Citta Mall, Petaling Jaya

Jom Shopping Raya Dan Berbuka Puasa Di Citta Mall, Petaling Jaya

Korang dah bershopping baju raya atau peralatan raya belum? Macam saya, separuh dah separuh belum..hehehe. Nampak gaya dalam bulan puasa ni terpaksalah saya cari separuh lagi di mana-mana shopping mall.

Salah satu tempat yang saya rasa selesa dan suka untuk bershopping adalah di Citta Mall, Petaling Jaya. Kenapa saya suka kesana? Sebabnya, terdapat banyak gerai-gerai menjual baju-baju raya dan kuih raya, murah-murah pulak tu. Apa lagi, boleh lah shopping sakan..hehehe.

Lepas penat bershopping, kalau tak sempat nak balik rumah, boleh aje berbuka puasa terus disini, tak susah nak cari tempat makan di sini sebab tempat makan di Citta Mall ni memang banyak. Anda boleh pilih aje nak makan kat mana. Kalau saya, saya suka pergi ke Onde-Onde Restaurant dan juga kalau teringin nak makan makanan Jepun saya ke Iyakimono.

Berbuka Puasa Di Citta Mall, Citta Mall, Iyakimono Citta Mall, Maju Home Citta Mall, Onde-Onde Restaurant, Petaling Jaya, Shopping Di Citta Mall, Times Bookstore Citta Mall, Firezone Citta Mall

Jom tengok-tengok apa yang saya buat di Citta Mall kalau saya ke sana.

Onde-Onde Restaurant

Onde-Onde Restaurant ni terletak di Ground Floor aje, bersebelahan dengan lapangan parking kereta. Kedai dia pun luas dan selesa serta berkonsep terbuka.

Makanan tak payah nak cakap le…of couse sedap-sedap. Pilih aje apa yang anda nak makan yang terdapat dalam menu dia orang, sure sedap dan puashati. Saya dah rasa kebanyakkkan makanan di Onde-Onde Restaurant ni, sebab tu saya berani cakap sedap!

Berbuka Puasa Di Citta Mall, Citta Mall, Iyakimono Citta Mall, Maju Home Citta Mall, Onde-Onde Restaurant, Petaling Jaya, Shopping Di Citta Mall, Times Bookstore Citta Mall, Firezone Citta Mall

Antara menu yang saya dah cuba adalah :

  1. Grilled Chicken Butter Cream Pasta
  2. Curry Laksa Seafood
  3. Signature Asam Laksa
  4. Golden Banana Fritters with Gula Melaka
  5. ABC Gula Melaka
  6. Fried Rice Supreme
  7. Passion Fruit with Lychee
  8. Ribena Lychee
  9. Teh Tarik

This slideshow requires JavaScript.

Ramadahan nanti kalau anda berada di Citta Mall dan sekitar dengannya, bolehlah singgah ke Onde-Onde Restaurant. Info lanjut boleh layari : http://www.ondeonde.com.my/

Iyakimono

Berbuka Puasa Di Citta Mall, Citta Mall, Iyakimono Citta Mall, Maju Home Citta Mall, Onde-Onde Restaurant, Petaling Jaya, Shopping Di Citta Mall, Times Bookstore Citta Mall, Firezone Citta Mall

Iyakimono ni satu lagi tempat yang saya suka makan. Teringin nak makan makanan Jepun, sinilah yang saya terjah. Harga pun tak lah mahal.

Berbuka Puasa Di Citta Mall, Citta Mall, Iyakimono Citta Mall, Maju Home Citta Mall, Onde-Onde Restaurant, Petaling Jaya, Shopping Di Citta Mall, Times Bookstore Citta Mall, Firezone Citta Mall

Menu for Iyakimono:
1. Super Value Set C (incl teppanyaki salmon, Sanma, Chicken, Takoyaki, salad, soup, rice and green tea for 2 or 3 pax)
2. Grill Salmon set
3. Australia Slice Beef Udon
4. Grill Squid
5. Grill Yakitori
6. Takoyaki Abalone
7. Takoyaki Octopus
8. Takoyaki Chicken Cheese
9. Ice Peach Tea
10. Passion Fruit Drink

This slideshow requires JavaScript.

