Tips Percutian

Tips barang-barang ketika bercuti

Selalunya orang perempuan macam-macam nak dibawa ketika bercuti tapi selalu juga yang akhirnya tak berpakai..hehehe

Sebelum saya meneruskan tulisan tentang perjalanan saya di Kerala India ingin saya kongsi serba sedikit tips barang-barang yang penting untuk dibawa ketika bercuti.

Tips ni mengikut pada yang selalu saya bawa ketika bercuti dan penggalaman saya ketika bercuti dengan membawa barang-barang di kawasan yang alami musim panas.

Dulu-dulu masa saya mula-mula bercuti saya akan bawa bermacam-macam barang yang tak sepatutnya tapi makin lama dan kerap bercuti saya jadi faham sedikit-sedikit.

Selalunya orang perempuan ni macam-macam barang yang akan dibawa , contohnya alatan makeup dan baju yang berlebih-lebihan tapi akhirnya banyak yang tak dipakai.

Bagi orang lelaki senang sikit rasa saya , orang lelaki ni sempoi je..yang perempuan ni selalu nak kan kesempurnaan dan nampak fresh.

Jika kita bercuti di kawasan yang panas list barang-barang yang penting untuk dibawa ialah:

  • Pelembab
  • Sunscreen
  • Avien Spray
  • Pelembab bibir
  • Diodorant
  • Lotion badan
  • Lotion untuk hindar nyamuk
  • Liquid pencuci tangan
  • Tisu lembab/ Tisu kering
  • Sunglassess
  • Shampoo/conditioner/sabun ( standby untuk sesiapa yang duduk dihomestay-bawa dalam pack kecik je )
  • Sikat rambut ( untuk yang berambut panjang )
  • Ubat-ubatan ( minyak urut /panadol /ubat ceret beret /gastric dll )
  • Lebihkan bawak t-shirt – tengok berapa lama kita nak pergi ( shirt macam tak berapa sesuai )
  • Jeans tak berapa digalakkan sebab panas nanti ( bawak seluar khakis lagi selesa )
  • Pantyliner ( bagi perempuan ya )
  • Shaver ( buat lelaki )
  • Jarum dan benang ( pernah ada penggalaman..hehehe, nanti akan diceritakan )
  • Extra plastic simpan baju kotor

Untuk perempuan mesti ada yang nak bawak :

  • Eyeliner
  • Lipstic
  • Bedak
  • Mascara

* Sebenarnya lagi kurang alatan make-up lagi bagus. Simple agar kulit muka kita tak terlalu berminyak. Kawasan panas ni selalu akan buat kulit kita berminyak dan badan akan berpeluh jadi kurangkan membawa alatan yang membuat kita tak berapa selesa.

Semua tips barang-barang untuk dibawa ketika bercuti ni mengikut daripada apa yang selalu saya bawa ketika bercuti di kawasan yang panas , tapi semua ini terpulang kepada masing-masing punya kehendak dan pendapat. Sebenarnya banyak yang kita terlupa nak bawa dan banyak juga yang tak perlu kita bawa. Jadi dengan adanya list sebegini mungkin boleh membantu sedikit perjalanan kita ketika bercuti.

Tips barang-barang untuk dibawa ketika bercuti

Barang-barang yang penting untuk dibawa bercuti. pergi tak banyak barang tapi balik boleh isi banyak..

Lagi satu semua ini mengikut kesesuaian percutian kita jugak , kalau masa bercuti tu ada function atau business trip lain lah pulak barang-barang yang harus dibawak, tak kan nak bawak t-shirt aje kan..hehehe. Jadi kita kena pandai-pandai tengok tempat.