Kesihatan kaki Anda, Sunfeet Pakar "Kesihatan Kaki Anda", Dato Dr Edmund Lee, Dr Liyana Dhamirah, penjagaan kaki, Talk Show, Pakar Ortotik & Prostetik, Sunfeet International Rehab Centre, Petaling Jaya, orthopedic insole, pemeriksaan kaki percuma

Sunfeet Pakar Kesihatan Kaki Anda Bersama Dato Dr Edmund Lee Dan Dr Liyana Dhamirah

Sunfeet Pakar “Kesihatan Kaki Anda” Bersama Dato Dr Edmund Lee Dan Dr Liyana Dhamirah | Nak tanya anda semua ni, antara penjagaan wajah dan penjagaan kaki, yang mana anda utamakan dahulu? Jawab seikhlasnya tau..hehehe!

Saya terus terang, selama ni saya banyak menitik beratkan penjagaan wajah aje, penjagaan kaki jarang sangat saya nak ambil tahu. Bila kaki sakit dan tidak selesa untuk berjalan..haa barulah saya sibuk nak cari punca masalah sakit tersebut.

Untuk pengetahuan anda semua, saya dari dulu memang mempunyai masalah sakit kaki samada di bahagian lutut dan tapak kaki. Bila berjalan, kerap kaki terseliuh dan kadang-kadang membuatkan saya jatuh. Saya pun pelik kenapa saya kerap tak balance bila berjalan.

Di sebabkan saya kerap jatuh dan terhentak lutut beberapa kali, saya mendapat penyakit yang hanya orang yang kuat bersukan dan menggunakan kaki aje alami. Pernah 2 kali di masukkan ke hospital disebabkan lutut saya ini.

Start dari itulah saya sentiasa berjaga-jaga bila berjalan dan selalu pakai knee guard untuk tampung lutut saya.  Tapi saya masih tidak tahu punca kenapa saya tidak balance bila berjalan dan kerap terseliuh!

Kesihatan kaki Anda, Sunfeet Pakar "Kesihatan Kaki Anda", Dato Dr Edmund Lee, Dr Liyana Dhamirah, penjagaan kaki, Talk Show, Pakar Ortotik & Prostetik, Sunfeet International Rehab Centre, Petaling Jaya, orthopedic insole, pemeriksaan kaki percuma

Sunfeet Pakar “Kesihatan Kaki Anda” Bersama Dato Dr Edmund Lee Dan Dr Liyana Dhamirah

Baru-baru ini baru saya tahu punca pemasalahan yang saya alami bila saya ikuti Talk Show “Kesihatan Kaki Anda” bersama panel Dato Dr Edmund Lee, Pakar Ortotik & Prostetik Ternama di Asia dan Dr Liyana Dhamirah Aminuddin, Pakar Perubatan ( juga Host MyDr TV show) yang telah memberi penerangan betapa pentingnya menjaga kesihatan kaki.

Talk Show “Kesihatan Kaki Anda” ini telah diadakan di Sunfeet International Rehab Centre, Petaling Jaya. Laa..kisahnya dekat aje dengan rumah saya, 5 minit drive dah sampai. Tak tahu pulak ada tempat untuk check kaki dan jual produk Sunfeet di sini. Kalau tahu, dah lama saya pergi.

Kesihatan kaki Anda, Sunfeet Pakar "Kesihatan Kaki Anda", Dato Dr Edmund Lee, Dr Liyana Dhamirah, penjagaan kaki, Talk Show, Pakar Ortotik & Prostetik, Sunfeet International Rehab Centre, Petaling Jaya, orthopedic insole, pemeriksaan kaki percuma

Saya memang beruntung sangat mendapat info tentang pemasalahan yang saya alami serta beruntung mendapat banyak info baru yang tak pernah saya ketahui sebelum ini seperti jenis-jenis tapak kaki kita yang boleh mendatangkan komplikasi kepada badan dan kaki kita.

Setiap orang mempunyai kaki yang berbeza-beza. Macam-macam bentuk dan saiz serta ada yang di lahirkan tidak normal yang mempunyai kekurangan pada tapak kaki. Ada antara kita mempunyai tapak kaki normal, dan ada juga Flat Feet (tapak kaki rata), high arch, Severe dan juga Severe Flat.

Kesihatan kaki Anda, Sunfeet Pakar "Kesihatan Kaki Anda", Dato Dr Edmund Lee, Dr Liyana Dhamirah, penjagaan kaki, Talk Show, Pakar Ortotik & Prostetik, Sunfeet International Rehab Centre, Petaling Jaya, orthopedic insole, pemeriksaan kaki percuma

Sebagai contoh, bagi mereka yang mempunyai tapak kaki flat, mereka ini lebih terdedah mempunyai perbagai masalah seperti perjalanan tidak stabil seperti kerap jatuh. Maka di sini lah kita perlu mencari penyelesaian agar terhindar dari sebarang masalah yang tidak diingini.

