Dah lama dah saya teringin sangat nak bela Kucing Sphinx ni. Geram sangat bila asyik tengok gambar-gambar kucing jenis Sphinx yang ada dimajalah. Kalau dapat satu pun jadilah. Kalau dapat sure saya akan lekatkan pipi saya kat badan dia, eeee geramnya.

Tak tahu macam mana rupa kucing sphinx tu? Alaaaa Spyhnx ni sejenis kucing yang tak ada bulu tu lah…yang mata besar dan telinga besar dan menghala kedepan, kulit dia berkedut-kedut , muka dia macam alien tapi cute sangat…hehehe.

Kucing Sphinx asalnya dari Kanada, dinamakan Sphinx kerana ada iras-iras patung Sphinx dari mesir.

Teringin Sangat Nak Bela Kucing Sphinx , Kucing Sphinx

Hari sabtu baru-baru ni saya berpeluang ke Pet World Malaysia 2014 di Mid Valley. Tujuan ke sana nak beli makanan untuk anak-anak bulus yang ada dirumah ni. Disana sempat tengok pertanding kucing dari baka yang baik dan cantik. Disana saya berpeluang tengok kucing ni dekat-dekat dan berpeluang memegang dia.

Ya Allah…manja sangat kisahnya kucing ni, bila saya usik-usik dia , dia lentokkan kepala dia dekat tangan saya. Bila saya dekatkan muka saya dekat muka dia..dia datang untuk cium tapi tak jadi..kemudian dia larikan muka dia ke tengkok tuan dia. Aduhaiii jatuh hati betul saya dengan kemanjaan dia tu.

Teringin Sangat Nak Bela Kucing Sphinx , Sphinx

Dengan kulit yang lembut tanpa bulu dan dengan kemanjaan dia tu..buatkan saya lagi berkobar-kobar dan bertambah teringin sangat nak bela kucing Sphinx.

Teringin Sangat Nak Bela Kucing Sphinx , Kucing , Sphinx

Image by Google

Tapi kan..tapi kannn, nak dapatkan satu pun rasa saya tak sanggup kot sebab harga kucing sphinx ni terlalu mahal. Tak apalah, dah ada yang dirumah ni pun cukuplah rasanya. Yang ni pun boleh buat saya geram nak gomol-gomol..hehehe.