Shila Amzah My Journey Concert In Malaysia 2017 Akan Diadakan Di Arena of Stars, Genting

Shila Amzah My Journey Concert In Malaysia 2017 Akan Diadakan Di Arena of Stars, Genting

Shila Amzah “My Journey” Concert In Malaysia 2017 Akan Diadakan Di Arena of Stars, Genting | Nur Shahila Amzah atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah merupakan anak kepada penyanyi ND Lala tetapi berjaya mencipta nama atas usaha dan bakatnya sendiri tanpa menumpang populariti bapanya.

Dengan kemantapan vocal serta muziknya yang unik telah menggangkat nama beliau di persada muzik asia dan antarabangsa dan mendapat jolokan “Asia’s Sweetheart“.

Shila Amzah My Journey Concert In Malaysia 2017

Shila Amzah My Journey concert in Malaysia 2017 bakal diadakan di Arena of Star pada 26 Ogos 2017, 8.30 malam dan akan mempamerkan keperbagaian serta turut mempersembahkan lagu-lagu hit beliau dipasaran yang sangat kompetitif seperti Hong Kong dan Taiwan.

Shila Amzah My Journey Concert In Malaysia 2017 merupakan konsert kedua beliau di Malaysia dan konsep untuk konsert kali ini diinspirasikan daripada tajuk album terbaru beliau yang menyoroti perjalanan kejayaan yang telah dicapai sejak pertama kali menyanyi secara profesional sehingga dikenali di seluruh asia dan antarabangsa.

Antara pencapaian dan penganugerahan yang telah dicapai sebagai penyanyi selama ini :

  • Best Female Singer di Anugerah Muzik Cina ke-15.
  • Female Artist Of The Year (Hong Kong dan Taiwan) di Anugerah Muzik Guangzhou 2015.
  • The Best Female Singer (Hong Kong Dan Taiwan) di Anugerah Muzik Pioneer 2016.
  • Turut tercalon untuk World’s Best Female Artiste di Anugerah Muzik Dunia.

Dengan pencapaian tersebut, tidak hairanlah Shila Amzah dijadikan Duta Pelancongan Malaysia atas sumbangannya mempromosikan negara melalui muzik. Beliau juga turut menerima Anugerah Kembara (Anugerah Kejayaan Muzik Antarabangsa) di Anugerah Muzik Malaysia ke-20, anugerah yang diberikan kepada seniman Malaysia yang telah mempromosikan lagu-lagu Malaysia dimata dunia. Merupakan artis paling muda menerima anugerah tersebut dalam usia 26 tahun selepas menjadi juara Asia Wave (2012), sebuah pertandingan nyanyian realiti Cina yang diadakan di Shnaghai.

Bukan hanya sebagai penyanyi tetapi beliau juga merupakan penulis lagi, penerbit, aktres dan ahli perniagaan. Penyanyi muda ini mendapat pengiktirafan awal dalam kerjaya pertama beliau dengan single Patah Seribu yang menerima Pop Song Of The Year pada Anugerah Muzik Malaysia ke-19. Merupakan single dari album pop keduanya Sha-Hila.

Album terbarunya, My Journey yang dikeluarkan tahun lepas, mengesahkan populariti beliau yang berterusan. Beliau juga telah berjaya menubuhkan label rekod kedua dan syarikat pengurusan global yang dikenali sebagai Shilala (HK) Limited.

Tidak hairanlah, selain gelaran “Asia’s Sweetheart” gelaran lain yang diberikan kepada beliau adalah “Princess of Music” dan “national Treasure of Malaysia.

Shila Amzah My Journey Concert In Malaysia 2017, Arena of Stars, Genting

Shila Amzah “My Journey” Concert In Malaysia 2017 Akan Diadakan Di Arena of Stars, Genting

Buat anda yang ternanti-nantikan persembahan Shila Amzah, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan Shila Amzah My Journey Concert In Malaysia 2017 yang akan diadakan di Arena Of Stars, Resorts World Genting.

Tiket untuk Shila Amzah “My Journey” Live di Malaysia 2017 berharga RM318 (VIP), RM248 (PS1), RM188 (PS2), RM138 (PS3) dan RM108 (PS4). Ahli Kad Genting Ganjaran (GRC) berhak mendapat diskaun 10% apabila mereka membeli tiket secara tunai atau kad kredit atau dengan penebusan Genting Points. Ini terpakai untuk semua skala harga. Kemasukan satu tiket bagi setiap seorang merangkumi dewasa, kanak-kanak dari semua peringkat umur dan bayi.  

Untuk maklumat lanjut, hubungi +603 2718 1118 atau lawati www.rwgenting.com.