Shower Beef Di Rod Dee Ded, Rod Dee Ded, Rod Dee Ded Restoran Halal, Thai Hot Pot, Rod Dee Ded Malaysia, Thai Cuisine, Rod Dee Ded Damansara Up Town, Pork Free Restoran

“Shower Beef” Cara Terbaru Nikmati Hidangan Hot Pot Hanya Di Rod Dee Ded

Pernah dengar “Shower beef”? Haaa…mesti ramai yang belum pernah dengar kan? Untuk pengetahuan anda semua, “Shower Beef” ini merupakan cara terbaru untuk menikmat hidangan Hot Pot dengan hirisan daging lembu yang terpilih dan ianya juga cara terbaru yang pertama di Malaysia.

Shower Beef ini hanya boleh dapati di restoran Rod Dee Ded yang terletak di SS 21, Uptown, Damansara Utama iaitu, merupakan jenama yang berasal dari BANGKOK, Thailand sejak tahun 1965 dan ini merupakan outlet pertama di buka di Malaysia.

Shower Beef Di Rod Dee Ded, Rod Dee Ded, Rod Dee Ded Restoran Halal, Thai Hot Pot, Rod Dee Ded Malaysia, Thai Cuisine, Rod Dee Ded Damansara Up Town, Pork Free Restoran

Shower Beef Di Rod Dee Ded, Rod Dee Ded, Rod Dee Ded Restoran Halal, Thai Hot Pot, Rod Dee Ded Malaysia, Thai Cuisine, Rod Dee Ded Damansara Up Town, Pork Free Restoran

Rod Dee Ded yang terletak di Damansara Up Town ini merupakan pork free restoran yang mana semua daging yang di sediakan memang terpilih, berkualiti dan yang penting ianya HALAL.

Untuk hidangan “Shower Beef” mereka hanya menggunakan Australian Wagyu Beef sahaja yang terdiri dari premium dan prime wagyu, manakala daging untuk menu yang lain merupakan daging biasa dari Australia, jadi anda jangan khuatir dengar status halal daging-daging tersebut.

Nikmati Hidangan Premium Dan Prime Wagyu Beef Dengan Cara Shower Beef

Shower Beef Di Rod Dee Ded, Rod Dee Ded, Rod Dee Ded Restoran Halal, Thai Hot Pot, Rod Dee Ded Malaysia, Thai Cuisine, Rod Dee Ded Damansara Up Town, Pork Free Restoran

Shower Beef Di Rod Dee Ded, Rod Dee Ded, Rod Dee Ded Restoran Halal, Thai Hot Pot, Rod Dee Ded Malaysia, Thai Cuisine, Rod Dee Ded Damansara Up Town, Pork Free Restoran

Bagi peminat daging, jika anda datang ke restoran Rod Dee Ded ini, anda harus memesan daging lembu yang di hiris samada bahagian Striploin, Rib-eye, Oysterblade, Chuck, Short Rib dan Prime Wagyu Rib-Eye.

Terdapat 2 cara untuk anda nikmati hidangan ini iaitu dengan cara :

  • Hotpot ( disediakan dengan cara “Shower Beef” bersama 2 jenis sup iaitu sup asli dan sup pedas).
  • Ala-carte yang akan digandingan dengan mee dan juga hidangan sampingan yang lain. (cara ini juga sesuai untuk mereka yang ingin segera, boleh meminta kakitangan mereka menyediakan hidangan Shower Beef untuk anda)

Cara Penyediaan Hot Pot Di Rod Dee Ded

Berkesempatan singgah di Rod Dee Ded memberi pengalaman terbaru buat saya menikmati hidangan daging dengan cara yang cukup unik. Sebabkan pertama kali makan dengan cara begini, kami telah di beri tunjuk ajar terlebih dahulu bagaimana nak “Shower Beef” tersebut.

Keenakkan Hidangan Hot Pot Di Rod Dee Ded

Hirisan daging mentah di ambil dalam beberapa keping dan di masukkan ke dalam mangkuk, kemudian di masukkan sup ( original atau sipcy) sedikit ke dalam mangkuk tersebut. Daging tersebut di kacau bersama sup seketika, kemudian sup tersebut di tuang semula ke dalam pot, cara yang sama di ulang semula sebanyak 2 ke 3 kali agar daging tersebut lembut dan masak mengikut keinginan anda.

Anda boleh juga nikmati hidangan istimewa Shower Beef ini bersama-sama mee (4 jenis mee) dan bahan-bahan sampingan yang lain.

Serius daging yang diberi memang lembut dan juicy, setiap suapan yang masuk ke dalam mulut tak perlu bersusah payah nak gigit banyak kali kerana daging tersebut hampir mencair di dalam mulut. Rasa dia fuhhh tak terkata sedap! Memang saya cadangkan anda cuba nikmati hidangan ini jika datang restoran ini!

Hidangan Lain Yang Ada Dalam Menu Rod Dee Ded

Hidangan Thailand Yang Sedap Di Rod Dee Ded

Selain hidangan yang disediakan secara Shower Beef tersebut, terdapat juga menu lain yang cukup istimewa dan menjadi pilihan pengunjung di Rod Dee Ded yang mesti anda cuba. Jom lihat apa menu yang saya telah cuba ketika berada disana.

