Perkongsian Ilmu Pengiklanan Facebook Dalam Siri Jelajah SifuFBads 2017

Perkongsian Ilmu Pengiklanan Facebook Dalam Siri Jelajah SifuFBads 2017

Zaman sekarang ni merupakan zaman dihujung jari, ramai dah pembeli suka membeli secara online. Ketik ketik, buat bayaran..zasss belian di approve dan sales terus masuk. Senang sangat, tak menyusahkan buat pengguna dan juga peniaga.

Sebab itulah para peniaga kena ikut peredaran semasa, kena ada strategi dengan menggunakan online marketing, kalau tak busines anda akan ketinggalan.

Anda tak tahu bagaimana nak buat online marketing?

Jangan risau kerana Pasukan SifuFBads akan mengadakan seminar Perkongsian Ilmu Pengiklanan Facebook Dalam Siri Jelajah SifuFBads 2017. Ini merupakan satu peluang terbaik buat para usahawan dan bakal usahawan mempelajari satu lagi cabang ilmu perniagaan iaitu pemasaran secara online dengan menggunakan platform Facebook sebagai medium pemasaran untuk mengembangkan lagi perniagaan yang bakal dibuat ataupun yang telah sedia ada.

Perniagaan melalui online ini tak kira latar belakang dan siapa sahaja boleh melakukannya. Ia boleh dijadikan sebagai satu tempat untuk perniagaan utama atau satu tempat untuk dijadikan sumber pendapatan kedua. Walaubagaimana pun ia bukanlah semudah A B C, ada perlukan ilmu atau kajian terperinci untuk lakukan perniagaan secara online ini.

Menurut kata Ketua Pegawai Eksekutif SifuFBads Sdn Bhd, Mohd Effandy Saadon,

Perbagai peluang muncul di dalam bisnes internet dan menjanjikan pulangan yang besar sekiranya “bijak” menggunakan kemudahan teknologi sekarang.

Facebook adalah satu platform terbaik untuk peniaga memberitahu kewujudan produk atau service mereka kepada pembeli, sayangnya ramai dalam kalangan mereka gagal menggunakan Facebook sebagai medan perniagaan.

Menurutnya lagi, setakat ini SifuFBads telah melahirkan ramai alumni yang berjaya dalam perniagaan dan membina jenama di pasaran tempatan seperti :

  • De’Xandra

  • Marshmallowscarf

  • Caryazara

  • Mamadil dan banyak lagi.

Mereka-mereka ini juga seperti usahawan lain yang bermula daripada kecil sehinggalah menjadi jenama gergasi di dalam perniagaan internet.

Apa yang saya perhatikan, mereka ini tidak jemu untuk mempelajari ilmu daripada SifuFBads ini, walaupun mereka telah berjaya, mereka masih belajar untuk memperkukuhkan lagi perniagaan mereka.

Siri Jelajah SIFUFBADS 2017

Walaupun dunia internet telah berkembang dan tiada batasannya, namum malangnya hampir 80 peratus pemilik perniagaan tidak memanfaatkan sepenuhnya teknologi yang ada terutamanya platfom Facebook untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi. Angka ini ditemui oleh pasukan SifuFBads Sdn Bhd selepas kajian dilakukan sepanjang tempoh 2015 hingga 2016.

7 Steps FB Ads For Business Owner, facebook, pasukan SifuFBads Sdn Bhd, pemasaran secara online, Pengiklanan Facebook, Perkongsian Ilmu, SifuFbads, Siri Jelajah SifuFBads, Siri Jelajah SifuFBads 2017, online marketing

78% Pemilik Bisnes Berisiko Untuk “Gulung Tikar” Jika Tidak Online-Kan Bisnes Pada 2017. Wow…menakutkan jugak kan? Jadi buat usahawan diluar sana tu, cepat-cepatlah bertindak ya!

Terkesan dengan kata-kata Tuan Mohd Effandy dalam majlis sidang media Siri Jelajah SifuFBads2017.

“Biar modal anda menimbun setinggi Gunung Fuji tetapi tanpa ilmu perniagaan anda mungkin akan menjurus kepada kerugian. Seperti juga ilmu pengiklanan Facebook, anda perlu berhati-hati memilihnya kerana ia sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Perubahannya sangat pantas, jadi pastikan setiap iklan yang anda lakukan tidak sia-sia dan sampai kepada audien sasaran. Di sinilah pentingnya pembelajaran untuk mendapatkan ilmu itu.

