Top 3 Hotel Johor Bahru Paling Gempak Dalam Wishlist Saya

Top 3 Hotel Johor Bahru Paling Gempak Dalam Wishlist Saya

Johor Bahru antara negeri yang paling suka dan kerap saya kunjungi jika bercuti. Merupakan sebuah bandar yang semakin membangun tetapi masih ada pertembungan elemen urban dan rustic dalam senibinanya serta susun atur penghidupan di bandaraya ini.

Suasana di bandar yang serba meriah serta penduduk yang ramah tamah membuatkan bandar ini menjadi pusat pelancongan dan pembangunan yang makin berkembang pesat, lagipun ianya bersebelahan dengan Singapore, ramailah pelancung Singapore datang ke bandar ini.

Kini dengan kemunculan Theme Park seperti Legoland, Hello Kitty Town & The Littel Big Club serta pusat membeli belah barangan berjenama seperti Johor Premium Outlets, membuatkan Johor Bahru menjadi destinasi tumpuan percutian sekeluarga.

Top 3 Hotel Johor Bahru, Hotel Johor Bahru Paling Gempak, Wishlist Saya, Johor Premium Outlets

Makanan dia sudah semestinya menjadi pilihan saya, setiap kali kalau datang ke Johor Bahru ni sure saya akan pergi ke lokasi-lokasi yang menyediakan makanan menarik. Asam pedas, sup tulang, mee bandung dan macam-macam lagi makanan Johor yang saya suka makan jika ke sini.

Tempat penginapan pula memang tiada masalah. Kebanyakkan hotel di sini memang tip top. Jika nak dapatkan hotel bertaraf lima bintang ke atau hotel bajet ke dengan harga berbaloi saya cari aje di https://www.traveloka.com/en-my/.

Tapi kan…walaupun dah selalu ke JB, saya masih lagi tak berkesempatan nak menginap di beberapa hotel yang saya rasa best (base on review). Jadi untuk entry kali ini, saya nak cerita pasal wishlist saya untuk accomodation saya jika saya ke Johor Bahru.

Top 3 Hotel Johor Bahru Paling Gempak Dalam Wishlist Saya

Antara Top 3 Hotel Johor Bahru Paling Gempak dalam wishlist saya adalah:

  • Mutiara Hotel Johor Bahru

Hotel pertama dalam wish list saya ialah The Mutiara Hotel Johor Bahru. Hotel ni terletak tak jauh dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Top 3 Hotel Johor Bahru, Hotel Johor Bahru Paling Gempak, wishlist saya, Mutiara Hotel Johor Bahru

Selain airport yang berdekatan, lokasi tempat ini juga berdekatan dengan Tambak Johor. Jaraknya yang dekat ini menjadikan ia tempat penginapan paling sesuai jika kita nak berulang-alik ke Singapore dari Johor Bahru.

Walaupun reka bentuk bangunan hotel ini tidaklah segempak bangunan-bangunan hotel lain, tetapi hotel ini dah melalui fasa pengubahsuaian yang drastik beberapa tahun lepas. Nak dipendekkan cerita, bilik-bilik disini kelihatan sangat mewah, elegan, selesa dan lengkap walaupun di luar nampak macam tak berapa futuristik. Kalau tak macam mana tempat ini boleh dapat title five star hotel? hehehe.

Yang paling penting sekali, ianya berdekatan dengan kawasan tumpuan pusat membeli-belah, senang kot nak bershopping, so inilah faktor paling utama saya nak stay dekat sini!

  • Thistle Hotel Johor Bahru

Top 3 Hotel Johor Bahru, Hotel Johor Bahru Paling Gempak, Wishlist Saya, Thistle Hotel Johor Bahru

Thistle Hotel Johor Bahru, nak tahu kenapa tempat ini menjadi pilihan saya? Haa…sebab selalu bila dalam kereta, saya selalu nampak bangunan hotel ini dari jauh dan tersergam indah, nampak menarik sangat. Kalau tak silap, tempat ini merupakan antara accomodation bertaraf lima bintang pertama di bandar ini.

