Umgawa Zipline Eco Adventure, Zipline, Zipline Langkawi, Big Waterfall Adventure, Umgawa, Langkawi, Jungle Flight, Umgawa Langkawi, Umgawa Sky Rangers Guides, Umgawa Legendary Adventure, Influncers FAM Trip Resorts World Langkawi

Day 2 – Pengalaman Mendebarkan Di Umgawa Zipline Eco Adventure Langkawi

Day 2 – Influencers FAM Trip Resorts World Langkawi Dengan Perlbagai Aktiviti Menarik Di Pulau Langkawi | Hari ke 2 saya di Langkawi merupakan hari yang di tunggu-tunggu yang penuh dengan debaran dan cabaran.

Kami akan di bawa ke Umgawa Zipline Eco Adventure yang merupakan tempat aktiviti pertama kami pada hari ke 2 Influncers FAM Trip Resorts World Langkawi.

Umgawa Zipline Eco Adventure, Zipline, Zipline Langkawi, Big Waterfall Adventure, Umgawa, Langkawi, Jungle Flight, Umgawa Langkawi, Umgawa Sky Rangers Guides, Umgawa Legendary Adventure

Base Camp

Buat mereka yang suka lakukan aktiviti lasak dan ingin mencabar diri sendiri. Umgawa Zipline Eco Adventure merupakan tempat yang paling sesuai buat anda.

Aktiviti sebegini sebenarnya bukanlah yang pertama saya lakukan, saya pernah lakukan Bike Zipline (menunggang basikal di atas trapeze wire) di Bohol. Saya juga pernah lakukan Paragliding di Bukit Jugra. Walaupun saya seorang yang takut akan ketinggian, tapi saya suka mencabar diri saya untuk menghadapi ketakutan dan mencabar diri saya melakukan sesuatu di luar zon selesa saya.

Walaupun pernah lakukan aktiviti mencabar sebegini tapi debaran tetap terasa. Mana tak takutnya, dah lah tinggi kena pulak meluncur laju hanya bergantung di atas kabel panjang..hehehe.

Umgawa Zipline Eco Adventure Langkawi

Sesampai sahaja saya di Umgawa Zipline Eco Adventure, kami terlebih dahulu di beri penerangan tentang keselamatan yang perlu di ikut dan cara-cara yang boleh dan tak boleh kami lakukan sepanjang lakukan aktiviti tersebut.

Umgawa Zipline Eco Adventure, Zipline, Zipline Langkawi, Big Waterfall Adventure, Umgawa, Langkawi, Jungle Flight, Umgawa Langkawi, Umgawa Sky Rangers Guides, Umgawa Legendary Adventure

Umgawa Zipline Eco Adventure, Zipline, Zipline Langkawi, Big Waterfall Adventure, Umgawa, Langkawi, Jungle Flight, Umgawa Langkawi, Umgawa Sky Rangers Guides, Umgawa Legendary Adventure

Di sini keselamatan memang tip top. Keselamatan Umgawa Sky Rangers Guides mengikut piawaian keselamat yang paling ketat yang terdapat di dunia. Kita juga perlu menandatangani consent form yang di beri untuk setiap peserta sebelum lakukan aktiviti Zipline. Bila dah sign borang tersebut, nak patah balik rasa rugi pulak..so teruskan sahaja perjuangan..hehehe.

Peralatan yang diberi untuk tujuan keselamatan sepanjang aktiviti merupakan peralatan moden dan terbaik di dunia. Demonstrasi tentang keselamatan dan prosedur yang terperinci oleh rangers yang berpengalaman juga turut di beri sebelum kami bertolak ke tempat yang dituju.

Kumpulan kami terbahagi kepada 2 kumpulan. Kumpulan kami terdiri dari 9 orang dan diberi 2 orang Sky Rangers (Sal dan Farhan) untuk membantu dan memberi panduan sepanjang kami lakukan aktiviti Zipline.

Umgawa Zipline Eco Adventure, Zipline, Zipline Langkawi, Big Waterfall Adventure, Umgawa, Langkawi, Jungle Flight, Umgawa Langkawi, Umgawa Sky Rangers Guides, Umgawa Legendary Adventure, Influncers FAM Trip Resorts World Langkawi

Sempat bergroup photo di platform pertama sebelum phone terpaksa di simpan dalam zip beg.

Zipliners yang berbeza menawarkan pengalaman ziplining yang berbeza. Umgawa Langkawi bukan sahaja menyediakan pengalaman unik meluncur merentasi kabel tetapi turut memberi pendidikan dan pengetahuan tentang alam semulajadi hutan hujan tropika yang tertua di Malaysia.

Jika anda bernasib baik, anda juga boleh melihat haiwan liar yang eksotik semasa anda melungsur dari satu platform ke satu platform dengan di beri penerangan lebih terperinci oleh ranjer.

Terdapat 2 pakej yang boleh anda pilih untuk lakukan aktiviti Zipline ini mengikut pilihan anda. Terdapat pakej Jungle Flight yang hanya mengambil masa 1 ke 1 jam setengah sahaja yang terdiri dari

  • 6 Ziplines,
  • 1 jambatan
  • 1 great abseiling.

