Neffos X1, TP-Link, Neffos, Telefon Pintar, Smart Phone, Telefon Mampu Milik

TP-Link Memperkenalkan Neffos X1 Dengan Harga Yang Berpatutan

TP-Link Memperkenalkan Neffos X1 Dengan Harga Yang Berpatutan | Dalam era moden sekarang ni, makin banyak telefon pintar yang terjual di pasaran, dari yang berjenama hinggalah yang tak ada jenama, dari yang mahal hinggalah yang murah. Saya baru-baru ni ada terfikir nak dapatkan telefon pintar yang ke dua untuk kemudahan saya berblog, rasa saya senang untuk mempunyai 2 telefon pintar, satu untuk berblog dan satu untuk kegunaan peribadi. Tapi tu lah, pening pulak kepala saya nak buat pilihan yang terbaik mengikut budjet saya yang tak seberapa ini.

Dalam sibuk mencari telefon pintar ke dua, saya telah di perkenalkan dengan telefon pintar Neffos XI. Bila saya baca info mengenai telefon pintar ini dan berpeluang menggunakannya, terus hati tertawan disebabkan harga mengikut budget saya dan mengikut ciri-ciri telefon pintar yang saya mahukan.

TP-Link Memperkenalkan Neffos X1 

Neffos iaitu jenama di bawah TP-Link juga telah menawarkan harga mampu milik bagi jenama telefon pintar mereka dan telah menembusi pasaran Malaysia dengan fungsi telefon pintar yang asas sebagai daya penarik kepada pengguna untuk mendekati jenama ini. Pada awal pasaran Neffos di Malaysia telah mengeluarkan model C5L, C5 dan C5 Max.

Kini Neffos telah melangkah lebih jauh kehadapan dengan mengeluarkan Neffos X1 dengan rekaan yang berasaskan logam disertakan dengan fungsi pengimbas cap jari, pengecasan yang pantas selain mempunyai memori 3GB RAM.

Rekaan yang diperkenalkan juga cukup elegan dan menarik serta menepati citarasa pengguna telefon pintar, itu yang buatkan saya cukup tertawan dengan telefon pintar ni.

Harga Yang Berpatutan, Neffos X1, Telefon Pintar,TP-Link, Smart Phone, Neffos X1 Lite, Neffos, Malaysia

Sebenarnya rekabentuk juga memainkan peranan penting ok! barulah nampak lebih bergaya bila digunakan, sebab telefon pintar sekarang ni selain menjadi alat telekomunikasi juga menjadi salah satu aksesori untuk di gayakan.

Harga Yang Berpatutan

Harga Yang Berpatutan, Neffos X1, Telefon Pintar,TP-Link, Smart Phone, Neffos X1 Lite, Neffos, Malaysia

Salah satu sebab Neffos X1 menjadi pilihan pengguna adalah kerana harganya yang serendah RM769. Harga mampu milik buat semua golongan. Almaklum la zaman ekonomi agak teruk ni masing-masing mencari telefon pintar yang murah tapi mempunyai kelebihan seperti telefon pintar yang harga mencecah ribuan ringgit.

Ia juga mempunyai memori 2GB RAM dan16GB walaupun harga dia bawah RM1000 (iaitu RM769). Juga terdapat dalam memori yang lebih besar iaitu 3GB + 32GB pada harga RM849. Boleh menambah memori sehingga 128GB dengan menggunakan kad mircoSD.

Ia juga hadir dengan rekabentuk yang nipis yang mana mempunyai kenipisan 7.75mm untuk model X1. Senang lah untuk dibawa kemana-mana dan amat sesuai dengan kelebaran tapak tangan saya yang comel ini..hehehe.

Rekebentuk Yang Mengagumkan

Bukan sekadar harga mampu milik malah Neffos X1 juga mempunyai kelebihannya tersendiri dan identity tersendiri berbanding dengan rekaan sebelum ni yang banyak di inspirasi dari pengeluar lain.

