Macam tak percaya dan terkejut dapat banyak CPUV dari Nuffnang. Rasanya tak pernah lah lagi dapat sebanyak ni, paling banyak pun adalah 5 ke 6 CPUV aje, tapi kali ni 8…8 beb.

Terkejut Dapat Banyak CPUV Dari Nuffnang, CPUV Dari Nuffnang, Dapat Banyak CPUV Dari Nuffnang, CPUV Nuffnang

Saya rasa ada hikmah jugak bila ramai yang dah bising pasal Nuffnang kemut, Nuffnang memilih orang, Nuffnang pilih kasih, Nuffnang ada anak emas dan sebagainya. At least terbuka jugak mata Nuffnang untuk memberi CPUV buat kami-kami yang dalam katagori bukan kelas elit.

Saya pasti ramai blogger-blogger dapat CPUV banyak macam saya dapat atau lebih lagi. Tahniah…

Memanglah gembira dapat, tapi lagi gembira kalau iklan itu diletak dalam waktu-waktu puncak. Sekurang-kurangnya ada jugaklah yang akan klik dan dapatlah kami income lebih. Kalau banyak CPUV tapi kosong, tak guna jugak kan!

Macam kami ni, hanya dapat CPUV aje, jadi memang berharap orang akan klik iklan dalam blog. Lainlah kalau kami diberi Advertorial oleh Nuffnang, macam blogger lain yang selalu dapat Advertorial, tak kisah sangat dengan pendapatan dari CPUV ni.

Harap-harap Nuffnang bagi peluang pada orang lain jugak untuk dapat Advertorial, saya pasti ramai lagi yang layak selayaknya. Kalau tak pun letaklah iklan dalam waktu-waktu yang sesuai, bukan time orang tengah tidur.

Kalau Nuffnang buat begitu, saya pasti ramai yang akan sayang Nuffnang…hehehe.

Apa-apa pun, terima kasih buat saya terkejut dapat banyak CPUV dari Nuffnang ni. Terima kasih buat Nuffnang, dan tahniah buat diri saya sendiri kerana masih setia lagi dengan Nuffnang..hehehe.

Thanks juga kerana iklan-iklan dibawah ini still ada title on going..

  • RWG – Ice Age Adventure
  • Proton PCC
  • Sime Darby LPGA 2014
  • Sunsilk Silhouette
  • RHB Now Let’s Transaction
  • Kasi App Campaign
  • SME Micro Finance