Kami diberi pakej Big Waterfall Adventure iaitu pakej yang selama 2 ke 2 jam (80 meter tinggi di atas air terjun telaga tujuh) iaitu :

  • 12 Ziplines
  • 3 jambatan gantung
  • 1 Great Abseiling
  • 1 Honeymoon Double Line
Umgawa Zipline Eco Adventure, Zipline, Zipline Langkawi, Big Waterfall Adventure, Umgawa, Langkawi, Jungle Flight, Umgawa Langkawi, Umgawa Sky Rangers Guides, Umgawa Legendary Adventure

Kredit Image : Umgawa Zipline Eco Adventure Langkawi

Pengalaman Lakukan Zipline Di Umgawa Langkawi

Untuk ke platform yang pertama, kami harus mendaki dan menyusur hutan hujan tropika, sebabkan jarang lakukan senaman dan umur serta badan pun dan lanjut, maka perjalanan mendaki ada sedikit perlahan, tapi tak risau sangat sebab ranjer yang iringi amat memahami dan tunggu kalau penat.

Umgawa Zipline Eco Adventure, Zipline, Zipline Langkawi, Big Waterfall Adventure, Umgawa, Langkawi, Jungle Flight, Umgawa Langkawi, Umgawa Sky Rangers Guides, Umgawa Legendary Adventure

Setelah bermandi peluh akhirnya kami sampai ke perhentian pertama. Jejakkan sahaja kaki di platform permulaan, lutut menggeletar sedikit. Risau apa yang di ajar lupa..hehehe. Nak tarik diri sure malu, maka terpaksa juga terus meluncur ke setiap perhentian. Dalam perut rasa dah terasa banyak rerama dah..~hee~.

Bila di lihat platform Zipline pertama hingga ke platform kedua, tidaklah jauh dan tinggi. Zipline pertama ni kiranya tahap pengenalan dan percubaan. Mungkin untuk memberi keselesaan kepada yang pertama kali mencuba. Memang betul pun, melepasi tahap pertama, terasa sedikit kelegaan..hehehe.

Umgawa Zipline Eco Adventure, Zipline, Zipline Langkawi, Big Waterfall Adventure, Umgawa, Langkawi, Jungle Flight, Umgawa Langkawi, Umgawa Sky Rangers Guides, Umgawa Legendary Adventure, Influncers FAM Trip Resorts World Langkawi

Ketika berada di platform ke dua untuk pergi ke platform ke tiga, barulah kami terasa gayat sedikit kerana kita harus melungsung ikut kabel yang panjang dan berada di ketinggian yang agak tinggi. Kata-kata semangat dari ranjer kami turut memberi kekuatan buat kami semua untuk melakukan aksi yang terbaik. Akhirnya kami semua selamat sampai ke platform yang ke tiga.

Kemudian kami ke platform seterusnya dengan melintasi jambatan yang panjang juga. Nampak senang aje tapi bila jalan dan jambatan bergoyang, terasa nak jatuh ke bawah. Siap pesan dengan ranger, jangan goyangkan jambatan tu..hahaha.

Umgawa Zipline Eco Adventure, Zipline, Zipline Langkawi, Big Waterfall Adventure, Umgawa, Langkawi, Jungle Flight, Umgawa Langkawi, Umgawa Sky Rangers Guides, Umgawa Legendary Adventure

This slideshow requires JavaScript.

Makin lama, makin tinggi kita berada dan makin panjang kabel untuk ke perhentian seterusnya. Tapi makin lama makin kami mendapat rentak, dah mula mendapat cara posisi duduk yang betul, cara pegang yang betul dan cara landing yang betul.

Setiap 12 zipline mempunyai kepanjangan dan ketinggian yang berbeza-beza panjang dan melalui 3 jambatan yang juga berbeza ketinggian dah panjang, Zipline yang paling panjang kiranya adalah dalam 200 meter dan 80 meter tinggi. Semasa melalui 2 zipline yang terpanjang, mata tak berhenti melihat pemandangan Air Terjun Telaga Tujuh dan Laut Andaman. Terasa macam burung yang terbang bebas di udara pula yang akhirnya memberi keterujaan yang tak boleh nak saya gambarkan.

Sedih sangat, sanggup melawan ketakutan demi mengambil video tapi video yang di ambil hilang. Sebab itulah kena check dahulu kamera atau action cam anda sebelum nak datang ke Umgawa ni supaya gambar-gambar atau video yang di ambil tak hilang/rosak. Nasib baik ada di antara rakan sepasukan sempat merakam aksi-aksi kami semua meluncur. Memang terhutang budi sangat dengan mereka. Terima kasih @curios dan juga @angelie, sudi merakam aksi-aksi kami.

Umgawa Zipline Eco Adventure, Zipline, Zipline Langkawi, Big Waterfall Adventure, Umgawa, Langkawi, Jungle Flight, Umgawa Langkawi, Umgawa Sky Rangers Guides, Umgawa Legendary Adventure

Akhirnya satu pencapaian yang paling tinggi buat saya dan juga pengalaman hidup yang cukup berharga dan sukar untuk di lupakan bila saya yang takut ketinggian dan umur nak masuk 50 tahun ni, berjaya melakukan zipline hingga ke penghabisan. Saya bangga dengan diri saya sendiri!

Serius saya cakap, ianya satu pengalaman yang sangat-sangat menakjubkan. Anda patut lakukan sendiri untuk rasai sendiri keseronokkan yang ada di sini.

Untuk info lanjut berkenaan harga atau anda juga berminat untuk lakukan aktivit Zipline di Umgawa Zipline Eco Adventure Langkawi, anda bolelah layari :

WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM