Hari ni pagi2 aku dah ke Mahkahmah Syariah….Dah tahun ke 4 aku still mcm ni. Dari mahkamah syariah kat station keretapi lama sampai lah diaorng bertukar kat Jalan Duta…

Ini lah Mahkamah Syariah wilayah Persekutuan…tersergam indah di atas bukit…Bersebelahan Istana Negara…


Perjalanan dari rumah ke mahkamah jalan duta..Dah nampak mahkamah tapi punya lah jem kat
                                       sana…Ramai ke orang ada masaalah rumah tangga ni…

Dah sampai pun…Cantik kan..Tapi kalu boleh jangan lah jejak kaki ke sini..

Cantik kan perkarangan dalam dia…siap ada air pancut lagi gitu..Agaknya dia nak suruh                   
                    sesiapa yang datang kat sana tenang kot…hahaha….(eshh..anak aku suka tol 
anterprame tau…)

Ini sebahagian permandangan di dalam mahkamah syariah….Dalam bilik bicara tak leh tangkap gambar…kalau boleh…mmm dah lama dah aku tangkap gambar dalam tu…Bermacam macam kerenah dan ragam…(termasuk le aku..hehehe )….

Hari ni kes aku tertangguh lagi….sebab nya…lawyer lama resign so kalau ada lawyer baru kena angkat sumpah untuk mengesahkan aku melantik lawyer tu untuk jalan kan kes aku hingga selesai….Sepatutnya aku kena lawan balik kes hari ni iaitu kes bantahan yang dia buat…tapi di sebabkan lawyer aku lawyer yang lain so tertangguh lah lagi.

Macam ni lah ragam2 bila kita dah bukak fail kat sini. Samada plaintif/ defenden tak datang…or hakim bertukar/ hakim pindah mahkamah lain/ hakim bercuti/ tarikh penuh untuk beberapa bulan/ plaintif buat bantahan/ plantif tak datang/ lawyer sakit/ lawyer cuti/ tarikh lawyer tak sesuai/ dan bermacam macam lagi halangan yang harus ditempuhi dengan ketabahan dan kesabaran.

Sebagai seorang perempuan apa yang harus aku buat?
Hanya tunggu kes ini selesai..tak kira 4 tahun, 6 tahun atau 10tahun?????
Just ikut aje apa kata mahkamah???
Ikut aje apa kata lawyer????
Atau ikut je kata hati..???? (ehhh…yg ni mana blh…kan masih ada title isteri…mana bole ikut kata hati.)

Jadi apa harus aku buat sebenarnya…!!!!!!!!!

Nak minta pertolongan dari siapa????

Biro Pengaduan Awam??? Sister in Islam????

Institute Kefahaman Islam Malaysia????

Mana lagi…cuna cite…. Aku dah tanya dah…suruh ke sana sini aku di buat nya…tu yang jadi malas…tak di layan..Mintak tolong kawan….mmmm sume takut nak campur, sebab katanya yang sana kawan yang sini kawan…Aku tahu lah aku ni bukan sesiapa so siapa lah yang nak tolong aku ni….huhuhu…

Tak pe..tak pe…aku cuba usaha sedaya upaya untuk selesaikan kes ini…Sampai bila!!! Aku pun tak tahu…

Dr Na’im Mokhtar, Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)

Jelasnya, Seksyen 60 Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri memberikan hak kepada isteri menuntut nafkah bukan sahaja selepas perceraian tetapi juga semasa perkahwinan.

Beliau turut menyeru pihak berkuasa supaya mengambil serius isu penderaan isteri oleh suami.

Katanya, Nabi Muhammad S.A.W. sendiri ada menyebut bahawa barang siapa melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya.

“Kalau dia ada kuasa ubahlah dengan menggunakan kuasa yang ada,” tambahnya.