UNIKNYA NASI TUMPANG, Nasi Tumpang
uniknya bentuk nasi tumpang ni

Memang betul-betul unik. Kali pertama saya lihat bentuk dia , saya dah terpegun. Saya ingat apa , lalu saya tanya yang menjual tu. Kak ini apa ya? ” Ni nasi tumpang dik “..jawab akak tu.

Memang saya tak pernah tahu dan tak pernah tengok nasi tumpang , kesian saya kan. Kebetulan bulan puasa baru-baru ni ada dijual di Taman Tun ( maaflah entry ni entry bulan puasa tapi terlambat post…terlupa nak post..hehehe ).

Saya apa lagi terus aje beli. Nak merasa sebab tak pernah rasa , nak jugak tahu macam mana rasa dia dan rupa disebalik daun pisang yang berbentuk kon ini.

UNIKNYA NASI TUMPANG, Nasi Tumpang
Nasi Tumpang setelah dibuka

Bila saya buka daun pisang , saya tengok ada nasi yang telah dicampur dengan lauk pauk , yang menariknya lauk-pauk disusun bertingkat-tingkat. Lauk yang diletak didalam tu saya tengok ada lauk masak lemak , udang , serunding , sambal daging dan telur.

Mungkin disebabkan banyak sangat lauk-pauk menumpang dalam satu kon tu , itu yang dinamakan nasi tumpang kot , itu kemungkinan saya sahaja..hehehe.
Bila saya rasa , wowww memang sedap. Terasa macam makan nasi Ambeng. Semua lauk pauk sudah bersatu dan rasa dia pun lain dari yang lain. Mungkin dimasukkan dalam daun pisang sebab tu aroma daun pisang tu menjadi dia sedap.
UNIKNYA NASI TUMPANG
Lauk pauk diletak bertingkat dalam satu kon daun pisang

Bila tanya pakcik Google , barulah saya tahu yang Nasi Tumpang ni asalnya Kelantan. Terus terasa diri kerdil sangat sebab banyak lagi makanan tradisional Malaysia yang saya tak tahu.

Tags : keunikan makanan di malaysia. Uniknya Nasi Tumpang , Nasi Tumpang , Nasi Tumpang berasal dari Kelantan