Jurnal Asyikin Exclusive : Travelog Cinta Tang Guo Hua

Jurnal Asyikin Exclusive : Travelog Cinta Tang Guo Hua

Setiap perniagaan yang hendak dibuat mesti ada keberaniaan, berani tempuh kegagalan dalam apa sahaja perniagaan yang dibuat, berani tempuh ranjau dan liku untuk berjaya. Kegagalan merupakan lumrah yang biasa di hadapi oleh peniaga, tetapi tidak bermakna kegagalan membuat kita terus gagal, malah ianya boleh dijadikan satu pembakar semangat untuk meneruskan usaha membangunkan semula perniagaan yang mengalami kegagalan.

Itulah yang dialami oleh Puan Nur Asyikin dan suami beliau Tuan Haji Ishaq sebelum berjaya, kegagalan yang menimpa diibaratkan sebagai cabaran untuk terus berusaha sehingga berjaya demi membina empayar perniagaan tekstil beliau sekarang ini.

Kini Asyikin Exclusive telah mempunyai tiga cawangan butik di MITC Melaka, Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan. Product yang diketengahkan ialah selendang, jubah, dress, blouse dan pakaian yang memenuhi syariat Islam dalam berfesyen.

Manakala BabaNyonya Shop pula terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman dengan fokus menjual kain secara borong dan gulung kepada usahawan, peniaga kain, butik dan orang perseorangan. Kesemua kain diimport dari kilang di China.

Jurnal Asyikin Exclusive, Travelog Cinta Tang Guo Hua, Jurnal Asyikin Exclusive : Travelog Cinta Tang Guo Hua, Asyikin Exclusive

Ingin berkongsi pengalaman yang mereka lalui, maka kedua-dua pasangan ini sepakat melahirkan Jurnal Asyikin Exclusive : Travelog Cinta Tang Guo Hua yang kini bersiaran menerusi saluran 106, Astro Oasis pada setiap Ahad jam 7.30, untuk memberi inspirasi kepada ushawan diluar sana agar tabah menempuh apa jua halangan dalam meneruskan perniagaan.

Jurnal Asyikin Exclusive : Travelog Cinta Tang Guo Hua

Jurnal Asyikin Exclusive : Travelog Cinta Tang Guo Hua merupakan sebuah rancangan travelog kisah cinta, juga pengalaman kisah suka duka kehidupan dan pertemuan dua budaya dan bangsa, seorang yang asalnya dari Malaysia dan si suami dari China.

Puan Nur Asyikin dan Tuan Haji Ishaq adalah watak utama dalam rancangan travelog ini, mereka akan membawa penonton menyelami pengalaman perniagaan textile melalui sentuhan perkongsian jatuh bangun mereka dalam membina Empayar Asyikin Exclusive.

 

Berkesempatan ikut serta dalam majlis pelancaran Jurnal Asyikin Exclusive : Travelog Cinta Tang Guo Hua, memberi satu pengalaman yang amat berharga buat saya. Kekaguman saya terhadap mereka, apabila melihat mereka secara berdepan. Tidak lokek ilmu dan keikhlasan mereka berkongsi pengalaman dari saat mereka di bawah hinggalah ketahap mereka kini, banyak memberi inspirasi buat saya yang juga merupakan perniaga kecil-kecilan.

Jurnal Asyikin Exclusive, Travelog Cinta Tang Guo Hua, Jurnal Asyikin Exclusive : Travelog Cinta Tang Guo Hua, Asyikin Exclusive

Jurnal Asyikin Exclusive, Travelog Cinta Tang Guo Hua, Jurnal Asyikin Exclusive : Travelog Cinta Tang Guo Hua, Asyikin Exclusive

Kami yang hadir juga sempat dipertontonkan promo rancangan Jurnal Asyikin Exclusive : Travelog Cinta Tang Guo Hua. Yang bestnya, fokus utama travelog ini kearah penggembaraan mengenal budaya masyarakat China di negara Tembok Besar China.

Lokasi pengembaraan di adakan di China, merupakan lokasi baru serta bukan lokasi tumpuan pelancong, begitupun lokasi-lokasi yang di ketengahkan  menyimpan seribu satu khazanah budaya dan alam yang sangat indah untuk di terokai dan dikunjungi.

Jurnal Asyikin Exclusive, Travelog Cinta Tang Guo Hua, Jurnal Asyikin Exclusive : Travelog Cinta Tang Guo Hua, Asyikin Exclusive

Kredit image : @jurnalae

Jurnal Asyikin Exclusive, Travelog Cinta Tang Guo Hua, Jurnal Asyikin Exclusive : Travelog Cinta Tang Guo Hua, Asyikin Exclusive

Kredit Image : @Jurnalae

Memang terpukau sangat bila melihat tempat-tempat penggembaraan yang mereka lakukan, sampai saya yang menonton pun terasa nak ke sana juga..hehehe.

Keletah mereka berdua dalam rancangan travelog ini juga memang menghiburkan, tak ada istilah boring kalau tonton rancangan ini. Ada sahaja gurau senda mereka serta gelagat Tuan Haji yang mencuit hati.

Menurut kata Haji Ishaq Tang,

Jurnal Asyikin Exclusive : Travelog Cinta Tang Guo Hua merupakan catatan peribadi terindah yang dikongsi untuk tatapan penonton. Selain perkongsian dua budaya, banyak elemen kejutan menarik dalam rancangan tersebut.

Ia menjadi satu perkongsian bernilai kami dalam usaha membangunkan empayar tekstil ini. Untuk kita sukses, banyak hakikat pahit yang terpaksa kami telan dan terus cekal bersaing dalam pasaran fesyen,” kata pengasas BabaNyonya Shop ini.

Memang tak rugi untuk kita sama-sama tonton rancangan yang penuh keunikkan budaya, adat resam, latar masyarakat, pengalaman perniagaan serta info-info yang menarik dalam Jurnal Asyikin Exclusive : Travelog Cinta Tang Guo Hua.

Dengan 9 episod keseluruhannya, rancangan ini telah mendapat sambutan daripada penonton meskipun rancangan tersebut baru 5 episod ditayangkan.

Jangan lupa tau untuk tonton Jurnal Asyikin Exclusive : Travelog Cinta Tang Guo Hua saluran 106, Astro Oasis pada setiap Ahad jam 7.30pm.