Road To Agro Tourism Siri 2 – Lawatan Singkat Ke Tempat Menarik Sekitar Kuala Kangsar | Misi Road To Agro Tourism Siri 2 anjuran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) dan juga Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) tidak lengkap sepenuhnya jika tidak meninjau-ninjau sekitar bandar Di Raja negeri Perak iaitu Kuala Kangsar dan merupakan salah satu bandar bersejarah di negeri Perak.

Kuala Kangsar sebagai kawasan pelancongan yang mempunyai perbagai produk kraf, budaya masyarakat yang unik seperti yang saya tulis sebelum ini, terdapat juga banyak tempat tarikan yang tidak lengkap jika tidak di jenguk jika ke Kuala Kangsar, antara lokasi popular yang di bawa adalah ke Masjid Ubudiah, Istana Iskandariah juga di bawa melawat ke pusat galeri Raja Shahriman pembuat keris yang terkemuka hingga ke hari ini.

Lawatan Singkat Ke Tempat Menarik Sekitar Kuala Kangsar

Masjid Ubudiah

Tempat pertama kami lawati sesudah Check Out dari Sayong Resort, adalah ke Masjid Ubudiah. Merupakan salah satu masjid yang terindah di Malaysia serta merupakan simbol kebanggan dan kepercayaan kaum muslim di Perak.

Istana Iskandariah, Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, Bandar Di Raja Kuala Kangsar, Road Ro Agro Tourism, Bengkel Seni Arca Raja Shahriman, Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Dekat Je, Perak

Terpaku apabila di bawa ke Masjid Ubudiah. Tersergam indah dan nampak tenang di mata. Masjid ini telah di bina oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah di atas bukit Chandan. Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam.

Tapi sayang sekali kerana saya tidak berpeluang meninjau bahagian dalaman masjid kerana kesuntukan masa mengejar misi yang seterusnya.

Istana Iskandariah, Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, Bandar Di Raja Kuala Kangsar, Road Ro Agro Tourism, Bengkel Seni Arca Raja Shahriman, Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Dekat Je, Perak

Istana Iskandariah, Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, Bandar Di Raja Kuala Kangsar, Road Ro Agro Tourism, Bengkel Seni Arca Raja Shahriman, Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Dekat Je, Perak

Di bahagian luar sahaja kita dapat melihat keindahan seni bina masjid. Insaallah harap satu hari nanti dapat lah saya masuk ke dalam melihat ukiran di dalam masjid pula yang katanya memang menarik sesiapa yang melihatnya.

Istana Iskandariah, Bukit Chandan

Setelah bergambar sepuas-puasnya di Masjid Ubudiah, kami di bawa pula ke Istana Iskandariah. Jika ke Kuala Kangsar, tidak lengkap jika tidak ke Istana Iskandariah serta bergambar di hadapan istana Iskandariah ini.

Istana Iskandariah, Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, Bandar Di Raja Kuala Kangsar, Road Ro Agro Tourism, Bengkel Seni Arca Raja Shahriman, Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Dekat Je, Perak

Juga terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar.Merupakan istana rasmi bagi Raja-Raja Pemerintah negeri Perak. Dinamakan Istana Iskandariah sempena nama Sultan Iskandar yang menitahkan pembinaanya.

Kami hanya boleh melihat dan bergambar dari luar sahaja kecuali pada hari-hari tertentu misalnya hari perkahwinan di Raja atau hari kelahiran.

Istana Iskandariah, Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, Bandar Di Raja Kuala Kangsar, Road Ro Agro Tourism, Bengkel Seni Arca Raja Shahriman, Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Dekat Je, Perak

Istana Iskandariah, Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, Bandar Di Raja Kuala Kangsar, Road Ro Agro Tourism, Bengkel Seni Arca Raja Shahriman, Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Dekat Je, Perak

Tersergam indah dan sayup mata memandang dari kejauhan. Impian satu hari nanti di jemput untuk melihat dan bergambar di dalam Istana Iskandariah ini.

Lawatan Ke Bengkel Seni Arca Raja Shahriman

Istana Iskandariah, Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, Bandar Di Raja Kuala Kangsar, Road Ro Agro Tourism, Bengkel Seni Arca Raja Shahriman, Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Dekat Je, Perak

Tempat terakhir di Kuala Kangsar adalah melawat ke galeri Raja Shahriman yang juga merupakan Kerabat Di Raja Perak. Beliau merupakan antara pandai besi yang masih menghasilkan hasil seninya dan juga keris-kerisnya dengan menggunakan kaedah traditional hingga hari ini.

Istana Iskandariah, Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, Bandar Di Raja Kuala Kangsar, Road Ro Agro Tourism, Bengkel Seni Arca Raja Shahriman, Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Dekat Je, Perak

Istana Iskandariah, Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, Bandar Di Raja Kuala Kangsar, Road Ro Agro Tourism, Bengkel Seni Arca Raja Shahriman, Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Dekat Je, Perak

Raja Shahriman juga turut menerima tempahan daripada penggemar dan juga pengumpul tempatan juga luar negara yang berminat dengan hasil kerja beliau. Menurut beliau, dahulunya memang susah untuk mendapatkan bijih besi untuk membuat keris tetapi kini banyak besi terpakai boleh dijadikan keris dan juga hasil seni lain dari besi.

Kedatangan kami di sambung oleh Raja Shahriman dengan ramah. Sempat juga kami meninjau sekitar galeri tempat beliau membuat hasil kerja tangan beliau seperti keris juga lain-lain hasil sen lainnya. Bengkel yang dibina hanya terletak bersebelahan dengan rumah beliau.

Istana Iskandariah, Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, Bandar Di Raja Kuala Kangsar, Road Ro Agro Tourism, Bengkel Seni Arca Raja Shahriman, Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Dekat Je, Perak

Buat peminat keris atau barang-barang dari besi bolehlah singgah ke galeri Raja Shahriman. Beliau juga banyak terlibat di dalam dan juga di luar negara mempamerkan hasil kerjaseni beliau. Memang kagum sungguh dengan usaha beliau menghasilkan keris warisan taditional kita tanpa ada istilah jemu.

Berakhirnya lawatan kami di galeri Raja Shahriman, maka berakhirlah juga lawatan kami di Kuala Kangsar. Di harap dengan lawatan saya ini bersama-sama dengan team Road To Agro Tourism Siri 2 ini, dapatlah menarik minat anda semua untuk melawat Kuala Kangsar.

Bersama para peserta kami berangkat pula ke Cameron Highland dengan meninggalkan Kuala Kangsar dengan seribu kenangan dan kepuasan di wajah masing-masing. Insaallah ada rezeki kami akan datang lagi ke sini. Nantikan pula entry saya di Cameron Highland untuk lawatan saya di sana.