“Kesihatan Kaki Anda”

Sebenarnya kaki kita ni merupakan antara organ terpenting di dalam tubuh manusia, tanpa kaki kita tidak dapat bergerak dan pergerakkan kita terbatas. Kaki juga merupakan organ yang penting untuk menampung berat keseluruhan tubuh badan kita, jadi masalah kaki boleh menyebabkan ketidakselesaan dan turut memberi kesan kepada cara kita berjalan.

Bila saya dah dengar penerangan dari doktor semasa talk show “Kesihatan Kaki Anda”, dan buat ujian tapak kaki yang diadakan di Sunfeet Rehab Centre, barulah saya tahu punca-punca kenapa saya kerap tak seimbang bila berjalan dan kerap jatuh bila berjalan, bukanlah masalah badan besar yang menyebabkan saya jatuh, tapi di sebabkan tapak kaki saya tidak normal..hehehe.

Kesihatan kaki Anda, Sunfeet Pakar "Kesihatan Kaki Anda", Dato Dr Edmund Lee, Dr Liyana Dhamirah, penjagaan kaki, Talk Show, Pakar Ortotik & Prostetik, Sunfeet International Rehab Centre, Petaling Jaya, orthopedic insole, pemeriksaan kaki percuma

Alat pemeriksaan kaki anda

Menurut kata Doctor Dr Edmund Lee dan Dr Liyana Dhamirah, penjagaan kaki yang di pandang ringan ini boleh menjejaskan kesihatan tapak kaki yang menyebabkan kepada tapak kaki sakit atau bengkak dan susah untuk berjalan.

Bukan itu sahaja, bagi individu-individu yang berusia pula, akan sering mengalami sakit-sakit pada bahagian tumit kaki mungkin kerana kehilangan keanjalan pada otot-otot kaki.

Manakala bagi kebanyakkan kaum wanita, kesalahan pemilihan kasut sedikit sebanyak dapat menjadi punca kepada masalah kesihatan yang lebih serius seperti sakit belakang, diabetes, osteoporosis, penyakit-penyakit kardiovaskular, sakit lutut, sakit pinggul dan pelbagai penyakit kaki yang lain.

Wahhh takut kan dengar? Macam-macam penyakit pulak boleh dapat kalau kita tak jaga kaki dari awal.

Tapi jangan risau, sebab di Sunfeet International Rehab Centre, Petaling Jaya ni, anda boleh mencari pemasaalahan yang kaki anda alami dan anda boleh mendapatkan khidmat nasihat serta pandangan pakar untuk menyelesaikan masalah kaki anda.

Sunfeet International Rehab Centre, Petaling Jaya Pakar Kesihatan Kaki Anda

Kesihatan kaki Anda, Sunfeet Pakar "Kesihatan Kaki Anda", Dato Dr Edmund Lee, Dr Liyana Dhamirah, penjagaan kaki, Talk Show, Pakar Ortotik & Prostetik, Sunfeet International Rehab Centre, Petaling Jaya, orthopedic insole, pemeriksaan kaki percuma

Mencuba kasut yang terjual di Sunfeet International Rehab Centre, Petaling Jaya. Lembut je kasut ni!

Di Sunfeet International Rehab Centre ini juga turut menjual kasut yang sesuai untuk setiap jenis tapak kaki dan juga orthopedic insole yang boleh di masukkan kedalam kasut anda yang sedia ada bagi membentuk kembali tapak dan juga keseimbangan badan anda bila berjalan.

Kesihatan kaki Anda, Sunfeet Pakar "Kesihatan Kaki Anda", Dato Dr Edmund Lee, Dr Liyana Dhamirah, penjagaan kaki, Talk Show, Pakar Ortotik & Prostetik, Sunfeet International Rehab Centre, Petaling Jaya, orthopedic insole, pemeriksaan kaki percuma

Di Sunfeet International Rehab Centre anda boleh mendapatkan khidmat pemeriksaan kaki percuma untuk menentukan masalah kaki yang anda alami. So apa tunggu lagi, jom lah datang buat pemeriksaan kaki anda di sini.

Janganlah abaikan kaki anda, jagalah kesihatan kaki anda dan sila ambil tahu tentang kaki anda dan silalah berjumpa pakar yang lebih mengetahui dan bertauliah. Jangan jadi pakar sendiri pulak, yang sakit nanti diri sendiri bukan orang lain.

Untuk info lanjut anda boleh ke :

https://www.instagram.com/sunfeet_rehab_center/

https://www.facebook.com/sunfeetinternational/