Adibah Noor, Aksesori Kereta, Always Low Prices, Barangan Elektrik, Barangan Rumah, Collect @ MR.D.I.Y, duta jenama MR. DIY, habislah korang, MR. D.I.Y, MR. D.I.Y. Express, MR. DIY dah boleh beli online, MR.D.I.Y. Guarantee, Penghantaran percuma, Platfom E-Dagang

Habislah Korang…Kini Shopping MR. DIY Lebih Mudah Secara Online

Habislah Korang…Kini Shopping MR. DIY Lebih Mudah Secara Online | Rasanya kalau sebut aje nama MR. DIY semua dah tahu kan? Apa taknya, kedai yang menjual bermacam-macam peralatan runcit dengan harga yang sangat murah di bawah satu bumbung. Saya pun pantang kalau masuk kedai MR. DIY ni, sure berjam-jam boleh duduk dalam kedai tu..hehehe.

Kali ni, buat yang kaki shopping tu..habislah korang, MR. DIY dah boleh beli online! Huhh…dah boleh beli online?? Wahhh…lagi syioklah bershopping, tak payah susah payah pergi ke kedai dia, duduk je depan laptop atau ngadap telefon pintar kat mana kita berada, pilih pilih barang, bayar..tadaaa siap, nanti tunggu aje barang datang depan rumah atau kalau rajin pergi terus ke store yang terpilih untuk collect barang yang dah di order. Senang betul!

MR. D.I.Y, peruncit perkakas rumah terbesar Malaysia dengan lebih daripada 550 kedai di seluruh Asia Pasifik dengan meriahnya telah melancarkan platfom e-dagang, mrdiy.com.my di hotel Intercontinental, Kuala Lumpur.

Adibah Noor, Aksesori Kereta, Always Low Prices, Barangan Elektrik, Barangan Rumah, Collect @ MR.D.I.Y, duta jenama MR. DIY, habislah korang, MR. D.I.Y, MR. D.I.Y. Express, MR. DIY dah boleh beli online, MR.D.I.Y. Guarantee, Penghantaran percuma, Platfom E-Dagang

Apa yang perlu korang buat hanya kena siapkan credit card atau debit card aje le dan duduk aje pilih barangan yang berkenan di hati dengan harga yang rendah di platfom e-dagang MR. DIY. Haa… amacam..best tak?? Mestilah best kan..shopping mananya tak best..~heehee~.

Pelancaran Platfom E-Dagang MR. DIY

Adibah Noor, Aksesori Kereta, Always Low Prices, Barangan Elektrik, Barangan Rumah, Collect @ MR.D.I.Y, duta jenama MR. DIY, habislah korang, MR. D.I.Y, MR. D.I.Y. Express, MR. DIY dah boleh beli online, MR.D.I.Y. Guarantee, Penghantaran percuma, Platfom E-Dagang

Bersama Adibah Amin Semasa Pelancaran Platfom E-Dagang MR. DIY

Saya berpeluang hadir ke majlis pelancaran yang di adakan dengan gilang gemilang dan yang best tu saya berkesempatan bergambar dengan duta jenama MR. DIY Adibah Noor yang wajahnya dapat dilihat di iklan MR.D.I.Y. sejak 2017.

Di tahun pertama, MR. DIY melancarkan kempennya dengan slogan berani ‘Nasib baik tak beli tadi! MR DIY. murah lagi! ‘. Tahun ini, Adibah mengesahkan slogan baru MR.D.I.Y. ‘Habislah … MR.D.I.Y. Boleh Beli Online!’  Tetamu lain pada majlis itu termasuk bintang-bintang media sosial seperti Faizdickie, Rose Nicotine dan Intan Saleh.

Adibah Noor, Aksesori Kereta, Always Low Prices, Barangan Elektrik, Barangan Rumah, Collect @ MR.D.I.Y, duta jenama MR. DIY, habislah korang, MR. D.I.Y, MR. D.I.Y. Express, MR. DIY dah boleh beli online, MR.D.I.Y. Guarantee, Penghantaran percuma, Platfom E-Dagang

Saya juga sempat melihat dan mencuba sendiri pengalaman pertama melalui platfom e-dagang MR DIY.  Bukan itu aje, saya juga sempat berfoto di gerai foto interaktif dan bermain permainan mini “Grab MR.DIY” untuk menerima baucer beli-belah yang boleh ditebus di laman web dan sekali gus berpeluang untuk memenangi iPad (tapi saya tak bernasib baik pulak hari tu..huhuhu).

