TV ALHIJRAH, Poket Akhirat Raya, Jalan Amanah Syawal, Salam Bumi Ambia. Hati ke Hati, Farhaa di Alam Indah, Ummi, Segalanya Bermula Disini, Aidilfitri 2018, Rancangan Raya, Rancangan TV Hari Raya 2018

VARIASI RANCANGAN RAYA TV ALHIJRAH

Sepanjang lapan tahun usia penyiaran, TV AlHijrah tidak pernah ketinggalan dalam menyambut ketibaan Aidilfitri.

Memilih tema Segalanya Bermula Disini sebagai asas sambutan Aidilfitri 2018, TV AlHjrah tampil dengan sajian enam rancangan raya terbaik untuk tontonan penonton setianya.

Enam rancangan tersebut adalah Poket Akhirat Raya, Jalan Amanah Syawal, Salam Bumi Ambia. Hati ke Hati, Farhaa di Alam Indah, dan Ummi.

POKET AKHIRAT RAYA

TV ALHIJRAH, Poket Akhirat Raya, Jalan Amanah Syawal, Salam Bumi Ambia. Hati ke Hati, Farhaa di Alam Indah, Ummi, Segalanya Bermula Disini, Aidilfitri 2018, Rancangan Raya, Rancangan TV Hari Raya 2018

Poket Akhirat istimewa raya akan disiarkan pada hari raya pertama tepat jam 6.30 petang.

Menerusi rancangan raya tajaan Lembaga Zakat Kedah ini, sebanyak lima keluarga asnaf terpilih dari daerah Baling, Sik, Yan dan Kuala Muda dibawa membeli belah pakaian hari raya di JAKEL Sungai Petani.

Selain memaparkan fungsi, peranan dan saluran agihan wang zakat, penonton turut berpeluang menyaksikan kemeriahan majlis sumbangan wang hari raya dalam usaha menggembirakan golongan asnaf yang kurang berkemampuan ini.

JALAN AMANAH SYAWAL

TV ALHIJRAH, Poket Akhirat Raya, Jalan Amanah Syawal, Salam Bumi Ambia. Hati ke Hati, Farhaa di Alam Indah, Ummi, Segalanya Bermula Disini, Aidilfitri 2018, Rancangan Raya, Rancangan TV Hari Raya 2018

Istimewa Aidilfitri, Jalan Amanah Syawal akan disiarkan pada hari raya kedua jam 6.30 petang.

Jalan Amanah merupakan sebuah program tajaan Amanah Raya Berhad yang menyalurkan informasi kepada penonton tentang kepentingan Wasiat, Amanah dan Pusaka.

Saksikan bagaimana Wan Kamarudin Wan Ibrahim selaku pengacara rancangan membawa penonton mengikuti aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Amanah Raya Berhad bersama penghuni Pusat Jagaan Mahmudah di Sungai Purun, Semenyih.

Sudah semestinya, kepekaan Amanah Raya Berhad dalam mewujudkan satu tabung akaun amanah khas bagi Pusat Jagaan Mahmudah dengan dana sumbangan permulaan sebanyak Rm 10,000 menjadi inspirasi kepada masyarakat Malaysia untuk membantu golongan yang memerlukan.

Temuramah bersama warga emas dan Pengarah Urusan Amanah Raya Berhad turut dipaparkan dalam episod istimewa Hari Raya Aidilfitri ini.

SALAM BUMI AMBIA

TV ALHIJRAH, Poket Akhirat Raya, Jalan Amanah Syawal, Salam Bumi Ambia. Hati ke Hati, Farhaa di Alam Indah, Ummi, Segalanya Bermula Disini, Aidilfitri 2018, Rancangan Raya, Rancangan TV Hari Raya 2018

Salam Bumi Ambia dihidangkan istimewa buat penonton yang rindukan sirah Baginda Rasulullah SAW

Pada jam 9 malam hari raya kedua, penonton akan dibawa untuk menelusuri perjalanan Nabi Muhammad SAW dari awal turunnya wahyu, penghijrahan dari kota mekah ke madinah, dan perjalanan haji Baginda serta kisah bagaimana tertubuhnya kerajaan Islam pertama dunia.

Sudah semestinya, rancangan ini mampu menerbitkan rasa kasih dan cinta buat Baginda Nabi serta menjadi tauladan buat semua dalam meneruskan kehidupan seharian dengan lebih bermakna.

HATI KE HATI: INSAN FIRDAUS

TV ALHIJRAH, Poket Akhirat Raya, Jalan Amanah Syawal, Salam Bumi Ambia. Hati ke Hati, Farhaa di Alam Indah, Ummi, Segalanya Bermula Disini, Aidilfitri 2018, Rancangan Raya, Rancangan TV Hari Raya 2018

Rancangan Raya Hati Ke Hati: Insan Firdaus disiarkan berturut-turut selama dua hari iaitu pada Syawal kedua tepat jam 6 petang.

Rancangan Hati Ke Hati: Insan Firdaus adalah sebuah program yang memaparkan kisah kehidupan dan kemahiran milik anak Autisme yang telah dipilih menjadi Ikon Autisme Bank Rakyat.

Rancangan ini turut memberi fokus kepada kecekalan ibu dan bapa anak-anak istimewa ini dalam membesarkan dan mengasah bakat mereka dalam menjalani kehidupan seharian sehingga mereka mampu berdikari dan meraih pelbagai anugerah.

ANIMASI FARHAA DI ALAM INDAH

TV ALHIJRAH, Poket Akhirat Raya, Jalan Amanah Syawal, Salam Bumi Ambia. Hati ke Hati, Farhaa di Alam Indah, Ummi, Segalanya Bermula Disini, Aidilfitri 2018, Rancangan Raya, Rancangan TV Hari Raya 2018

TV AlHijrah tidak melupakan penonton cilik dalam susunan jadual rancangan raya tahun ini. Istimewa Hari Raya Kedua, Animasi Farhaa di Alam Indah akan disiarkan tepat jam 4 petang.

Saksikan bagaimana Farhaa dan Asif mengajar adik-adik di rumah tentang adab bermaaf-maafan bersama ayah, ibu dan sanak saudara sempena Syawal yang mulia.

Penonton di rumah turut ditanam dengan pelbagai nasihat dan tips-tips berguna dalam usaha mensyukuri nikmat hari raya.

ANIMASI UMMI

TV ALHIJRAH, Poket Akhirat Raya, Jalan Amanah Syawal, Salam Bumi Ambia. Hati ke Hati, Farhaa di Alam Indah, Ummi, Segalanya Bermula Disini, Aidilfitri 2018, Rancangan Raya, Rancangan TV Hari Raya 2018

Siri animasi muzikal Ummi sudah semestinya tidak asing lagi buat penonton setia TV AlHijrah. Sempena syawal ini, rancangan raya Ummi akan disiarkan pada Ahad, 3 Syawal jam 4 petang.

Kali ini Ummi bercerita kepada Hana tentang Zubaidah binti Saghir setelah Hana meluahkan perasaan tidak puas hati kepada Ummi kerana ayahnya mendermakan wang kepada anak yatim, sedangkan mainan yang dikehendakinya tidak dibeli

Saksikan gelagat comel Hana membuat kad hari raya dan mengajak anak-anak yatim menyambut hari raya bersama-sama keluarganya bagi menebus kesalahannya.

Jangan lupa untuk sama-sama menyaksikan kesemua rancangan raya yang menarik sempena Hari raya 2018 di TV ALHijrah bersama seisi keluarga.