SYARIAH COURT WILAYAH PERSEKUTUAN
Di saat ini dan di ketika ini aku begitu sedih teramat sangat dengan apa yang terjadi…Untuk menceritakan dan menggambarkan situasi sebenar terlalu sukar jika tidak alamai seperti apa yang telah aku alami…
Bayangkan lah dah berapa puluh kali aku turun naik mahkamah..Tahun ni dah masuk 4tahun aku still lagi kena tempuh semua ini. Patut kah aku di hukum sebegini rupa…patutkah mahkamah biarkan seorang isteri di gantung tak bertali selama ini???? Mereka tak nampak kah yang lelaki ini boleh hidup senang lenang di samping isteri barunya dan dah beranak pinak..sedangkan aku tak boleh pun buat apa2 sebab terikat dgn syarat yang di tetap kan oleh undang2…Adil ke sume ini???????
Aku dah tak tahan dengan semua ini…bagi aku semua ini terlalu berat sebelah..terlalu mengarut sehinggakan yang menjadi mangsa adalah pihak perempuan..
Hari ini aku betul2 hilang sabar…Ada ke patut mahkamah membenarkan permohonan mereka untuk membatalkan kes ini kerana alamat yang tertulis di BANGSAR dan aku kini menetap di PJ..Bayangkan lah selama 4 tahun aku berulang alik di mahkamah wilayah kini dia boleh cakap kena buat di PJ pulak…Bermakna aku kena lah pulak bukak fail di PJ dan bermakna lagi berapa tahun lah pulak kes aku ni akan berjalan di mahkamah sana..YA ALLAH diaorg ni tak nampak ke apa yg cuba dia buat pada aku..dia cuba melenggahkan kes ini..eeee cuba lah check fail2 yg lama..macam mana dia banyak fail kanbenda2 yg mengarut supaya kes aku ni tergantung….
Hari ni memang aku naik hantu sekejap di mahkamah tu…Tak tahu lah mana datang nya keberanian untuk aku jumpa ex aku dan maki dia kow kow punya maki… Sampai aku cakap..Kau tak nak lepas kan aku sebab apa?? kau nak kan aku balik ye!!! Ok kalau macam tu aku ikut kau balik…rumah mana yang kau nak aku duduk? Rumah bini pertama ke or di rumah bini muda kau tu….Berubah sungguh air muka dia..sampaikan lawyer dia masuk campur.. Dengan lawyer2 dia sekali lah aku maki…Aku siap cakap…aku masih isteri dia…kalau aku buat jahat ke… buat maksiat ke..engkau haris dan engkau pulak sebagai lawyer dia tanggung lah dosa aku.. Aku siap cakap nama aje DATO HARIS…tapi terlalu dayus buat kan perempuan macam sampah…Menggunakan pangkat untuk kepentingan sendiri…