Waktu berputar begitu cepat, pejam celik pejam celik dah nak raya. Sekali lagi hati seorang ibu tersentuh mendengar lagu-lagu raya. Tahun ini merupakan tahun yang ke 7 terpaksa tempuh kehibaan ini berhari raya tanpa mereka. Untuk mengubat kerinduan terhadap mereka, video ini di tatap saban waktu untuk melepaskan kerinduan yang bersarang dihati. Hanya video pengubat rindu menjelang hari raya saban tahun yang akan ditatapi berkali kali.

Terbayang semasa berhari raya bersama mereka. Betapa bahagianya saat itu. Kalaulah dapat ku putar saat itu…

Pasti..mereka juga begitu..berharap dapat bersama-sama tapi apa kan daya…

Video Pengubat Rindu Menjelang Hari Raya

Hati yang rindu tanda cinta dan kasih sayang kepada mereka. Tapi takdir yang menentukan segalanya.

Video Pengubat Rindu Menjelang Hari Raya

Hati seorang ibu yang sentiasa merindui anak-anaknya. Video ini dibuat tahun lepas disaat kerinduan mencengkam dada.

 Alhamdulillah dan bersyukur masih ada yang sayang iaitu keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa memberi kasih sayang mereka kepada diri ini dan Aeysha.