Adibah Noor, Aksesori Kereta, Always Low Prices, Barangan Elektrik, Barangan Rumah, Collect @ MR.D.I.Y, duta jenama MR. DIY, habislah korang, MR. D.I.Y, MR. D.I.Y. Express, MR. DIY dah boleh beli online, MR.D.I.Y. Guarantee, Penghantaran percuma, Platfom E-Dagang

Pada majlis tersebut Ketua Pemasaran & E-dagang MR.D.I.Y, Encik Andy Chin berkata,

“Kami sangat teruja dengan perkembangan terkini kami. MR.D.I.Y. telah berkembang pesat untuk menjadi jenama serantau dengan bilangan kedai yang dibuka di seluruh Malaysia dan negara-negara lain. Platfom e-dagang ini menunjukkan satu lagi perkembangan – yang menjimatkan masa dan juga menjadi perintis dalam cara perniagaan dilakukan di rantau ini, “kata Chin dengan penuh semangat.

“Dengan MRDIY.COM.MY, kami akan dapat memenuhi kehendak pasaran masyarakat yang bergantung kepada teknologi, mereka yang tidak pernah mempunyai masa atau tidak mempunyai minat untuk melawat kedai fizikal.

Selain itu, kami juga ingin menyediakan penyelesaian membeli-belah yang mudah untuk membantu menyelesaikan masalah pelanggan kami – seperti mereka yang ingin membeli secara banyak, pembelian segera, mobiliti terhad serta penjimatan kos ketika melawati kedai fizikal kami – petrol dan bayaran letak kereta.

Pelanggan juga boleh menghantar hadiah kepada keluarga dan rakan mereka apabila mereka berbelanja dengan kami secara dalam talian. Di MR.D.I.Y., kami menawarkan penyelesaian untuk mengurangkan masalah anda, “jelasnya lagi.

MR. DIY Kini Dalam Talian

Adibah Noor, Aksesori Kereta, Always Low Prices, Barangan Elektrik, Barangan Rumah, Collect @ MR.D.I.Y, duta jenama MR. DIY, habislah korang, MR. D.I.Y, MR. D.I.Y. Express, MR. DIY dah boleh beli online, MR.D.I.Y. Guarantee, Penghantaran percuma, Platfom E-Dagang

Adibah Noor, Aksesori Kereta, Always Low Prices, Barangan Elektrik, Barangan Rumah, Collect @ MR.D.I.Y, duta jenama MR. DIY, habislah korang, MR. D.I.Y, MR. D.I.Y. Express, MR. DIY dah boleh beli online, MR.D.I.Y. Guarantee, Penghantaran percuma, Platfom E-Dagang

Adibah Noor, Aksesori Kereta, Always Low Prices, Barangan Elektrik, Barangan Rumah, Collect @ MR.D.I.Y, duta jenama MR. DIY, habislah korang, MR. D.I.Y, MR. D.I.Y. Express, MR. DIY dah boleh beli online, MR.D.I.Y. Guarantee, Penghantaran percuma, Platfom E-Dagang

Buat pengetahuan anda, setiap kedai MR. DIY mempunyai lebih daripada 20,000 jenis produk. Serious memang banyak, sebab tu saya selalu ralit kalau masuk kedai ni. Produk yang ada terdiri daripada sembilan kategori :

  • Perkakas,
  • Barangan Rumah,
  • Barangan Elektrik,
  • Aksesori Kereta,
  • Alat Tulis,
  • Mainan,
  • Hadiah,
  • Sukan
  • Perhiasan & Kosmetik.

Slogan mereka, “Always Low Prices“, untuk mempromosikan nilai jenama pada harga yang berpatutan telah berjaya mencapai 128 juta pelanggan setiap tahun, yang terus meningkat dengan cepat.

MR.D.I.Y., sebuah syarikat perkakas rumah yang mempunyai lebih dari 550 kedai di seluruh Malaysia, Thailand, Brunei dan Indonesia, terus berkembang pesat di Asia-Pasifik.

