Pada 22hb Ogos 2015 saya berpeluang ke pelancaran STAR LIGHT KIDS taman permainan dalam bangunan dan cawangan pertama dan terbesar di Kuala Lumpur dan dikelolakan sepenuhnya oleh anak tempatan.

Star Light Kids, Taman Permainan Dalam Bangunan Di Avenue K, Majlis pelancaran Star Light Kids

Star Light Kids diasaskan oleh 3 orang adik beradik iaitu Shaz Lydia, Shaz Elanie dan Syaz Elyza yang mana matlamat mereka menubuhkan Star Light Kids taman permainan dalam bangunan ini agar kanak-kanak berasa seronok bermain, belajar dan berlatih bersosial dalam bangunan. Ia juga ditubuhkan untuk menggukuhkan ikatan kekeluargaan dengan menyediakan persekitaran dimana kanak-kanak dan penjaga mereka boleh meneroka imiginasi anak-anak didalam ruang yang selamat.

Sebelum majlis bermula sempatlah juga kami tangkap gambar di photo booth yang disediakan semasa pelancaran. Aeysha pula pantang nampak face painting mula lah dia nak buat, tapi memang yang melukis tu cukup berbakat, cantik pulak kala jengking tu terletak dimuka anak saya.

Face painting di Star Light Kids, Star Light Kids Avenue K

Selesai registration sempat lagi kami bergambar dengan artis jemputan yang datang iaitu Shasa Saidin , Aznil Hj Nawawi dan Zahid AF. Masing-masing datang bersama anak. Saya nak bergambar-gambar dengan artis ni malu sikit, sebab tu saya tolak anak saya kedepan..kihkihkih.

Star Light Kids ,Taman Permainan Dalam Bangunan Di Avenue K, Artis Jemputan Star Light Kids

Majlis pelancaran didahului dengan doa selamat oleh Tuan Haji Rosli, kemudian ucapan dari pengasas 3 beradik tersebut. Selesai majlis pelancaran Star Light Kids barulah kami semua berpeluang melihat-lihat dan menerokai Star Light Kids Taman Permainan Dalam Bangunan di Avenue K tersebut.

Majlis Pelancaran Star Light Kids

KEMUDAHAN STAR LIGHT KIDS

Star Light Kids merupakan pusat aktiviti kanak-kanak dari usia 2 hingga ke 12 tahun. Merupakan taman permainan tertutup dalam bangunan yang terbesar dipusat bandar KL dengan keluasan lebih 5000 kaki persegi.

Ruang Bermain Di Star Light Kids

Terdapat ruang-ruang keseronokkan untuk anak-anak seperti arena balingan bola, arena bola letupan, gelongsor, trampolin dan lubang-lubang halangan.

Taman Permainan Star Light kids

Star Light Kids Avenue K

Seronok Bermain Di Star Light Kids

 

Terdapat juga kawasan permainan kanak-kanak kecik yang lembut untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun.

Soft Play Area Di Star Light Kids

Kemudahan seperti cafe untuk ibu bapa dan penjaga juga turut disediakan. Terdapat ruang untuk majlis tertutup seperti majlis harijadi turut disediakan. Aktiviti kelas yang berbeza setiap hari serta forum keibu-bapaan juga turut diadakan. Seronok kan!!!

Ruang Majlis Tertutup Star Light Kids

Star Light Cafe , Cafe Star Light Kids

Keselamatan dan kebersihan juga amat dititik beratkan untuk sesiapa yang masuk ke dalam kawasan permainan. Stokin harus digunakan dan senitizer juga harus disapu ditangan sebelum masuk. Anak-anak dan ibu-bapa juga akan di periksa suhu badan mereka terlebih dahulu sebelum masuk keruang permainan supaya tidak mendatangkan kemudaratan kepada kanak-kanak lain.

kebersihan dan keselamatn di Star Light Kids

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Terdapat 2 perkhidmatan yang disediakan iaitu :

  • Ibu-bapa dan penjaga boleh menemani anak-anak sepanjang anak-anak didalam ruang permainan.
  • Drop & Shop – dimana kanak-kanak ditinggalkan tetapi mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

HARGA MASUK

Harga Masuk Di Star Light Kids

Jika anda nak berjalan-jalan di Avenue K dan bawa anak-anak, boleh lah tinggalkan mereka di Star Light Kids tanpa rasa risau lagi, biarlah mereka rasai keseronokan di Star Light Kids dan anda juga boleh bershopping tanpa gangguan dan tenang.

Untuk keterangan lebih lanjut anda boleh layari laman website Star light Kids : http://starlightkids.com.my/ /facebook : https://www.facebook.com/starlightkidsmy