Jom Sertai Kempen Skim Thohir 2018 (Skim Potongan Gaji Zakat) | Menunaikan zakat merupakan satu tuntutan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang cukup syarat-syarat berzakat. Namun sifat manusia ni kadang-kadang suka juga melengahkan sesuatu pekara, bila tunda-tunda lama-lama terus jadi lupa.

Bayaran Zakat, Pelancaran kempen Skim Potongan Gaji Zakat, ppz wilayah, PPZ-MAIWP, Skim Potongan Gaji Zakat, Skim Thohir, Skim Thohir 2018, Jom Sertai Kempen Skim Thohir, Bayar Zakat Melalui Potongan Gaji, PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat

Disebabkan itu PPZ-MAIWP telah memudahkan pembayar zakat secara bulanan melalui skim potongan gaji zakat atau lebih dikenali dengan nama Skim Thohir.

Skim Thohir 2018 merupakan skim potongan gaji untuk pembayaran zakat pendapatan mengikut jadual, ianya mudah dilakukan tak kira di mana sahaja anda bekerja samada di dalam atau luar negara. Pembayar zakat hanya perlu mengisi borong yang di sediakan.

Bayaran Zakat, Pelancaran kempen Skim Potongan Gaji Zakat, ppz wilayah, PPZ-MAIWP, Skim Potongan Gaji Zakat, Skim Thohir, Skim Thohir 2018, Jom Sertai Kempen Skim Thohir, Bayar Zakat Melalui Potongan Gaji, PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat

Saya tak kisah kalau gaji di potong untuk membayar zakat sebab zakat kan merupakan pekara wajib di bayar oleh semua umat Islam, daripada terlupa nak membayar, sekurang-kurangnya setiap bulan ada potongan sedikit untuk zakat.

Jom Sertai Kempen Skim Thohir 2018 (Skim Potongan Gaji Zakat)

Untuk membuat hebahan tentang Skim Thohir Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018) ini, pada 12/7/2018, bertempat di Wisma PPZ 68-1-6, Dataran Shamelin,  Pusat Pungutan Zakat – MAIWP (PPZ-MAIWP) telah melancarkan satu kempen khas bagi pembayar zakat melalui Skim Thohir Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018),yang berlangsung selama 4 bulan mulai 1 Julai – 31 Oktober 2018. Merupakan tahun ke 3 di laksanakan.

Pelancaran kempen ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Turut hadir, Pegarah Five Estect Travel Sdn. Bhd, Puan Sharizan Mohd Saad.

Wakil-wakil majikan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Jalan Duta, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kementerian Asas Tani, Touch & Go Sdn Bhd dan Telekom Malaysia Berhad (TM Malaysia), turut hadir memberi sokongan untuk kempen yang di adakan ini.

Bayaran Zakat, Pelancaran kempen Skim Potongan Gaji Zakat, ppz wilayah, PPZ-MAIWP, Skim Potongan Gaji Zakat, Skim Thohir, Skim Thohir 2018, Jom Sertai Kempen Skim Thohir, Bayar Zakat Melalui Potongan Gaji, PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff bersama Pegarah Five Estect Travel Sdn. Bhd, Puan Sharizan Mohd Saad

Objektif diadanya kempen Skim Potongan Gaji Zakat ini, adalah merupakan sebagai hebahan kepada masyarakat tentang kemudahan membuat potongan gaji zakat pendapatan secara bulanan sekaligus meningkatkan pembayaran zakat melalui medium ini yang lebih mudah dan selamat.

Melalui Skim ini, kakitangan swasta atau kerajaan dapat menunaikan zakat tanpa bertangguh agar memperolehi keberkatan di sisi Allah S.W.T, selain dapat meningkatkan kutipan zakat sekaligus membantu meningkatkan ekonomi lebih ramai asnaf.

Bayaran Zakat, Pelancaran kempen Skim Potongan Gaji Zakat, ppz wilayah, PPZ-MAIWP, Skim Potongan Gaji Zakat, Skim Thohir, Skim Thohir 2018, Jom Sertai Kempen Skim Thohir, Bayar Zakat Melalui Potongan Gaji, PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat

Selain itu PPZ-MAIWP turut menganjurkan aktiviti turun padang ke beberapa syarikat swasta dan badan kerajaan untuk memaklumkan tentang skim Thohir dan menerangkan fungsi utama PPZ-MAIWP yang merupakan agensi dilantik bagi mengutip zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, manakala agihan pula dilaksanakan oleh Baitulmal-MAIWP.

Apa yang lebih menariknya bagi kempen kali ini, terdapat hadiah yang menarik iaitu 10 hadiah percutian termasuk hadiah utama menunaikan Umrah tajaan Five Estec Travel Services Sdn Bhd bernilai RM28,000. Penaja bersama iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut menaja hadiah-hadiah menarik buat mereka yang menyertai kempen ini.

Bayaran Zakat, Pelancaran kempen Skim Potongan Gaji Zakat, ppz wilayah, PPZ-MAIWP, Skim Potongan Gaji Zakat, Skim Thohir, Skim Thohir 2018, Jom Sertai Kempen Skim Thohir, Bayar Zakat Melalui Potongan Gaji, PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat

Semua sudah maklum, berzakat adalah sesuatu yang di tuntut oleh Allah S.W.T. Hanya 2.5% sahaja yang Allah perintahkan untuk sama-sama kita berkongsi rezeki yang Allah amanahkan kepada kita dengan orang lain. Setiap rezeki yang Allah limpahkan kepada kita, bukanlah milik kita 100%, 2.5% adalah merupakan hak asnaf sepertimana yang tertakluk di dalam kalam suci Al-Quran.

Pelaksanakan kempen skim Thohir 2018, menyediakan kemudahan dan juga hadiah-hadiah adalah satu usaha PPZ-MAIWP untuk memberi sedikit cenderahati kepada mereka yang bertuah.

Matlamat hanyalah satu, iaitu PPZ-MAIWP ingin melaksanakan tugas selaku pendakwa, dai’e dengan menyampaikan seruan berzakat. Sesuai dengan moto mereka iaitu “PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat”.

Syarat Dan Cara Penyertaan Kempen Thohir 

Syarat-syarat penyertaan kempen  :

Membuat potongan gaji zakat ATAU penambahan potongan gaji zakat dengan mengisi borang Gaji Zakat (Skim Thohir) melalui :

  • Isi borang Skim Thohir di 11 Kaunter PPZ-MAIWP
  • Portal PPZ-MAIWP – Isi borang secara online di www.zakat.com.my
  • Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP -Isi borang Skim Thohir
  • Hantar borang ke Majikan di syarikat atau organisasi  dan emailkan salinan borang ke skimthohir@zakat.com.my
  • Talian Zakat 1300 88 575

Bagi mereka yang mudah terlupa, cepat-cepatlah isi borang untuk membayar zakat secara pemotongan gaji ya. Jangan sampai terlupa atau segaja terlupa. Dah ada cara yang mudah, cepat dan selamat, maka tak ada alasan tau untuk tidak membayar zakat.

Untuk lebih detail mengenai skim potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018 ni). Anda boleh rujuk ke :

  • Portal PPZ-MAIWP (www.zakat.com.my)
  • Berkunjung ke 11 Kaunter Zakat PPZ-MAIWP
  • Menghubungi Talian Zakat 1300 88 5757
  • Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP

Jom Sertai Kempen Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018)

“PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat”