jalan-Jalan Ramadan Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Beetle Sport, Volkswagen Malaysia, VW Beetle, VWRamadan2018

Pemanduan terasa lebih seronok dan tidak membosankan bila kita dapat mendengar radio dari sound system yang terbaik. Terdapat radio CD 5.8 “Komposisi Warna ‘skrin sentuh’ dengan USB, Bluetooth dan 8 Speaker. So memang power music yang kami dengar.

Terus terang saya cakap kereta ini memang hebat, kereta yang membuatkan saya rajin untuk bergerak kesana-sini, yang buatkan saya proud bila berada di khalayak ramai ketika memandu kereta ini. Ramai yang puji, kata saya nampak bergaya bila memandunya.

Beetle, Gaya Bersama Volkswagen, Jalan-Jalan Ramadan Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Beetle Sport, Volkswagen Malaysia, VW Beetle, VWRamadan2018

Terasa bergaya bersama dengan Volkswagen Beetle Sport.

Serius memang saya tak puas memandu kereta VW Beetle Sport untuk VWRamadan2018 ini selama seminggu. Terasa nak berlama-lama aje dengan kereta ini. Saya dan anak saya pasti akan merindui akan keseronokkan, kegembiraan memandu dan duduk dalam kereta ini..

Jika anda ingin mengetahui kehebatan kereta ini, sehingga saya berat hati nak pulangkan kereta ini, anda boleh terus ke showroom dan boleh pandu uji kereta ini sendiri, dari situ anda akan tahu kehebatan kereta ini jika anda merasai pengalaman memandu sendiri.

Untuk pengetahuan anda, sekarang ini Volkswagen Malaysia sedang membuat kempen “Fuel Up You Gaya”. Bolehlah anda ber GAYA di musim perayaan nanti bersama kereta idaman anda. Banyak tawaran istimewa yang di beri.

Beetle, Gaya Bersama Volkswagen, Jalan-Jalan Ramadan Bersama Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Beetle Sport, Volkswagen Malaysia, VW Beetle, VWRamadan2018

Inilah peluang keemasan anda untuk dapatkan satu kereta yang hebat untuk musim perayaan ini. Nikmati penjimatan sehingga RM7,000 dengan penyelenggaran percuma selama 3 tahun dan kad petrol bernilai RM1,188 keatas model yang di tempah dan di daftarkan mulai sekarang hingga 30 Jun 2018.

Penjimatan lebih lanjut dengan 0% GST bermula 1 Jun 2018 dan seterusnya.

*Harga baru akan terus berkuat kuasa, sementara menunggu pelaksanaan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) oleh Kerajaan.

Untuk info lanjut, anda juga boleh layari >> https://www.volkswagen.com.my/


Jom tonton video di atas (Bonding Time Mak Dan Anak Bersama Volkswagen)