Sup Tulang Merah Sedap, Sup Tulang Merah, Sup Tulang Merah Singapore, Deen Tiga Rasa, Golden Mile Food Court, Beach Road, Singapore Best Food

Sup Tulang Merah Sedap Di Deen Tiga Rasa, Singapore

Pernah makan sup tulang merah? Rugi tau sesiapa yang masuk Singapore tak makan sup tulang merah. Kesedapan dia fuhh memang sedap teramat, merupakan antara salah satu menu yang cukup terkenal di Singapore (Singapore Best Food).

Saya kalau ke Singapore tak sah kalau tak pekena sup tulang merah ni, tempat yang selalu saya tuju adalah di gerai Deen Tiga Rasa yang terletak di Golden Mile Food Court, Beach Road.

Sebenarnya banyak juga tempat yang menjual sup tulang merah di Singapore, tapi yang paling mendapat tempat di hati saya dan sedap bagi saya adalah di Deen Tiga Rasa. Setiap kali kalau ke Singapore sure saya akan singgah di kedai ni. Kalau saya ke Johor, saya akan pastikan masuk ke Singapore semata-mata nak makan Sup Tulang Merah di Deen Tiga Rasa.

Sup Tulang Merah Deen Tiga Rasa

Sup Tulang Merah Sedap, Sup Tulang Merah, Sup Tulang Merah Singapore, Deen Tiga Rasa, Golden Mile Food Court, Beach Road, Singapore Best Food

Dalam banyak-banyak kedai dalam food court ni, sup tulang merah sedap adalah di Deen Tiga Rasa, paling famous dengan kesedapan sup tulang merah yang dibuat. Anda jangan tersilap dengan nama Deen pada kedai yang lain pulak, cari aje Deen Tiga Rasa yang berada di tingkat bawah.

Sup Tulang Merah ni di datangkan dengan hidangan merah pekat. Mula-mula dulu saya terkejut jugak dengan warna dia, tapi bila dah rasa..haaa sampai sekarang tak boleh lupa..hahaha. Cukup sempurna dari segi rasa yang lemak manis dan ada sedikit pedas. Sedap juga dimakan bersama roti. Boleh minta roti jika anda nak makan bersama roti.

Sup Tulang Merah Sedap, Sup Tulang Merah, Sup Tulang Merah Singapore, Deen Tiga Rasa, Golden Mile Food Court, Beach Road, Singapore Best Food

Manakala daging yang melekat di bahagian tulang, cukup lembut. Kiranya senang nak ditanggalkan dari tulang, boleh licin tulang dibuatnya tanpa seurat daging.

Part yang paling best, tak lain tak bukan bila nak menyedut sumsum yang ada dibahagian dalam tulang, perghhh enak sungguh bila sumsum tersebut dah berada di dalam mulut, tak boleh nak gambarkan kesedapannya (masa tulis ni pun dah tertelan air liur saya dibuatnya..hehehe).

Sup Tulang Merah Sedap, Sup Tulang Merah, Sup Tulang Merah Singapore, Deen Tiga Rasa, Golden Mile Food Court, Beach Road, Singapore Best Food

Jangan risau kalau tak pandai nak menyedut atau nak keluarkan sumsum tersebut sebab mereka juga sediakan straw untuk kemudahan menyedut. Tapi saya lebih suka sedut atau ketuk dia keluar, lagi trill. Kalau takut tangan berwarna merah, sarung tangan plastik turut disediakan.

Harga dia pula semasa saya pergi pada bulan Ogos 2018 adalah sebanyak SGD20 untuk 10 ketul tulang. Mahal kalau di convert dalam RM, tapi sebab sedap so tak payahlah convert pada duit kita, kalau nak kira duit kita memang tak merasa le nanti.

Bukan selalu dapat pun, so kalau alang-alang dah ada depan mata..makan aje lah. Saya selalu makan dan siap bungkus lagi dalam 20 ke 30 ketoi. Memang tak puas makan sikit-sikit ni lebih-lebih lagi bila makan beramai.

Pada sesiapa yang ke Singapore, memang saya sarankan anda mencuba sup tulang merah di Deen Tiga Rasa ni, memang berbaloi dan saya pasti anda akan turut berpuashati makan di sini..silap-silap haribulan siap bungkus bawak balik Malaysia lagi macam selalu saya buat..~heehee~

Sup Tulang Merah Sedap, Sup Tulang Merah, Sup Tulang Merah Singapore, Deen Tiga Rasa, Golden Mile Food Court, Beach Road, Singapore Best Food

Selain sup tulang merah, mereka juga turut menjual mee goreng berwarna merah, nasi goreng merah dan pelbagai lagi hidangan lain.

Ramai juga yang bertanya alamat tempat ni bila saya postkan gambar-gambar di media sosial. Ok hari ni saya kongsikan pada anda semua alamat dia untuk memudahkan anda ke sana nanti.

505 Beach Rd,
Golden Mile Food Court,
Singapore 199583 Beach Rd,
Singapore 199583