Di reka dengan lebih ringkas dan fungsi butang kapasitif tanpa sokongan cahaya di bawah skrin. Apa yang lebih menarik lagi, fungsi ‘back’ dan ‘multitasking’ butang ini boleh diubah kedudukannya melalui Settings.

Mempunyai dua saluran pembesar suara (speaker) tapi satu sahaja lubang yang keluarkan bunyi. Audio mono pun agak kuat jadi memang boleh dengar dengan jelas di dalam bilik tapi kualiti dia setakat memuaskan sahaja. Ia jugak boleh di sambung melalui Micro USB. Berpadanan la dengan harganya yang bawah RM1000 kan?

Untuk bahagian atas terdapat sambungan untuk earphone jack 3.5mm. Dekat sebelah kanan ada butang untuk mengawal bunyi. Yang menariknya ada butang ‘Mute’ di sebelah sisi kiri telefon pintar ni. Bahagian bawah pula untuk memasukkan slot SIM yang juga terdapat slot kad Micro SD yang terletak pada bahagian sim kedua.

Pengimbas cap jari (Fingerprint) boleh di katakan agak cepat mengimbas (scan). Kepantasannya 0.2s untuk mengunci (lock)  telefon pintar melalui pengimbas cap jari ni.

Harga Yang Berpatutan, Neffos X1, Telefon Pintar,TP-Link, Smart Phone, Neffos X1 Lite, Neffos, Malaysia

Buat yang suka berselfie macam saya, memang senang dan mudah gunakan telefon pintar ini, hanya dengan sentuhan jari atas pengimbas, dah boleh berselfie. Senang dan tak payah nak tercari cari butang snap. Memudahkan kerja saya yang sememangnya rajin berselfie.

Dengan skrin bersize 5.0 inci ber revolusi 1280×720, paparan dia juga tampak lebih cerah, tajam dan lebih jelas daripada sebelumnya. Selain itu ia juga lindungi dengan kaca Gorilla Glass untuk mengurangkan kesan retak atau calar. Memang agak tahan lasak dan amat sesuai untuk mereka yang membuat aktiviti lasak.

Kamera

Sebagai seorang blogger, antara fungsi yang paling saya titik beratkan dan utamakan untuk membeli telefon pintar adalah kamera. Kualiti kamera yang baik memang akan menjadi pilihan ramai.

Harga Yang Berpatutan, Neffos X1, Telefon Pintar,TP-Link, Smart Phone, Neffos X1 Lite, Neffos, Malaysia

Neffos X1 dilengkapi dengan kamera belakang 13MP yang dikuasakan oleh sensor Sony IMX258 untuk kualiti image yang luar biasa. Apabila saya mencuba fungsi kamera ini, terbukti gambar yang di ambil sangat terang, jelas dan tajam terutama gambar yang di ambil dari tempat yang kurang pencahayaan.

Ia juga mempunyai keupayaan Phase Detection Auto Focus (PDAF) sepantas 0.2s untuk tujuan mendapat pretasi focus lebih lancar dan pantas. Kameranya juga memberi kesan yang nampak semulajadi. Gambar waktu malam pula memberi kawalan noise yang lebih seimbang tanpa menampakkan masalah gambar soft yang ketara.

Harga Yang Berpatutan, Neffos X1, Telefon Pintar,TP-Link, Smart Phone, Neffos X1 Lite, Neffos, Malaysia

Walau pencahayaan yang gelap, tapi dengan Neffos kita boleh dapat gambar yang clear dan cantik

Aplikasi yang terdapat dalam kamera juga sama macam aplikasi asas kebanyakkan telefon pintar lain iatu mempunyai kesan untuk panorama, slow montion, time-lapese dan filter untuk kegunaan fotografi. Selain tu mempunyai fungsi untuk snapshot dengan cara menekan serentak butang volume sebanyak dua kali. Antara keperluan pengguna telefon pintar zaman sekarang, iaitu fungsi snapshot (screenshot).