Berbuka Puasa Di Citta Mall, Citta Mall, Iyakimono Citta Mall, Maju Home Citta Mall, Onde-Onde Restaurant, Petaling Jaya, Shopping Di Citta Mall, Times Bookstore Citta Mall, Firezone Citta Mall

Haa…anda lihatlah apa yang kita order, semua nak rasa..nasib baik makan ramai-ramai so taklah jadi satu pembaziran. Hidangan yang simple tapi sedap!

Jika nak bersolat anda tak perlu risau kerana disini juga tersedia surau yang terletak di tingkat satu belakang Times Bookstore.

Jom Shopping Raya Dan Berbuka Puasa Di Citta Mall, Petaling Jaya

Makan sudah, solat pun sudah, kalau nak jalan-jalan lagi di Citta Mall ni pun tak ada masalah. Boleh aje jalan-jalan sampai kedai tutup, tak ada sapa nak marah..kihkihkih.

Ok..lepas bersolat anda boleh terus masuk Times Bookstore, dah dekat dengan surau so tak salah masuk sana sebab boleh cari-cari buku untuk tambah ilmu. Lama dah kisahnya tak masuk times bookstore ni, last masuk sampai tak ingat dah bila.

Times Bookstore, Citta Mall

Berbuka Puasa Di Citta Mall, Citta Mall, Iyakimono Citta Mall, Maju Home Citta Mall, Onde-Onde Restaurant, Petaling Jaya, Shopping Di Citta Mall, Times Bookstore Citta Mall, Firezone Citta Mall

Berbuka Puasa Di Citta Mall, Citta Mall, Iyakimono Citta Mall, Maju Home Citta Mall, Onde-Onde Restaurant, Petaling Jaya, Shopping Di Citta Mall, Times Bookstore Citta Mall, Firezone Citta Mall

MajuHome, Citta Mall

Lepas dari Times Bookstore saya ke MajuHome. Walaupun hanya cuci-cuci mata, tapi dalam hati berangan jugak nak dapatkan perabot disana. Macam-macam perabut ada, dari perabut office hinggalah ke perabut rumah.

Kalau anda terasa nak tukar perabut raya, boleh lah datang sini, murah-murah aje tau!

Berbuka Puasa Di Citta Mall, Citta Mall, Iyakimono Citta Mall, Maju Home Citta Mall, Onde-Onde Restaurant, Petaling Jaya, Shopping Di Citta Mall, Times Bookstore Citta Mall, Firezone Citta Mall

This slideshow requires JavaScript.

Kalau anda nak tahu, ruang MajuHome tersangatlah luas, memang banyak barang-barang terpamer disana. Dari satu ruang ke satu ruang saya masuk, rambang mata dibuatnya.

Fire Zone

Penat berjalan, nak berehat pulak. Nasib baik ada geng yang sekepala, sepakat habiskan masa selama 1 jam di Fire Zone iaitu pusat karaoke. Sambil-sambil berehat dan minum, bolehlah dengar mereka menyanyi. Saya tak pandai nyanyi jadi saya dengar je lah mereka menyanyi..hehehe.

This slideshow requires JavaScript.

Kalau anda nak tahu, Ramadhan kali ini, Fire Zone turut adakan promosi iaitu :

  1. Dari hari Isnin hingga Khamis, Beli 2 jam anda dapat percuma 1 jam (1 jam percuma hanya boleh digunakan untuk pembelian seterusnya dan tamat tempuh 1 bulan)
  2. Pihak Firezone akan menyediakan makanan ringan secara percuma (kuih dan lain-lain lagi) semasa berbuka puasa setiap hari dibulan Ramadhan.

Memang best jalan-jalan dengan kawan-kawan di Citta Mall, Petaling Jaya ni. Dapat shopping, dapat makan sedap-sedap, jalan-jalan cuci mata dan rehatkan diri di Fire Zone. Memang puashati sangat. Kalau anda belum pernah jejakkan kaki di sini, sila-silakanlah ringankan kaki anda ke Citta Mall Ramadhan 2017 kali ini.

Citta Mall
No.1, Jalan PJU 1a/48
Pusat Perdagangan Dana 1,
47301, Petaling Jaya
Tel:  +603- 7662 5000
Operations hours:
Mon – Sun: 10am -10pm
Instagram : @cittamall