Ramai dikalangan wanita terlupa betapa pentingnya penjagaan bibir. Terlalu taksub tentang penjagaan wajah, bibir diabaikan. Sebenarnya bibir juga merupakan aset yang paling berharga dimuka seseorang , kerana bibir yang sihat akan sentiasa lembab dan tidak kering. Disini saya akan kongsikan sedikit tips bibir sentiasa merah dan kekal lembab.

 

Tips Bibir Sentiasa Merah dan Kekal Lembab , Tips bibir merah dan lembab

 

Untuk mendapatkan bibir yang sentiasa merah dan kekal lembab kita perlu rajin dan jadikan rutin harian kita.

Tips Bibir Sentiasa Merah Dan Kekal Lembab

  • Anda kena rajin menggunakan pelembab bibir agar bibir anda tidak kering dan merekah. Selalunya bibir akan cepat kering bila anda kekurangan minum air dan berada ditempat yang berpenghawa dingin , jadi pastikan anda sentiasa bawa pelembab bibir sewaktu anda keluar dari rumah.
  • Selalu saya perhatikan ada dikalangan anda suka menjilat bibir (mungkin untuk menampakkan bibir itu lembab ) tapi perbuatan begitu adalah salah. Anda akan membuatkan bibir anda lebih kering dan menggelupas. Cepat-cepat sapu pelembab bibir jika anda terasa bibir anda kering.
  • Sekarang dah banyak terjual pelembab bibir dan gincu yang mengandungi SPF. Disarankan anda memakainya jika anda melakukan aktiviti dibawah terik matahari.
  • Sebelum tidur , buang gincu yang ada dibibir sebersih-bersihnya. Ambil kain lembut atau facial cotton yang basah dan sapu lembut bibir anda. Ini dapat menanggalkan sel mati yang ada dibibir anda. ( jangan gosok kuat-kuat nanti luka pulak )
  • Selepas itu anda bolehlah sapu bibir anda dengan pelembab atau serum untuk bibir yang anda boleh dapat dipasaran.
  • Anda juga boleh amalkan petua orang dulu-dulu dengan sapukan bibir anda dengan madu lebah untuk mendapatkan bibir yang lembab dan kemerah-merahan.
  • Uncang teh yang telah digunakan juga boleh digunakan dengan merendam uncang teh tersebut dalam air panas kemudian uncang tersebut dilekapkan pada bibir anda dan biarkan selama 3 minit. Tips ini untuk meningkatkan kelembapan kulit bibir.

 

Tips Bibir Sentiasa Merah dan Kekal Lembab

 

Untuk mendapatkan bibir yang merah dan lembab tidaklah susah mana pun , anda perlu amalkan tips bibir sentiasa merah dan kekal lembab ini dengan rajin dan kenalah buat setiap hari untuk mendapatkan bibir yang anda impikan. Hasil yang anda dapat bukanlah dengan sekelip mata tapi ianya akan mengambil masa, jadi anda harus bersabar melakukannya.