Disaat kita senang ramai sahabat akan mengelilingi kita seumpama semut menghurung gula tapi disaat kita susah barulah kita akan kenal keperibadian sahabat baik kita tersebut. Disaat itu baru kita tahu yang mana satu intan dan yang mana satu permata. Akhirnya terlerai persahabatan yang telah lama tercipta.

bestfriends , terlerai persahabatan

Sahabat sebegini bila memerlukan sesuatu dia akan rapat dengan kita , tapi bila yang dihajati sudah diperolehi dia akan Hilang dari pandangan mata kita.

Susah nak mencari sahabat dikala kita berduka dan setia bila kita terluka.

Dikala hidup kita dilimpahi kebahagiaan dan kesenangan serta berbas bersama rakan taulan , disitulah sahabat ini akan sentiasa ada bersama kita. Tapi jika musibah melanda kita , tidak kelihatan sahabat yang sentiasa bersama, jika sakit wajah sahabat itu tidak kelihatan walaupun pasti dia tahu kesakitan dan musibah yang melanda.

Lumrah kehidupan dalam persahabatan seumpana roda yang berpusing , jika hidup kita diselubung dengan kebahagiaan dan kemewahan ramai yang iri hati , namun bila kita susah , sahabat yang baik pun boleh berubah hati , mencari mereka yang setaraf dengan kehidupan mereka. Mereka lupa segala pengorbanan yang telah kita lakukan. Makan dengan mudah juga lah terlerai persahabatan yang selama ini penuh dengan sendiwara semata.

Sahabat sebegini mempunyai kelebihan yang mana bila dipegang boleh menjadi duri yang amat bisa tapi bila dipandang ibarat bunga yang harum mewangi dan ingin selalu didekati. Ramai yang tertipu dengan keperibadian mereka ini , yang berkebolehan dalam penipuan dan dalam rayuan.

Sejujurnya orang-orang sebegini seeloknya dijauhi , daripada bersahabat dengan mereka baiklah kita menjauhkan diri dari kehidupan yang penuh dengan kepura-puraan.

 

 

Tanpa sahabat sebegitu tidak akan rugi apa pun. Tak perlu mempunyai sahabat baik. Sahabat baik hanya dua tiga orang ini dah cukup menyenangkan kehidupan. Disaat kita gembira mereka ada, disaat kita susah mereka ada dan disaat kita sakit mereka tidak jemu dan perihatin dengan keadaan kita.

Memang zaman muda kita terlalu naif untuk menentukan yang mana kawan dan yang mana lawan. Kita mudah terbuai oleh permainan yang dicipta. Walau kita dipergunakan tapi kita masih tak nampak semua itu.

Bayangkan seorang sahabat yang kita kasihi telah menggunakan kita untuk kepentingan dirinya tapi kita masih lagi tidak kisah, kita masih lagi sanggup dipergunakan kerana bagi kita sahabat ini adalah sahabat sejati dan kita sayangi. Tapi adakah sahabat ini melihat penggorbanan itu? Tidak…tidak sekali pun dia melihat semua itu.

Teringat satu kisah dimana , sahabat ini telah menggunakan saya disaat beliau dalam kesulitan dengan suaminya. Beliau telah meminta saya menulis kemaafan dan kata-kata cinta beliau terhadap suami beliau. Beberapa kali saya ikutkan kemahuan dia, sehingga suami dia bersangka yang kata-kata yang ditulis adalah dari kata hati dia sendiri sedangkan ayat tersebut adalah ayat dari ilham saya yang ingin menolong mereka berdua berdamai.

Pernah juga beliau menggunakan nama saya disaat beliau tersepit didalam kesusahan , dimana suami beliau syak yang dia berlaku curang dibelakang. Sahabat saya ini banyak menggunakan nama saya dengan menggatakan yang beliau keluar dengan saya dan tidur dirumah saya walhal tidak. Tapi saya masih mendiamkan diri juga kerana menjaga persahabatan itu.

Akhirnya suami dia menggatakan saya yang banyak mengajar isteri dia buat benda-benda jahat, tapi saya masih mendiamkan diri juga kerana saya tidak mahu memusnahkan ikatan mereka. Walau nama saya buruk dimata suami dia tapi saya rela diri dipersalahkan demi sahabat saya ini. Segala penipuan sahabat saya hanya saya simpan didalam hati. Hanya saya dan dia yang tahu segalanya.

Adakah kawan saya mempertahankan saya? Tidak juga…

Adakah sahabat saya kenang pengorbanan saya semua itu? Tidak juga…

kawan , terlerai persahabatan

Kredit image : google image

Akhirnya perlahan-lahan saya menarik diri dari kehidupan sahabat ini. Biarlah dia dengan kehidupan dia. Saya dah malas dengan segala benda yang beliau lakukan dan saya dah malas dengan segala-galanya. Biarlah saya dengan kehidupan saya dan beliau dengan kehidupan beliau yang suka disanjung dan dipuji serta dikelilingi ramai orang. Saya tidak ada apa dan tidak setaraf berbanding dia.

Saya doakan beliau bahagia dengan kehidupan beliau sekarang.

Jika sahabat kita tidak lagi dapat menjaga nama baik kita seeloknya tinggalkan dia daripada kita disakiti dan dipergunakan lagi. Daripada kita merosakkan keperibadian kita dalam mencipta kebencian sesama manusia baiklah kita segera menjauhkan diri. Jalan yang lebih baik dan terbaik buat diri kita.

Sahabat sejati saya adalah pada yang sanggup bersusah payah menjaga saya siang dan malam ketika saya sakit,ketika saya gembira dan sentiasa bersama susah dan senang saya.

Terimakasih juga buat sahabat sejati :

Meliza yang sentiasa bersama susah senang
Heinny yang menceriakan

Juga buat keluarga saya yang sentiasa ambil berat perihal saya.