Terdapat lebih 381 bilik dan lebih 125 daripadanya merupakan bilik atau suite mewah dengan pemandangan Selat Tebrau. Jadi, anda boleh bayangkan tak macam mana cantiknya pemandangan disana, lebih-lebih lagi pada waktu malam! Anda boleh nampak lampu-lampu di Singapore yang terletak hanya beberapa kilometer dari seberang laut.

Top 3 Hotel Johor Bahru Paling Gempak Dalam Wishlist Saya

Oh ye, tempat ini juga terletak dalam area business dan city centre. Oleh itu, ianya sesuai bukan sahaja untuk percutian bersama keluarga atau destinasi bulan madu, malah ianya berdekatan dengan lapangan golf, jadi amat sesuai untuk pelawat tang datang ke Johor Bahru atas urusan perniagaan atau percutian.

Kalau saya dapat duduk di hotel ini, saya akan pastikan saya memilih bilik yang menghadap Selat Tebrau, sebabnya saya nak menikmati pemandangan yang terbaik dari dalam bilik hotel.

Selain itu, untuk foodie macam saya, reason yang paling kuat saya untuk ke sini ialah sebab saya nak try juadah-juadah istimewa yang dihidangkan di kafe hotel ini. Perbagai jenis local dan international delicacies disediakan oleh chef-chef hebat, khas untuk tetamu hotel ini. Ok, now saya dah start drooling, hehehe!

  • KSL Hotel JB

Top 3 Hotel Johor Bahru, Hotel Johor Bahru Paling Gempak, Wishlist Saya, KSL Hotel JB

Next hotel adalah KSL Hotel JB! Menurut review, tempat penginapan bertaraf lima bintang ni menjanjikan pengalaman penginapan yang amat menakjubkan. Pasal facilities kat sini, tah payah nak  cerita panjang..sudah semestinya serba mewah dan moden.

Apa yang membuatkan tempat ni berbeza dengan hotel-hotel yang lain ialah, selain bermalam, anda juga boleh experience pengalaman membeli-belah, menonton wayang dan melawat ke theme park serta dinasour park yang terdapat di dalam kompleks yang sama..wuhuuu..menakjubkan!!

Resort yang berkonsepkan integasi antara theme park, penginapan dan shopping mall ini menyediakan sebanyak 360 buah bilik dan suite yang sangat awesome. Terdapat pelbagai jenis penginapan yang ada seperti hotel, suite, studio, apartment dan penthouse!

Selain tu, kalau anda bercuti bersama keluarga dan kawan-kawan, anda boleh pilih pakej-pakej menarik yang disediakan termasuk bilik seperti pakej ke Legoland, Hello Kitty Town dan Universal Studio di Singapore! Nonstop excitement is guaranteed here!!

Top 3 Hotel Johor Bahru, Hotel Johor Bahru Paling Gempak, Wishlist Saya, KSL Hotel JB

Dan yang paling penting juga, mestilah harga untuk pakej lebih berpatutan jika dibanding dengan harga bukan pakej. Apa yang lagi cool ialah, terdapat free shuttle ke theme park disediakan khas untuk hotel guest. Best kan?

Sebenarnya banyak lagi senarai Hotel Johor Bahru yang paling gempak dalam wishlist  saya ni, dan saya berharap sangat satu hari nanti ianya menjadi kenyataan.

Saya juga pasti banyak lagi hotel Johor Bahru paling gempak yang saya terlepas pandang kan?  Haa, u guys share la review kat comment section kat bawah ni. Mana tau boleh bantu saya dan pembaca blog ini untuk buat pilihan, hihi.

Haishhhh…tak sabar sungguh dah ni nak bercuti ke Johor Baharu, harap-harap dapatlah saya duduk di Top 3 Hotel Johor Bahru Paling Gempak dalam wishlist yang saya nyatakan di atas, doa doakan ya!! Ok la guys, jumpa lagi di lain entry!!