Pejam celik pejam celik kita dah nak meninggalkan Ramadhan, ini bermakna seluruh umat Islam akan meraikan kedatangan bulan Syawal iaitu Hari Raya Aidilfitri. Hati sedih meninggalkan Ramadhan yang penuh dengan rahmat dan keberkatannya. Dikesempatan ini saya titipkan ucapan Salam Aidilfitri buat semua yang mengenali samaada di dunia maya ini atau dialam nyata.

Harapan dan doa saya agar diberi keberkatan dan keampuanan serta dipanjangkan umur agar dapat bertemu kembali Ramadhan yang akan datang. Semoga Allah menerima segala amalan kita semua sepanjang Ramadhan Al Mubarak sebagai amalan yang soleh dan dilepaskan kita daripada dosa dan seksaan api neraka.

Ucapan Salam Aidilfitri Buat Semua

971196_557832630942002_2042901546_n

Saya hulurkan tangan tanda kemaafan dari kenalan dan sahabat handai yang saya kasihi, diatas keterlanjuran kata-kata dan perbuatan saya yang mungkin menyentuh hati dan perasaan semua, serta ampunkan segala salah dan silap saya yang tak disengajakan. Saya hanya insan yang tak sempurna…

 

Akhir kata dari saya, Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin.

*Tidak lupa juga, dalam kita bergembira menyambut hari raya,beringatlah kita dengan saudara kita di Bumi Gaza, marilah kita sama-sama berdoa agar saudara kita ini mendapat perlindungan daripada NYA. Betapa kita bergembira tetapi mereka berduka nestapa atas kehilangan orang-orang yang dikasihi.