Untuk rakaman video pula, menggunakan kamera utama bahagian depan. Video bersize 1090p cukuplah memenuhi keperluan pengguna telefon pintar. Audio untuk rakaman video juga sekadar tahap baik dan sesuai untuk rakaman yang kasual.

Kapasiti untuk bateri adalah 2250 MAH berpadanan dengan penggunaan skrin bersize 5 inci, ber revolusi 720p jadi bateri boleh bertahan lama sehingga 24 jam. Ia juga mempunyai sistem pengecasan yang pantas, iaitu 50% dalam masa 30 minit.  Jadi tidak perlu mengecas dalam jangkamasa yang lama untuk penuh.

Neffos X1 telah berada di pasaran dengan harga :-

-RM769 untuk 2GB RAM dengan 16GB ROM

-RM849 bagi 3GB RAM dengan 32 GB ROM.

Neffos X1 telah dilancarkan di Malaysia pada awal tahun 2017 dengan harga yang murah dan mampu milik. Kesimpulannya Neffos X1, kualiti dan fungsinya adalah lebih baik dari keluaran sebelum ni dengan harga yang diberi. Selain mempunyai identiti sendiri dan tidak di bayangi dengan telefon pintar jenama lain seperti sebelum ni.

Jika anda berminat dengan telefon pintar ini, anda boleh membuat pembelian di rangkaian agen yang sah atau klik link >> Lazada

Neffos X1 Lite Keluaran Terbaru Yang Jauh Lebih Murah

Harga Yang Berpatutan, Neffos X1, Telefon Pintar,TP-Link, Smart Phone, Neffos X1 Lite, Neffos, Malaysia

Bagi yang merasa harga jualannya masih lagi mahal dan anda nak mencari sesuatu yang lebih murah daripada harga Neffos X1. Kini Neffos baru sahaja memperkenalkan Neffos X1 Lite yang jauh lebih murah. Walaupun ianya merupakan telefon pintar untuk budget rendah, X1 Lite tetap memiliki spesifikasi yang agak bagus.

Rekaan yang tidak jauh beza dengan Neffos X1 tetapi X1 Lite  lebih menampakkan rekaa dwi-lengkung pada bahagian belakangnya untuk memudahkan pengguna mendapat genggaman yang lebih kemas ketika menggunakan sebelah tangan. Lebih ringan kerana badanya diperbuat daripada plastik menjadikan beratnya hanya sekadar 138g.

Harga Yang Berpatutan, Neffos X1, Telefon Pintar,TP-Link, Smart Phone, Neffos X1 Lite, Neffos, Malaysia

Nak ambik gambar selfie ramai-ramai pun mudah dimana kamera hadapan, 5 MP dengan sokongan sudut lebar-84-darjah. Manakala kamera utamanya didatangkan dengan sensor 13MP f/2.0 dengan sokongan PDAF dan dual-tone LED flash.

Tidak lupa juga phase-detection auto-focus (PDAF) yang juga sepantas 0.2 untuk memastikan anda tidak terlepas detik penting ketika mengambil gambar.

Neffos X1 Lite didatangkan dalam satu versi (2GB RAM + 16GB) dengan 2 pilihan warna (Cloudy Grey dan Sunrise Gold) sekaligus menjadikan X1 Lite salah satu telefon pintar yang mesra budget, yang mana ia dijual pada harga RM499 sahaja.

Untuk mendapatkan Neffos X1 Lite, ianya turut dijual atas talian melalui (klik disini> Lazada ) dan setiap pembelian di Lazada akan menerima barangan istimewa edisi terhad berupa “Neffos premium Gift Box” atau “Fazbulous Warrior T-Shirt” yang telah ditandatangani oleh Fazura, Duta telefon pintar Neffos.

Promosi bermula dari 25 -31 Julai 2017 (Selagi stok masih ada)