The Pearl Kuala Lumpur, Pearl International Hotel, Old Klang Road, Muslim Friendly, Best Muslim Friendly Hotel, Hotel Bertaraf 4 bintang, Hotel Di Kuala Lumpur

The Pearl Kuala Lumpur Hotel Yang Menarik Dan Selesa Di Duduki

Walaupun saya ni duduk di Kuala Lumpur, tapi kadang-kadang terasa juga nak menenangkan dan lapangkan fikiran dari sebarang kerja dirumah yang yang tak pernah habis dan duduk-duduk bersantai di hotel, tak kiralah hotel dekat atau jauh tapi kalau dapat duduk di hotel memang satu kepuasan yang tak terhingga.

Ni saya nak cerita ni, baru-baru ni saya berpeluang menginap di The Pearl Kuala Lumpur. Alhamdulillah, kiranya rezeki awal tahun, moga ada lagi rezeki-rezeki cam gini lepas ni..Aaminn.

The Pearl Kuala Lumpur, Pearl International Hotel, Old Klang Road, Muslim Friendly, Best Muslim Friendly Hotel, Hotel Bertaraf 4 bintang, Hotel Di Kuala Lumpur

Di hadapan The Pearl Kuala Lumpur

Ini merupakan kali pertama saya menginap disini. Buat mereka yang masih tidak pernah dengar tentang hotel ini, dahulunya The Pearl Kuala Lumpur ini dikenali dengan nama Pearl International Hotel, ianya terletak di antara Kuala Lumpur dan Petaling Jaya (ditengah-tengah Old Klang Road). Haa dekat sangat lah dengan rumah saya, saya pun duduk di Petaling Jaya..hehehe.

The Pearl Kuala Lumpur, Pearl International Hotel, Old Klang Road, Muslim Friendly, Best Muslim Friendly Hotel, Hotel Bertaraf 4 bintang, Hotel Di Kuala Lumpur

Award untuk Best Muslim Friendly Hotel

The Pearl Kuala Lumpur ini merupakan sebuah hotel Muslim Friendly dan pernah memenangi “Best Muslim Friendly Hotel di Asia Halal Brands Award 2017. So jangan berasa was-was untuk duduk di hotel ni ya! Hotel Bertaraf 4 bintang dan menawarkan 480 bilik yang cukup besar, moden dan selesa buat para tetamu menginap disini.

Pengalaman Menginap Di The Pearl Kuala Lumpur

Masa saya sampai sahaja di hotel ni, sempatlah saya survey dahulu suasana keliling hotel ni. Wahh memang bestlah sesiapa yang duduk hotel ini. Banyak kemudahan membeli belah kerana hotel ini terletak di Pearl Point Shopping Mall dan ianya juga bersambung dengan jambatan ke Pearl Shopping Gallery.

The Pearl Kuala Lumpur, Pearl International Hotel, Old Klang Road, Muslim Friendly, Best Muslim Friendly Hotel, Hotel Bertaraf 4 bintang, Hotel Di Kuala Lumpur

Pearl Point Shopping Mall

The Pearl Kuala Lumpur, Pearl International Hotel, Old Klang Road, Muslim Friendly, Best Muslim Friendly Hotel, Hotel Bertaraf 4 bintang, Hotel Di Kuala Lumpur

Pearl Shopping Gallery

Sebelum check-in pukul 2pm, sempat lagi saya pusing-pusing di shopping mall tersebut. Penat pusing-pusing singgah makan tengahri di di food court yang berada di Pearl Point Shopping Mall.

Selain food court, banyak juga cafe dan restoran yang berada di area lobby hotel. Nak minum dan ajak kawan-kawan bersantai di Starbuck pun ada. Haa senang sangat kan?

Bila dah check-in, masuk aje ke bilik..wahhh best sangat bilik dia dan kelihatan moden. Besar dari jangkaan saya. Kelengkapan yang terdapat dalam bilik semua cukup. Bilik bersih dan kemas, bilik air pun besar dan ada bathtub lagi. Syiok lah boleh berendam dalam buih..hehehe.

The Pearl Kuala Lumpur, Pearl International Hotel, Old Klang Road, Muslim Friendly, Best Muslim Friendly Hotel, Hotel Bertaraf 4 bintang, Hotel Di Kuala Lumpur

Bilik yang luas dan selesa

Pengalaman Menyeronokan Menginap Di The Pearl Kuala Lumpur

Berehat sambil menonton tv dalam suasana yang tenang

Pengalaman Menyeronokan Menginap Di The Pearl Kuala Lumpur

Pengalaman Menyeronokan Menginap Di The Pearl Kuala Lumpur

Pengalaman Menyeronokan Menginap Di The Pearl Kuala Lumpur

This slideshow requires JavaScript.

