Body Mist, Althea, Althea Korea, Stay Fresh Body Sparkling Mist, AltheaXTitiKamal

Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist Oleh Titi Kamal X Althea

Muka dah cantik berhias dengan makeup, rambut dah cantik di dandan, dari jauh siapa yang melihat pasti terpegun dan terpesona..tapi bila lalu sebelah, alamakkk badan berbau le pulak, terus lari dan tak nak pandang dah, kecantikan terus hilang disebabkan badan berbau.

Sebab itulah, selepas berdandan dan sebelum keluar rumah, semburlah wangian terlebih dahulu untuk melengkapkan gaya dan membantu mood anda seharian. Macam saya, rasa lain macam dan rasa tak lengkap bila keluar rumah tanpa sembur wangian sepam dua kebadan.

Body Mist, Althea, Althea Korea, Stay Fresh Body Sparkling Mist, AltheaXTitiKamal

Wangian terbaru yang saya cuba dan kini sentiasa berada di dalam handbag sekarang adalah Stay Fresh Body Sparkling Mist. Apa yang saya suka tentang body mist ini, bila kita sembur ke badan..bau dia cukup lembut dan sangat menenangkan, tidak terlalu kuat dan yang penting sekali ianya tahan lama.

Stay Fresh Body Sparkling Mist Oleh Althea X Titi Kamal

Stay Fresh Body Sparkling, Body Mist, Althea, Althea X Titi Kamal

Untuk pengetahuan anda semua, Stay Fresh Body Sparkling Mist ini merupakan kolaborasi terbaru Althea dengan Titi Kamal.

Buat anda yang belum mengenali Titi Kamal, beliau merupakan pelakon dan penyanyi Indonesia dan juga sangat berbakat dalam berfesyen dan gaya. Beliau juga merupakan ikon kecantikan peminat di seluruh Asia Tenggara.

Disebabkan keanggunan dan keperibadian Titi Kamal itulah maka Althea, wakil dari platform kecantikan di Asia, memperkenalkan Body Mist yang cukup elegan, segar dan manis, sebagai kolaborasi terbaru AltheaXTitiKamal.

Stay Fresh Body Sparkling Mist mempunyai formula yang tidak melekit dan mengandungi ekstrak dari berbagai jenis bunga dan buah-buahan antaranya sweet orange, fresh peach, elegant rose dan lain lain yang kemudian digabung secara harmonis. Bila kita semburkan ke badan, kita akan dapat merasai keselesaan pada kulit kita.Body Mist, Althea, Althea Korea, Stay Fresh Body Sparkling Mist, AltheaXTitiKamal

Bahan utama yang terdapat dalam Stay Fresh Body Sparkling ini ialah :

  • Damask rose water – Kulit terhidrat dan memberikan aroma yang cukup lembut.
  • Sweet orange oil – Bau yang cukup menyegarkan.
  • Elder flower extract – Selain memberi bau feminin, ianya turut menyejukkan dan melegakan kulit.

Botol yang sangat comel dan bersaiz kecil, sesuai dimuatkan dalam beg tangan atau perjalanan anda supaya anda sentiasa bersedia untuk melepaskan semburan dimana sahaja anda berada.

Body Mist, Althea, Althea Korea, Stay Fresh Body Sparkling Mist, AltheaXTitiKamal

Bagaimana nak guna? Owhh senang aje..selepas mencuci badan, semburkan produk ini dengan ringan pada badan sebelum keluar. Bawa kemana-mana anda pergi dan semburkan sekali-sekala sesuai dengan gaya hidup anda.

Jika anda juga seorang yang minat dengan wangi-wangian, jom dapatkan Stay Fresh Body Sparkling Mist di laman web Althea :

AltheaXTitiKamal