Pelanggan turut diperkenalkan kepada empat ciri utama melalui presentasi laman web e-dagang MR. DIY iaitu :-

  1. Penghantaran percuma – Pelanggan boleh menikmati penghantaran percuma ke rumah mereka di Semenanjung Malaysia tanpa belanja minimum yang diperlukan untuk sebarang pesanan di bawah 5kg.
  2. MR. D.I.Y. Express – Dengan bayaran kecil, pelanggan di Lembah Klang juga boleh meminta perkhidmatan “MR.DIY Express” di mana pembelian mereka akan dihantar kepada mereka dalam masa 24 jam.
  3. Collect @ MR.D.I.Y – Dengan Collect @ MR.D.I.Y., pelanggan boleh membeli barangan secara dalam talian dan mengambilnya terus dari mana-mana 25 kedai terpilih di Lembah Klang.
  4. MR.D.I.Y. Guarantee – Dan akhirnya MR.D.I.Y. Guarantee yang menjamin pelanggan yang membeli di laman e-dagang MR.D.I.Y. akan mempunyai tujuh hari kalendar untuk memulangkan berangan yang akan ditukar atau wang dikembalikan tertakluk kepada terma dan syarat.

Adibah Noor, Aksesori Kereta, Always Low Prices, Barangan Elektrik, Barangan Rumah, Collect @ MR.D.I.Y, duta jenama MR. DIY, habislah korang, MR. D.I.Y, MR. D.I.Y. Express, MR. DIY dah boleh beli online, MR.D.I.Y. Guarantee, Penghantaran percuma, Platfom E-Dagang

Sebagai promosi pengenalan dari bulan Jun hingga Ogos 2018, pembeli yang membeli dari laman web akan menikmati penjimatan RM5 pada pembelian pertama mereka dengan perbelanjaan minimum RM10, tambahan dengan perkhidmatan penghantaran percuma.

Selain itu, kesemua urus niaga dalam talian yang berjaya dalam tempoh peraduan akan memasuki cabutan bertuah di mana mereka boleh memenangi hadiah bernilai lebih RM68,888.

Adibah Noor, Aksesori Kereta, Always Low Prices, Barangan Elektrik, Barangan Rumah, Collect @ MR.D.I.Y, duta jenama MR. DIY, habislah korang, MR. D.I.Y, MR. D.I.Y. Express, MR. DIY dah boleh beli online, MR.D.I.Y. Guarantee, Penghantaran percuma, Platfom E-Dagang

Hadiah utama bulanan termasuk iPad, iPhone X dan MacBook Pro pada setiap bulan mulai bulan Jun, Julai dan Ogos 2018.

Sementara itu, tambahan empat (4) pemenang bertuah akan berpeluang untuk memenangi hadiah harian yang terdiri daripada baucar MR. DIY bernilai RM50 setiap satu dengan pesanan pembelian barangan terpilih.

Wuhuuu…bestnyalah hadiah dia. Korang tak nak menang hadiah ke? Bestnya kan kalau dapat menang salah satu hadiah yang di beri. Dahlah dapat beli barang-barang murah, lepas tu menang pulak hadiah..fuhh terasa dunia ana yang empunya..hahaha.

Bukan itu aje..haaa ada lagi tau, untuk bulan Julai 2018, MR. DIY akan bekerjasama dengan P&G untuk menawarkan produk eksklusif  P&G dengan tawaran diskaun sehingga 35% di semua kedai dan dalam talian. Barangan terpilih ini adalah nilai terbaik yang boleh anda dapati di pasaran. P&G adalah syarikat pembekal produk pengguna terbesar di dunia dengan jenama pemimpin pasaran seperti Downy, Joy, Dynamo, Oral-B, Pantene, Gembira, Gillette, dan Head & Shoulders.

Adibah Noor, Aksesori Kereta, Always Low Prices, Barangan Elektrik, Barangan Rumah, Collect @ MR.D.I.Y, duta jenama MR. DIY, habislah korang, MR. D.I.Y, MR. D.I.Y. Express, MR. DIY dah boleh beli online, MR.D.I.Y. Guarantee, Penghantaran percuma, Platfom E-Dagang

Tambahan lagi, MRDIY.COM.MY juga menawarkan tawaran yang hebat dalam talian dengan diskaun sehingga 40% untuk jenama seperti MR.D.I.Y. jenama rumah, serta jenama antarabangsa dan tempatan yang lain seperti WD-40, Shamood Anakku, Coido, OHOYO, Pritech, Staedler, GAP, IVON dan Eveready.

OMG…rugi weii kalau tak rebut peluang untuk dapatkan tawaran diskaun yang hebat ni. So apa tunggu lagi, jom cepat layari https://www.mrdiy.com.my/.

Boleh juga lawati laman sosial Mr DIY untuk info lanjut di :

Facebook: https://www.facebook.com/mrdiy2u

Instagram: https://www.instagram.com/mrdiy2u