The Dark Party, The Sacret Riana, Asia's Got Talent, KL's Scariest Halloween Party, parti Halloween, Cre' Arts Asia, airasiaredtix, Kuala Lumpur

The Dark Party Dengan Penampilan Istimewa The Sacred Rania

Kalau sebut nama Marie Antoinette Riana Graharani mesti tak ramai yang kenal kan? Kalau saya sebut The Sacret Riana..haaa sure ramai kenal ya tak? Siapa yang tak kenal dengan Riana iaitu ahli silap mata dan ilusi dari Indonesia dan pernah memenangi Asia’s Got Talent musim kedua.

Dengan penampilan yang pelik, rambut panjang, kadang-kadang kepala gerak-gerak sedikit ke kiri kanan dan suka tenung orang buatkan sesiapa yang berdepan dengan dia pasti seram dibuatnya.

The Dark Party, The Sacret Riana, Asia's Got Talent, KL's Scariest Halloween Party, parti Halloween, Cre' Arts Asia, airasiaredtix, Kuala Lumpur

The Dark Party Dengan Penampilan Istimewa The Sacred Rania

Tahun ini akan menjadi edisi pertama pesta musik di Kuala Lumpur dengan jangkaan ribuan pengunjung yang dijangka turun ke KL Life Centre pada 2 November jam 7,30pm.

Parti yang dianjurkan oleh CES Creative Event Solution & AXEVENTS bersama dengan Vibes Club KL & Fuze Club, bertemakan Halloween “The Dark Party” iaitu acara yang diberi tajuk KL’s Scariest Halloween Party yang bakal membawa anda satu pengalaman pesta yang lain dari lain serta menyeramkan lebih-lebih lagi dengan penampilan tetamu istimewa The Sacred Riana.

The Dark Party, The Sacret Riana, Asia's Got Talent, KL's Scariest Halloween Party, parti Halloween, Cre' Arts Asia, airasiaredtix, Kuala Lumpur

Buat mereka yang teringin nak melihat Riana dari dekat, haaa bolehlah datang beramai-ramai keacara The Dark Party yang julung kali diadakan ini. Bukan itu sahaja KL’s Scariest Halloween Party ini turut menyajikan musik-musik hebat terdiri dari DJ Wyntella dengan DJ Cross Finger, DJ Rachel B dengan DJ Deadwood, DJ Ken Fung dengan DJ Keith Mintz dan DJ Jenni-F dengan DJ MK. Merupakan pakar muzik yang diiktiraf EDM (Electronic Dance Music).

The Dark Party, The Sacret Riana, Asia's Got Talent, KL's Scariest Halloween Party, parti Halloween, Cre' Arts Asia, airasiaredtix, Kuala Lumpur

Tidak seperti mana-mana parti Halloween yang lain dengan pemandangan rumah berhantu, di The Dark Party pengunjung boleh menari dengan alunan musik yang sentiasa berputar dari senja hingga ke subuh, dan masa ini anda akan melihat pelbagai ragam tetamu dengan costume yang “menakutkan”.

Terdapat juga siri yang tidak pernah dilihat sebelum ini, seperti persembahan sarkis oleh pemain asal Cre’ Arts Asia. Cre’ Arts Asia merupakan sarkis moden tempatan. Menarik kan?

The Dark Party, The Sacret Riana, Asia's Got Talent, KL's Scariest Halloween Party, parti Halloween, Cre' Arts Asia, airasiaredtix, Kuala Lumpur

Tiket The Dark Party boleh didapati sekarang dengan harga istimewa sebanyak RM118 setiap tiket untuk pembelian awal. Tiket pra-jualan berharga RM148 setiap tiket. Terdapat juga pilihan untuk pembelian tiket pukal yang berharga RM740 untuk 6 tiket (beli 5 percuma 1).

Semua pemegang tiket berpeluang untuk memenangi sesi meet & greet bersama The Sacred Riana dan juga berpeluang memenangi hadiah utama bernilai RM2,000.00 keatas.

The Dark Party, The Sacret Riana, Asia's Got Talent, KL's Scariest Halloween Party, parti Halloween, Cre' Arts Asia, airasiaredtix, Kuala Lumpur

Tiket boleh didapati di  http://www.airasiaredtix.com

Untk maklumat lanjut boleh hubungi talian:

0186667679

Atau email ke:

thedarkpartykl@gmail.com