The Top Penang Menyajikan Masakan Melayu Asli Sempena Ramadan

The Top Penang Menyajikan Masakan Melayu Asli Sempena Ramadan

Tinggal beberapa hari lagi kita nak menyambut Ramadan bulan yang suci ini. Maka ramailah yang tercari-cari lokasi untuk berbuka puasa bersama insan-insan yang tersayang mahupun rakan-rakan.

Selalu sangat saya kongsikan tempat berbuka puasa yang menarik di Kuala Lumpur sahaja, kali ini saya nak berubah arah dengan kongsikan pada anda semua lokasi berbuka puasa yang jauh sedikit dari Kuala Lumpur iaitu Pulau Pinang.

Buat mereka yang menetap di Pulau Pinang atau mereka yang bercadang ke Pulau Pinang dalam bulan puasa ini nanti, bolehlah singgah ke restoran yang saya akan kongsikan di bawah ini.

Keenakkan Masakan Melayu Asli Dengan Iringan Persembahan Kebudayaan Di The Top Penang

The Top Penang, Keenakkan Masakan Melayu Asli, Persembahan Kebudayaan, Penang’s Iconic Landmark, Umi Restaurant, Top View Restaurant and Lounge, Ramadhan 2019, Buffet Ramadan

Lokasi berbuka puasa yang menjadi pilihan no 1 ramai pengunjung di Pulau Pinang adalah di The Top Penang yang merupakan Penang’s Iconic Landmark yang cukup terkenal. Pemilihan lokasi berbuka puasa yang sudah semestinya menarik dan semestinya akan menjadi satu kenangan yang sangat berharga buat anda sekeluarga juga teman-teman jika berbuka puasa di sana.

Terdapat 2 restoran yang menghidangkan pelbagai pilihan makanan tempatan buat anda berbuka puasa di Top Penang yang sudah semestinya lazat yang ditawarkan iaitu di Umi Restaurant dan juga di Top View Restaurant and Lounge.

  • Restoran Umi

Nikmati Keunikan Berbuka Puasa Dengan Iringan Persembahan Kebudayaan Di The Top Penang

Bertemakan ‘Selera Umi” sempena Ramadan tahun ini, Restoran Umi mengalu-alukan kedatangan anda semua dengan menyajikan masakan tempatan yang lazat dengan menu berbuka puasa yang unik setiap hari, dari hari Isnin hingga Ahad.

Apa yang istimewanya, hidangan yang ditetapkan akan disajikan dalam set tiffin, yang terdiri daripada Gulai Lemak Ayam Pedas yang cukup terkenal, Rendang Daging yang di masak dengan cukup sempurna, Sotong Goreng Masin, Daging Masak Hitam dan Kari Ayam Kapitan.

Hidangan Berbuka Puasa 2019 - The Top Penang

Bagi mereka yang mendambakan Assam Pedas Ikan untuk berbuka puasa, Restoran Umi turut menghidangkan menu istimewa mereka yang mesti anda cuba, makan pula dengan nasi kukus..perghh sure makan bertambah-tambah.

Bagi melengkapkan juadah berbuka puasa anda, pencuci mulut turut di sajikan dengan hidangan kuih muih tempatan yang pelbagai, manakala ais kacang, sirap selasih, teh tarik dll yang memang cukup terkenal dengan kesedapannya di Penang turut disediakan buat pengunjung.

Untuk menikmati diskaun istimewa sebanyak 20% untuk tempahan awal sebelum 1 Mei 2019.

RM68 – untuk dewasa dan

RM58 – untuk kanak-kanak dan warga emas.

  • Top View Restaurant and Lounge

Top View Restaurant and Lounge Dengan Hidangan Berbuka Puasa 2019

Sementara itu, di Top View Restaurant and Lounge yang terletak di Level 59, The Top Penang, dengan pemandangan Georgetown Heritage View yang pastinya satu pengalaman yang sangat mengagumkan, sambil makan sambil menikmati pemandangan. Best sangat!

Restoran ini akan menyajikan hidangan berbuka puasa dari Chef yang cukup hebat iaitu Chef  Shaikh Fauzi ‘Chef Shaikh Fauzi Buka Puasa buffet’ dengan gabungan penari Kebudayaan Malaysia yang pastinya dapat menghiburkan anda di kala berbuka puasa.

Pengunjung yang datang akan disajikan dengan hidangan kepah masak lemak cili apa yang cukup lazat, Udang Masak Assam, Ketam Masak Kari, Ayam Masak Merah, Ikan Masak Masam Manis, Sayur Terung Goreng Berlada dilengkapi dengan Nasi Briyani atau Nasi Kerabu.

Nikmati Masakan Melayu Asli Dengan Iringan Persembahan Tarian Kebudayaan

Pembuka selera pula terdapat dalam pelbagai jenis seperti Pasembor Pulau Pinang, Kerabu Ayam, Kerabu Kerang, Kerabu Pucuk Ubi, Thai Beef Salad serta Acar Buah-buahan.

Di samping makanan yang diatas, terdapat juga gerai-gerai yang memasak secara terus dengan menyajikan hidangan  Kambing Golek, Ayam Percik, Tandoori Chicken, Mee Udang, Assam Laksa, Mee Mamak, Roti Jala, Ikan Bakar dan Bubur Lambuk.

Manakala untuk pencuci mulut pula terdiri daripada Bubur Pulut Hitam, Pengat Ubi Keledek, pelbagai jenis kek, puding dan aiskrim.

Para tetamu Top View Restaurant and Lounge akan menikmati diskaun 20% untuk tempahan awal sebelum 5 Jun
2019.

RM98 ++ untuk orang dewasa

RM68 ++ untuk kanak-kanak dan warga emas setiap orang.

Sepanjang bulan Ramadhan 2019 ini, restoran-restoran ini akan mempersembahkan Tarian Kebudayaan Malaysia khas untuk menghiburkan para tetamu yang berbuka puasa di sana. Jangan lepaskan peluang berbuka puasa sambil menyaksikan persembahan Tarian Budaya Malaysia yang diadakan.

Menikmati Hidangan Berbuka Puasa Dengan Persembahan Tarian Kebudayaan

Untuk membuat tempahan, boleh hubungi :

+604-262 3800 / +6017-529 6674 (Umi Restaurant) /

+6017-336 8286 (Top View Restaurant)

Atau

 email: sales@thetop.com.my.

layari website

www.thetop.com.my

Facebook
facebook.com/thetopofpenang