Assalamualaikum semua….

 

complicated case

complicated case

Besok my court case bermula semula setelah sekian lama berehat..(bukan aku yang berehat tapi direhatkan sebab2….HAKIM bertukar…lawyer sakit…tukar case…ex tak datang dll)…

Dah masuk 4 tahun kes aku ni berjalan…dan aku asyik naik tangga turun tangga mahkamah syariah tanpa dapat jawapan kepastian… Aku pun dah naik fed-up dgn semua aturan2 yang di tetap kan oleh mahkamah…Sepatutnya mahkamah membela orang yang teraniaya seperti aku ni tapi…lihat lah bagaimana aku di abaikan….tergantung gantung tanpa kesudahan…. Apa yang diaorang nak pun aku tak tahu….

Setahu aku lah…dan pernah terbaca di paper yang mahkamah Syariah akan cuba menyelesaikan kes kes di sana tak lebih dari setahun…. Ahhhh aku yang alami ni sahaja yang menggetahui betapa susah nya berurusan dengan mereka…dan juga lawyer2 yang telah di bayar ni…..

CAKAP AJE DI PAPER NAK BANTU KES2 YG LAMA…TAPI CAKAP TAK SERUPA BIKIN…STILL DI TAKUK LAMA JUGAKDengan sape lagi harus aku minta pertolongan??????

Besok tengok lah apa pulak cekadak yang akan berlaku… Macam mana pun aku tetap akan pergi walau apa yang terjadi… Kita tengok siapa pulak yang akan buat hal…

Setahu aku…lawyer aku akan berhenti…so aku nak tengok dia datang atau tak….dia still akan jalankan ke tidak kes aku ni!!!! Dan besok kita tengok my EX tu datang ke tidak bersama lawyer dia….sebab dia selalu nya tak datang…bila dah hantar saman baru datang…..Jadi kita tunggu apa pulak kisah seterusnya yang akan aku alami….

“ISLAM ITU MUDAH…TAPI MANUSIA YANG TERLAMPAU BIJAK YG MEMBUAT IA KELIHATAN TERLALU RUMIT”