“Ilmu akan membuatkan anda yakin untuk terus berada di dalam lapangan perniagaan. Keyakinan akan membawa anda pergi lebih jauh untuk mencapai matlamat dan menguatkan lagi tindakan mengejar kejayaan. Saya yakin, anda boleh menjadi usahawan hebat dengan adanya ilmu, tindakan dan mentor yang sentiasa memberi bimbingan.

Memang ilmu itu amat penting tak kira apa bidang yang kita buat, tanpa ilmu pasti kita tak akan kemana-mana, hanya berada di takuk yang sama sahaja, silap haribulan menjunam kebawah. Saya pasti anda pun tak nak begitu kan?

Berdasarkan sambutan yang amat menggalakkan yang sebelum ini telah dilakukan di Johor Baharu pada 18 Februari dan Kota Bharu pada 11 Mac lalu, mereka akan mempertimbangkan sekali lagi untuk mengadakan Siri Jelajah SifuFBads 2017 di kedua-dua bandar tersebut untuk memberi peluang kepada mereka yang terlepas.

Antara lokasi dan tarikh Siri Jelajah SifuFBads 2017 akan diadakan adalah di :

  • Pulau Pinang (pada 22 April)
  • Kuala Lumpur (29 April)
  • Shah Alam (6 Mei)
  • Kota Kinabalu, Kuantan dan Ipoh (masih belum mempunyai tarikh tetap)

Misi SifuFBads

7 Steps FB Ads For Business Owner, facebook, pasukan SifuFBads Sdn Bhd, pemasaran secara online, Pengiklanan Facebook, Perkongsian Ilmu, SifuFbads, Siri Jelajah SifuFBads, Siri Jelajah SifuFBads 2017, online marketing

Misi SifuFBads adalah melahirkan jurulatih berkelayakkan untuk ditempatkan di seluruh Asia Tenggara di samping menyediakan modul-modul pembelajaran yang dikemaskini dari semasa ke semasa, diuji berkesan dan mudah difahami.

Tahun 2017 merupakan tahun untuk SifuFBads mengorak langkah drastik selepas kejayaan demi kejayaan yang dilakar melalui dalam talian. SifuFBads yang terkenal dengan penganjuran Grand Seminar yang rata-ratanya dihadiri seramai 1,500 hingga 2,000 penyertaan yang hanya diadakan di Kuala Lumpur, kini bakal menerjah ke bandar-bandar utama di Malaysia dalam Siri Jelajah SifuFBads 2017.

7 Steps FB Ads For Business Owner, facebook, pasukan SifuFBads Sdn Bhd, pemasaran secara online, Pengiklanan Facebook, Perkongsian Ilmu, SifuFbads, Siri Jelajah SifuFBads, Siri Jelajah SifuFBads 2017, online marketing

Sebagai satu usaha lagi bagi membantu para usahawan dalam memahami apa itu perniagaan online secara ringkas dan seterusnya dapat membantu mereka untuk memulakan perniagaan melalui 7 langkah mudah, maka terhasillah buku “7 Steps FB Ads For Business Owner“.

7 Steps FB Ads For Business Owner, facebook, pasukan SifuFBads Sdn Bhd, pemasaran secara online, Pengiklanan Facebook, Perkongsian Ilmu, SifuFbads, Siri Jelajah SifuFBads, Siri Jelajah SifuFBads 2017, online marketing

7 Steps FB Ads For Business Owner, facebook, pasukan SifuFBads Sdn Bhd, pemasaran secara online, Pengiklanan Facebook, Perkongsian Ilmu, SifuFbads, Siri Jelajah SifuFBads, Siri Jelajah SifuFBads 2017, online marketing

Lebih menarik setiap peserta yang menghadiri seminar ini akan diberikan sebuah buku secara percuma bertajuk “7 Steps FB Ads For Business Owner” yang di tulis sendiri oleh pihak SifuFBads. Sebuah buku khas untuk usahawan yang belum pernah buat online marketing.

Buku ini juga akan diedarkan secara percuma kepada mereka yang berminat dengan hanya mendaftar di www.sifufbads.com/7step. Jangan tunggu lama-lama untuk mendaftar kerana promosi ini hanya selama sebulan sahaja. Nak berjaya kena ada usaha yang pantas, so apa tunggu lagi, daftar lah sekarang!