Tarikan Baru SnowWorld Di Resorts World Genting

Tarikan Baru SnowWorld Di Resorts World Genting

Dah lama betul saya tak jejakkan kaki ke Genting Highland, lebih kurang 8 tahun jugak lah rasanya. Baru-baru ni bila diberi peluang naik ke Genting memang saya tak lepaskan peluang keemasan tersebut. Kami sebenarnya naik Genting sebab nak tengok show Ultraman – Revengen of Baltan, tapi sebelum show start kami sempat lah jalan-jalan dulu.

Seperti yang sudah maklum, Taman Tema Genting telah ditutup untuk pengubahsuaian, so nak buat aktivity diluar memang kena tunggu lah sampai siap.

Actually bukan tak ada lagi aktivity yang kita boleh buat dalam bangunan Resort World Genting, banyak permainan indoor yang boleh kita lakukan dalam bangunan First World Hotel dan salah satunya yang menarik minat saya ialah SnowWorld. Bukan anak je yang suka tau..mak pun excited gila nak masuk dalam snowworld tersebut..hehehe.

Tarikan Baru SnowWorld Genting, Resorts World Genting, First World Genting, Genting Highland

Tarikan Baru SnowWorld Di Resorts World Genting

Apa yang di maklumkan, banyak yang dah berubah dan banyak tarikan baru SnowWorld di Resorts World Genting ni, anak pun dah excited why not saya cuba, alang-alang dah ada disana kan.

Tarikan Baru SnowWorld, Snow World Genting, Genting Highland, Resorts World Genting

Sebelum kita terjah dalam tu, kena lah beli tiket dulu, harga tiket RM38.30(dewasa dan remaja) / RM32.50(kanak-kanak dan senior citizen). Untuk yang ada Genting Reward Card atau GRC members boleh dapat harga RM34.50. Kalau datang ramai-ramai baik amik family package dengan harga RM129.10.

Dah selesai dapatkan tiket anda boleh pilih baju sejuk yang telah disediakan disana. Jangan risau sebab setiap kali orang dah gunakan mereka akan terus cuci, so tak ada lah bau masam atau tak bersih. Mereka siapkan kasut, sarung tangan dan kasut boot.

SnowWorld Di Resorts World Genting, Snow World Genting, Genting Highland

Bila di bawa masuk ke dalam ruang SnowWorld….wahhh terasa berada di luar negara pulak..hehehe. Selalu merasa snow kat luar negara, kali ni di Malaysia pun kita dapat main snow tau!

Serious memang terpukau sangat dengan tarikan baru SnowWorld di Resorts World Genting ni, anda boleh menikmati dan bermain-main dengan snow seperti berada di negara yang ada snow. Walaupun snow yang ada disini tiruan tetapi terasa macam real aje.

Tarikan Baru SnowWorld Genting, Snow World, Genting Highland, First World Hotel

SnowWorld Genting Berwajah Baru

Tarikan Baru SnowWorld Di Resorts World Genting, SnowWorld Genting, Genting Highland, First World Genting

Konsep yang nampak real seperti berada di sebuah bandar luar negara. Kita boleh berjalan kaki melalui The Winter Downtown + World Heritage. Terdapat lampu-lampu berirama twinkle dari tingkap-tingkap kedai-kedai yang menempatkan Tea Shop Inggeris, Bakery Perancis, Terompah Belanda dan Coklat Swiss untuk kita alami budaya dan warisan negara yang berbeza.

Tarikan Baru SnowWorld Genting, Resorts World Genting, First World Genting

Bukan itu sahaja, kita juga boleh bergambar 3D di German Boucheries dengan 3D sausage, 3D Cow dan gambar-gambar 3D lain yang ada dalam ruang atas SnowWorld tersebut. Memang dalam ni merupakan tempat yang sempurna untuk bergambar selain bermain snow dan slide.

Tarikan Baru SnowWorld Genting, Resorts World Genting, SnowWorld Genting, First World Genting

SnowWorld Di Resorts World Genting, SnowWorld Genting, First World Genting

Tarikan Baru SnowWorld, Resorts World Genting, Genting Highland

Tarikan Baru SnowWorld Di Resorts World Genting

Uisttt..memang banyak lah kami bergambar disana, memang menarik sangat-sangat. Memang korang kalau naik genting ni di cadangkan masuk ke sini. Lihat sendiri tarikan Baru SnowWorld Di Resorts World Genting ini. Serious memang happening dan menghiburkan.

Time cuti sekolah panjang ni, nak bawak anak-anak ke pulau memang tak berapa nak bagus sebab musim hujan, nak bawak tengok real snow dekat luar negara, ekonomi tengah gawat..so nak jimat baik kita cuti-cuti Malaysia ke Genting Highland sahaja dan bawak masuk ke SnowWord ni je, lepas tu tengok Ultraman Live In Genting 2016- Revenge Of Baltanstill happening jugak..hehehe.

Untuk info lanjut boleh login di www.rwgenting.com atau hubungi terus 03 27181118