Single Terbaru Kumpulan Qiara - Kembali Pada Ku

Single Terbaru Kumpulan Qiara – Kembali Pada Ku

Waktu saya zaman-zaman anak dara dulu, zaman-zaman rock kapak orang kata, salah satu kumpulan yang saya minat adalah kumpulan Qiara. Pada Era 90an dulu kumpulan ni pernah hit dengan lagu Hanya Padamu. Terkini kumpulan ini dah buat Single Terbaru Kumpulan Qiara – Kembali Pada Ku dengan penyanyi yang baru.

Korang jangan lah gelak weii..serious tau, memang minat sangat gan lagu-lagu diorang ni.

Masa berganti tahun, dan penyanyi diorang pun dah silih berganti, saya pun tak pasti dah berganti berapa kali. Apa yang saya tahu kini mereka dah ada penyanyi baru.

Alkisah, penyanyi baru kumpulan Qiara sekarang ni anak buah saya, hehehe. Terkejut gak sebab dalam diam-diam dia dah join kumpulan Qiara. Siap dah buat single terbaru lagi.

Saya dah dengar, memang best. Bukan puji sebab anak buah yang nyanyi tau, tapi serious lagi ni memang best.

Single Terbaru Kumpulan Qiara – Kembali Pada Ku

Video lirik Single Terbaru Kumpulan Qiara dah ada dekat You Tube. Kalau korang nak fefilling nanyi sama-sama bolehlah layari You Tube dibawah ini :

 

Walaupun umur saya ni dah setengah abad, sesekali nak jugak dengar lagu-lagu macam ni. Actually bukan lah lagu rock yang heavy pun, kalau slow-slow macam ni memang boleh layan jugak..hehehe.Kalau yang heavy-heavy dan terjerit-jerit tu memang saya kurang berminat sikit.

Bila dengar lagu Kembali Pada Ku ni, terasa pulak berada di zaman era muzik rock zaman 80an dan 90an dulu, terbayang-bayang nostalgia waktu zaman tu..huhuhu.

Penyanyi Baru Kumpulan Qiara

Penyanyi Baru Kumpulan Qiara, Kumpulan Qiara, Qiara

Ini lah anak buah saya yang dah jadi penyanyi untuk kumpulan Qiara. Kacak bergaya kan?? Hehehe..Keluarga panggil Ain aje, nama glamour dia AJ AZRIL.

Kami sekelaurga memang tahu dia ni minat menyanyi dan banyak jugak buat persembahan, tapi tak sangka pulak sampai join kumpulan hebat iaitu QIARA. Moga dia berjaya dengan kerjaya nyanyian yang dia minat ini.

Kalau nak kenal-kenal dengan Aj Azril ni bolehlah ke Facebook dia https://www.facebook.com/aj.azril. Dia ni lawak sikit orangnya..hehehe.