THE LADY KISAH PERJUANGAN 
SEORANG WANITA
( AN AMAZING MOVIE)
    Menonton cerita The Lady ini buat kan aku berasa sedih sangat…Ketabahan dan keberanian dan penggorbanan  seorang wanita yang bernama AUNG SAN SUU KYI untuk bumi tercinta nya BURMA..Betapa dia sanggup berkorban meninggalkan keluarganya untuk tanah air dia…Mendapat suami yang menyayangi dia dan menyokong segala usaha yang dia laku kan..Terpisah dia antara dua benua..tetapi masing2 menyokong each other dari jauh…
      Seorang wanita yang inginkan negara nya bebas dari jajahan komunis tetapi telah di halang dengan berbagai cara..sehingga yang paling drastik dan tragis dia menjadi tahanan di rumah sendiri…Sehinggakan suami dan anak2 susah untuk mendapat visa ke BURMA..berbagai usaha untuk dia keluar dari negara itu dgn harapan bila dia keluar…dia tidak boleh kembali semula ke negara itu.
        Yang buat aku menangis teresak esak… bila suami dia nak meninggal di sebabkan kenser..suami dia cakap at least dia dapat jumpa isterinya tapi visa dia tetap tidak di luluskan utk ke negara itu..akhirnya dia mati tanpa isteri di sisi…( time ni aku dah teresak esak dah nangis…)
          EEEEeee…kejam sungguh kan orang-orang macam macamm ni…Takut sungguh aku kalau negara kita jadi macam ni…
            Bercerita pasal travel aku ke Myanmar , bila kita compare kan dengan kehidupan kita sekarang memang jauh beza sangat. Bila lihat kehidupan penduduk di sana, betapa bersyukur nya aku berada di bumi Malaysia.
              Di sini ada masa-masa tiba-tiba bekalan ditutup , macam diaorang disana dah faham dengan sitution ni jadi diaorang dah prepared jenarator, mana yang tak ada tu bergelap lah sekejap. Nasib baik sebelum datang saya dah buat survey jadi banyak benda saya dah tahu tentang keadaaan disana.
                Di sini nak tengok kenderaan mewah memang susah. Bermakna orang-orang kaya disana tak pakai sangat kereta mewah ni.
                  Shopping Complex yang besar-besar jangan harap lah. Ada berapa aja tempat shopping ynag besar , itu pun macam bangunan shopping mall kita Kotaraya. Yang banyak deretan kedai dan satu tempat shopping yang famous tapi macam pasar je bagi saya.
                    Tapi yang saya teruja di sini sejarah mereka dan temple-temple yang besar. Temple-temple yang bersinar bak emas kelihatan waktu pagi dan petang memang menarik.Kepercayaan mereka terhadap agama yg mereka anuti masih lagi menebal. Jadi tempat yang selalu dilawati oleh pelancong yang datang ke Myanmar ialah temple-temple mereka.
                    Satu-satu temple terdapat dengan beribu kisah dan sejarah. Siapa peminat sejarah memang suka lah datang sini.
                      Musim di Myanmar ada 3 musim iaitu :
                      • Panas
                      • Sejuk
                      • Hujan

                      *Musim panas kadang-kadang tinggi sangat , dan musim hujan boleh banjir dibuatnya jadi peak seson untuk pelancong adalah musim sejuk.

                      Saya dah tersilap tarikh datang ke Myanmar ni sebab datang musim hujan jadi banyak kejadian yang tak boleh dilupakan , kelakar pun ada. Di Malaysia belum pernah saya harungi banjir tapi di Myanmar saya kena berjalan dalam banjir yang separas lutut.Yang bestnya sedang sedap-sedap dok redah banjir sebab nak melintas jalan tiba-tiba sebelah sandle aku tertinggal dalam banjir , disebabkan tak nak berkaki ayam jadi terkial-kial dan teraba-raba dalam air cari sandel..hehehe.

                      .
                      YANGON MYANMAR

                      Travel Di Yangon Myanmar teringat Cerita The Lady