program Kemasyarakatan, Rumah Mega Kanak-Kanak Orang Asli, First City University College, Memerlukan Sumbangan, Mengumpul Dana, Projek Khidmat Masyarakat, Moral Support

Memerlukan Sumbangan Untuk Program Kemasyarakatan Rumah Mega Kanak-Kanak Orang Asli | Program kemasyarakatan yang dianjurkan oleh sekumpulan pelajar First City University College merupakan sebahagian daripada tugas yang wajib dibuat oleh mereka untuk mengumpul dana bagi Rumah Mega Kanak-Kanak Orang Asli.

Pemilihan Rumah Mega Kanak-Kanak Orang Asli dipilih bertepatan dengan matlamat dan tugasan pelajar tersebut untuk membantu dan mendekatkan diri mereka dengan golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik.

Memerlukan Sumbangan Untuk Program Kemasyarakatan Rumah Mega Kanak-Kanak Orang Asli

Tujuan dana/sumbangan ini diperlukan adalah bertujuan untuk membeli peralatan berkebun, yang mana peralatan tersebut akan digunakan oleh kumpulan pelajar First City University bersama kanak-kanak orang asli yang akan turut mengambil bahagian dalam aktiviti berkebun dan membersihkan kawasan Rumah Mega Kanak-Kanak Orang Asli seperti yang dirancang.

Program pembersihan bersama anak-anak orang asli di rumah mega ini sekurang-kurangnya dapat juga memberi kegembiraan penghuni rumah tersebut semasa aktiviti dijalankan, ini juga bagi menggalakan dan menanam dalam diri mereka pentingnya kebersihan disekitar rumah.

Oleh sebab itu mereka amat memerlukan sumbangan untuk meralisasikan projek khidmat masyarakat yang perlu dilaksanakan dan memudahkan mereka membeli peralatan yang diperlukan untuk membuat pembersihan di rumah kanak-kanak orang asli tersebut. Sumbangan diperlukan sebelum 24/2/2019.

Semoga ramai yang sanggup membantu melancarkan projek khidmat masyarakat yang dibuat oleh kumpulan anak muda dari First City University College yang sangat-sangat memerlukan anda semua bersama-sama membantu menjayakan projek yang dibuat dan sama-sama memberi kegembiraan buat kanak-kanak orang asli rumah mega ini.

Untuk menyalurkan sumbangan, anda boleh hubungi :

Call : 0196467503 (Zhafry)

Jika anda tidak dapat membantu dari segi wang ringgit, anda boleh bantu dengan SHARE artikel ini dan juga like facebook page yang dibuat oleh pelajar First City University Collage iaitu :

MORAL SUPPORT

Semoga keikhlasan ini akan menjadi saham di akhirat kita nanti.