  • Pad kee mao – Nampak seperti kueh teow yang selalu kita makan, tapi sebab kan menu ini hidangan Thai maka rasanya cukup berbeza, ketebalan kueh teow tersebut yang sedikit tebal tetapi sedap dan puashati bila dah makan.

Pad kee mao - Hidangan Thailand Di Rod Dee Ded

  • Pad Ka Pow (daging/ayam) – Merupakan salah satu masakan yang cukup terkenal dikalangan masyarakat Thailand, menjadi kegemaran saya kalau saya ke sana Rasa ayam yang di masak bersama daun basil memang membangkitkan selera saya. Menu yang lengkap bersama nasi dan telur goreng.

Pad Ka Pow - hidangan ala-carte di Rod Dee Ded

  • Stewed brisket in claypot – Buat mereka yang menggemari daging lembu, boleh cuba stewed beef dan di makan dengan nasi. Harga pun tak lah mahal. RM10.80 aje dan anda boleh nikmati keenakkan stewed beef yang lembut dan sedap.

Stewed brisket in claypot, Shower Beef Di Rod Dee Ded, Rod Dee Ded, Rod Dee Ded Restoran Halal, Thai Hot Pot, Rod Dee Ded Malaysia, Thai Cuisine, Rod Dee Ded Damansara Up Town, Pork Free Restoran

  • Chicken Wing – Jarang dapat makan Chicken Wing sedap macam ni, kerangupan dan rasa yang cukup sempurna, di makan bersama sos thai, sungguh YUMMY! Saya sampai order lagi sebab sedap.

Chicken Wing, Menu Ala-Carte @ Rod Dee Ded - Shower Beef Di Rod Dee Ded, Rod Dee Ded, Rod Dee Ded Restoran Halal, Thai Hot Pot, Rod Dee Ded Malaysia, Thai Cuisine, Rod Dee Ded Damansara Up Town, Pork Free Restoran

  • Mua noodles – Tak nak makan nasi tapi terasa nak makan mee, anda boleh cuba Mua Noodle (pilihan kepingan daging, beef ball, brisket dan tendon) boleh pilih pedas atau original.

Mua noodles - Menu Ala-Carte @ Rod Dee Ded

Mua noodles - Menu Ala-Carte @ Rod Dee Ded

  • Chicken/Beef Green Curry – Hidangan yang satu ini saya pasti ramai yang dah makan sebab banyak terdapat di Malaysia, Cuma rasa kesedapan sesuatu menu tersebut bergantung kepada ramuan dan cara masakan masing-masing. Di Rod Dee Ded ramuannya memang di bawa khas dari Thailand, jadi rasanya memang rasa asli masakan Thai. Kuahnya juga pekat dan di makan bersama nasi stim.

Nikmati Hidangan Daging Dengan Cara Shower Beef Di Rod Dee Ded

Nikmati Hidangan Daging Dengan Cara Shower Beef Di Rod Dee Ded

  • Tendon/ Brisket – Buat peminat tendon dan brisket, anda boleh mencuba hidangan ini. Di masak dan diperap dengan cukup sempurna.

Nikmati Hidangan Daging Dengan Cara Shower Beef Di Rod Dee Ded

Nikmati Hidangan Daging Dengan Cara Shower Beef Di Rod Dee Ded

Selepas nikmati hidangan yang cukup sedap di Rod Dee Ded ni, jangan lupa order minuman yang istimewa Thai. Buat peminat teh ais, anda kena cuba Teh Ais Thai di sini, memang cukup sedap dan memuaskan. Buat yang tak minum teh, jangan risau, kopi dan minuman lain pun ada.

Shower Beef Di Rod Dee Ded, Rod Dee Ded, Rod Dee Ded Restoran Halal, Thai Hot Pot, Rod Dee Ded Malaysia, Thai Cuisine, Rod Dee Ded Damansara Up Town, Pork Free Restoran

Kesemua hidangan yang saya telah saya cuba di sini memang sedap. Tak menyesal kalau datang makan di Rod Dee Ded ni, berbaloi dengan harga yang di tawarkan, memang sesuai sangat dengan nama ROD DEE DED yang bermaksud DELICIOUS (lazat).

Setiap ramuan yang terdapat di dalam setiap hidangan ROD DEE DED, kebanyakkannya di bawa khas dari Thailand, sebab tu rasanya tidak lari jauh dari rasa masakan Thailand, bila makan di sini seolah-olah kita berada di Thailand pulak..hehehe.

Banyak lagi hidangan yang terdapat dalam menu di Rod Dee Ded yang pastinya membangkitkan selera anda dan memberi kepuasan yang tak terhingga. Harga juga memang berbaloi dengan hidangan yang di sediakan.

Bagi yang ingin mencuba keenakan menu-menu yang ada di Rod Dee Ded ini dan nak mencuba cara “Shower Beef” di sini, bolehlah ke alamat di bawah ini :

15 G, Jalan SS21/37,
Damansara Utama (3.51 km)
47400 Petaling Jaya,
Selangor.
Phone : 0135313113

Atau boleh layari :

FACEBOOK | INSTAGRAM