Texas Chicken Malaysia Lancar Cawangan Pandu Lalu Di Sunway Mentari

Texas Chicken Malaysia Lancar Cawangan Pandu Lalu Di Sunway Mentari

Happynya bila Texas Chicken dah buka cawangan pandu lalu, maklumlah saya ni sejenis yang tak suka makan sorang-sorang di luar (pemalu yg amat), kalau nak makan kat luar kena berteman, dah ada cawangan pandu lalu ni senang lah saya nak makan ayam goreng kegemaran saya di Texas Chicken, beli bawak balik dan makan dekat rumah je, tak payah susah-susah nak beratur panjang atau duduk makan sorang-sorang kalau tak ada teman.

Siapa sini yang suka makan ayam goreng Texas Chicken kita memang geng. Ayam goreng di sini, perghhh..memang sedap sangat, gorengan yang dibuat cukup sempurna, rangup di luar dan berjus di dalam selain saiznya boleh tahan besar.

Menu yang lain pun boleh tahan sedap terutama biskut honey butter. Selalunya kalau saya beli ayam goreng, tak sah kalau tak beli sekali biskut honey butter ni, sedap yang amat, rasa rugi tau kalau tak beli sekali.

Sekarang ni Texas Chicken memang dah menjadi pilihan pertama saya jika nak makan ayam goreng, tempat lain tu kira pilihan ke dua, ke tiga dan seterusnya..hehehe.

Texas Chicken Malaysia Lancarkan Kemudahan Pandu Lalu Di Sunway Mentari

Majlis Pelancaran Cawangan Pandu Lalu Yang Cukup Meriah

Berita baik buat penduduk Sunway Mentari dan mereka yang berdekatan kawasan ini, baru-baru ini Texas Chicken Malaysia telah melancarkan pembukaan cawangan pandu lalu yang pertama di Lembah Klang dan merupakan yang kedua di Malaysia susulan pembukaan cawangan pandu lalu di Sungai Petani pada tahun lepas.

Bagus juga ada khidmat pandu lalu ni, maklum orang sekarang ni semua nak cepat. Lagipun 90% rakyat Malaysia mempunyai kereta, dengan itu perkhidmatan pandu-lalu merupakan satu alternatif membantu mereka yang sentiasa sibuk bekerja atau menjalani kehidupan seharian.

Kemudahan Pandu Lalu Di Shell Sunway Mentari

Nampaknya orang-orang di Sunway Mentari seronoklah ya! Lokasi pun betul-betul strategik iaitu bersebelahan dengan Shell Sunway Mentari so pelanggan bolehlah nikmati hidangan ayam goreng sedap Texas Chicken samada makan di dalam restoran, take-away (bawa pulang) ataupun dengan cara pandu lalu.

Tak payah dah nak susah payah mencari tempat letak kereta untuk membeli, tak payah nak turun kereta bagai, hanya masuk ke bahagian pandu lalu, minta pesanan, bayar, dapatkan pesanan yang dipesan dan terus pergi. Apa yang best lagi, kalau lapar tengah-tengah malam dalam pukul 2 3 pagi, boleh aje pandu lalu ke restoran ini kerana restoran ini dibuka 24 jam.

Majlis pembukaan Pandu Lalu Di Sunway Mentari

Saya juga antara mereka yang bertuah dapat menyaksikan acara pembukaan cawangan pandu lalu di Sunway Mentari, turut hadir Pengerusi Envictus International Holdings iaitu Dato’ Jaya Tan. Untuk pengetahuan semua, Envictus Holdings merupakan syarikat yang mengendalikan lebih 50 restoran Texas Chicken di Malaysia dan tahun ini sahaja telah membuka 5 lagi restoran termasuk cawangan pandu lalu di Sunway Mentari. Hebat kan!

Lembah Klang, Pandu Lalu, Pelancaran Texas Chicken Pandu Lalu, Pembukaan Cawangan Pandu Lalu, Shell Sunway Mentari, Sunway Mentari, Texas Chicken, Texas Chicken Malaysia, Drive Thru

“Dengan gaya hidup yang masyarakat Malaysia yang kian sibuk, kami memahami keperluan pengguna yang sentiasa kesuntukan masa dan sering mencari kemudahan yang dapat membantu mereka dalam menjalani kehidupan seharian. Oleh itu kami yakin bahawa cawangan baharu kami ini akan mendapat sambutan yang baik daripada pengguna, terutama mereka yang mengidamkan kelazatan ayam goreng dan biskut yang enak,” kata Dato Jaya Tan.

Di Texas Chicken Sunway Mentari kalau terasa nak duduk-duduk dan berchit chat dengan rakan-rakan atau keluarga dalam restoran dan menikmati hidangan di sana pun boleh, apa yang best setiap restoran menawarkan pengisian semula minuman ringan secara percuma, jimat sangat.

Lembah Klang, Pandu Lalu, Pelancaran Texas Chicken Pandu Lalu, Pembukaan Cawangan Pandu Lalu, Shell Sunway Mentari, Sunway Mentari, Texas Chicken, Texas Chicken Malaysia, Drive Thru

Restoran di sini pun luas dan selesa, mempunyai keluasan 3,500 kaki persegi dan di lengkapi dengan 146 tempat duduk, dilengkapi dengan hiasan dalam yang direka khas bagi menambat hati dan memberi keselesaan kepada golongan pelajar, golongan dewasa dan juga mereka yang bekeluarga.

Jika sesiapa yang terasa nak makan ayam goreng sedap atau menu lainnya, jangan teragak-agak untuk datang ke Texas Chicken kerana selain kelazatan hidangan disini ianya juga telah disahkan HALAL oleh JAKIM. 

Texas Chicken Shell Sunway Mentari,
Jalan PJS 8/9,
Bandar Sunway, Selangor

Untuk maklumat lanjut mengenai Texas Chicken Malaysia, boleh layari :

WEBSITE