Kemudahan lain yang disediakan The Pearl Kuala Lumpur ni termasuklah :

  • Kolam renang yang berada di Tingkat 5 – dibuka setiap hari – 7.00 pagi hingga 8.00 malam

Pengalaman Menyeronokan Menginap Di The Pearl Kuala Lumpur

  • Gimnasium menghadap kolam renang yang terletak di Tingkat 5 – dibuka setiap hari – 6.00 pagi hingga 11.00 malam.

Pengalaman Menyeronokan Menginap Di The Pearl Kuala Lumpur

  • Perkhidmatan dobi disediakan dan dikenakan bayaran -dail “5” untuk bantuan
  • Akses Internet AksesWi-Fi percuma disediakan di semua bilik tetamu.
  • In-Room Dining – 24-hour room service -dial “7” for assistance.
  • Parking yang banyak.
  • Business Centre – Terletak di Aras 23, Pegawai Perkhidmatan Tetamu yang mesra dan sentiasa bersedia untuk membantu anda dalam memastikan keperluan perniagaan anda dipenuhi.
    Penggunaan ruang dewan untuk dua jam pertama. Dibuka setiap hari – 9.00 pagi hingga 12.00 malam

Jika anda juga berkeinginan untuk menikmati hidangan di hotel, anda boleh ke :

Pengalaman Menyeronokan Menginap Di The Pearl Kuala Lumpur

  • Lounge Eksekutif ON 23
    Terletak di Aras 23, Executive Lounge Tingkat 23, yang menawarkan pemandangan yang memukau dari aras 23.
    Dibuka setiap hari – 11.00 pagi hingga 1.00 pagi.
  • Cafe 5
    Terletak di Level 5, pengalaman bersantap yang lengkap dalam suasana santai.
    Dibuka setiap hari – 6.30 pagi hingga 10.30 malam
  • Roof Garden Terrace
    Terletak di Roof Garden Terrace di Level 5 dengan pemandangan kolam renang dan latar langit yang terbentang luas.
    Dibuka setiap hari – 6.30 pagi hingga 10.30 malam
  • Café 5,  Sarapan buffet terletak di aras 5 dari 6.30 pagi hingga 10.30 pagi setiap hari.

Pada malam saya menginap di hotel ni, saya berpeluang menikmati Italian Buffet “King Of The Grill” yang di adakan di Executive Lounge Tingkat 23.

The Pearl Kuala Lumpur, Pearl International Hotel, Old Klang Road, Muslim Friendly, Best Muslim Friendly Hotel, Hotel Bertaraf 4 bintang, Hotel Di Kuala Lumpur

Oyster yang segar dan dihidangkan dalam pelbagai cara hidangan

Hidangan yang cukup menyelerakan sesiapa sahaja yang menikmatinya. Memang sebelum makan disini, ramai yang kata hidangan di sini sedap-sedap dan fresh. Bila saya sendiri rasa, memang WOWW sangat. Memang anda wajib mencuba sendiri hidangan disini untuk mengetahui kesedapannya. Untuk info lanjut dan melihat hidangan King Of The Grill Italian buffet ni, anda boleh layari :

>KLIK DI SINI – King Of The Grill Italian Buffet<<.

Pengalaman saya menginap di The Pearl Kuala Lumpur ini satu pengalaman yang sangat menyeronokan. Dah lah dapat duduk hotel yang bertaraf 4 bintang, dapat pula makan makanan yang sedap-sedap. Nak bershopping pun senang, semua dekat.

The Pearl Kuala Lumpur, Pearl International Hotel, Old Klang Road, Muslim Friendly, Best Muslim Friendly Hotel, Hotel Bertaraf 4 bintang, Hotel Di Kuala Lumpur

Pemandang dari jendela bilik hotel

The Pearl Kuala Lumpur, Pearl International Hotel, Old Klang Road, Muslim Friendly, Best Muslim Friendly Hotel, Hotel Bertaraf 4 bintang, Hotel Di Kuala Lumpur

Kalau anda tanya adakah saya nak menginap lagi di hotel ni? Sudah semestinya saya akan datang lagi ke sini, sebab tulah orang kata, bila kita happy dan selesa pada satu-satu tempat tu, pasti kita akan repeat lagi.

Jika anda ingin menginap di hotel dengan selesa dan tenang, mengadakan meeting, perkahwinan atau apa sahaja event, hotel ini amat sesuai untuk anda. Info lanjut anda boleh layari :

ALAMAT
Batu 5, Jalan Klang Lama, 58000 Kuala Lumpur
PHONE603-7983 1111  FAX603-7621 9777