Shaolin Kung Fu Dan Genting International Children’s Festival Di Resorts World Genting

Shaolin Kung Fu Dan Genting International Children’s Festival Di Resorts World Genting

Shaolin Kung Fu Dan Genting International Children’s Festival Di Resorts World Genting | Tak tahu kemana hendak pergi sempena musim cuti sekolah ini? Jangan pening-pening kepala, anda tak perlu pergi jauh-jauh, bawa aje anak-anak anda menikmati keseronokkan di Resorts World Genting kerana terdapat perbagai aktiviti yang istimewa khas untuk anak-anak sempena Genting International Children’s Festival 2017.

Shaolin Kung Fu, Genting International Children's Festival, Resorts World Genting, Kung Fu, Seni Mempertahankan Diri, Aktiviti Cuti Sekolah, First World Rainforest, Genting Grand Open Car Park, Sky Avenue, Children's Festival 2017

Selain perbagai aktiviti yang ada disana, terdapat juga pementasan teater Soul Of Shaolin : Hui Guang’s Story. Yang ni bukan anak aje yang suka tapi saya pasti anda pun sama suka menonton persembahan theater yang mempersembahkan aksi seni mempertahankan diri tapi mempunyai jalan cerita yang mudah difahami.

Pementasan teater ini dipersembahkan oleh sekumpulan pemain teater yang cukup berpengalaman dalam aksi-aksi Kung Fu Shaolin dan telah mengelilingi dunia untuk pementasan teater Soal Of Shaolin.

Shaolin Kung Fu Dan Genting International Children’s Festival Di Resorts World Genting

Shaolin Kung Fu, Genting International Children's Festival, Resorts World Genting, Kung Fu, Seni Mempertahankan Diri, Aktiviti Cuti Sekolah, First World Rainforest, Genting Grand Open Car Park, Sky Avenue, Children's Festival 2017

Shaolin Kung Fu Dan Genting International Children’s Festival Di Resorts World Genting

Genting International Children’s Festival 2017 akan diadakan dari 27 Mei hingga 11 June dengan membawa slogan “Seni, Tarian dan Musik” (art, dance and music) dan dipertonton menjadi seperti pesta visual dimana para tetamu boleh menlihat dan menikmati suasana karnival yang bakal berlangsung di perbagai lokasi Resorts World Genting.

Terdapat 3 aktiviti yang akan berlangsung di Sky Avenue iaitu :

  1. “Cheers & Pom: Cheerleading,” di Aras 1.
  2. “Storyland: Cosplay Meet & Greet” di Aras 2.
  3. “Street Beats: Brass Ensemble” di Aras 3.

Dua lagi aktiviti yang untuk Genting International Children’s Festival 2017 adalah seperti :

  1. “Paradise: Forest Fairies Ballet Dance,” diadakan di First World Rainforest dan
  2. “Boulevard’s Parade”  di adakan Genting Grand Open Car Park.

Genting International Children’s Festival 2017 menjanjikan persembahan yang perbagai dan istimewa untuk semua penonton dari cheerleading, cosplaying dan juga ballet.

Shaolin Kung Fu, Genting International Children's Festival, Resorts World Genting, Kung Fu, Seni Mempertahankan Diri, Aktiviti Cuti Sekolah, First World Rainforest, Genting Grand Open Car Park, Sky Avenue, Children's Festival 2017

Bukan anak aje yang teruja, mak pun sama teruja bergambar dengan perbagai watak yang ada..hehehe

Saya pasti anak-anak anda akan teruja berjumpa dengan watak yang mereka suka bila melihat watak-watak yang dipertontonkan mengenakan persalinan mengikut watak masing-masing.

Pementasan Soul Of Shaolin : Hui Guang’s Story

Shaolin Kung Fu, Genting International Children's Festival, Resorts World Genting, Kung Fu, Seni Mempertahankan Diri, Aktiviti Cuti Sekolah, First World Rainforest, Genting Grand Open Car Park, Sky Avenue, Children's Festival 2017

Seperti yang tertulis dalam seni mempertahankan diri Cina, Shaolin Kung Fu merupakan kedua tertinggi dari segi keindahan dan kesenian. Buat peminat Kung Fu, akan tertarik melihat keindahan seni mempertahankan diri yang akan dipersembahkan sepenuhnya di Resorts World Genting. Pementasan Soul Of Shaolin ini mempunyai jalan cerita yang diangkat dari cerita kisah Hui Guang.

Pementasan Soul Of Shaolin ini akan dipersembahkan pada 28hb Mei hingga 26Jun 2017. Terdapat 2 waktu persembahan iaitu 4pm dan 9pm. Dijadualkan 22 pementasan akan dipersembahkan yang mana setiap persembahan mengambil masa 90 minit (10 minit rehat)

Shaolin Kung Fu, Genting International Children's Festival, Resorts World Genting, Kung Fu, Seni Mempertahankan Diri, Aktiviti Cuti Sekolah, First World Rainforest, Genting Grand Open Car Park, Sky Avenue, Children's Festival 2017

Shaolin Kung Fu, Genting International Children's Festival, Resorts World Genting, Kung Fu, Seni Mempertahankan Diri, Aktiviti Cuti Sekolah, First World Rainforest, Genting Grand Open Car Park, Sky Avenue, Children's Festival 2017

Kumpulan ini pernah memperoleh pencalonan Anugerah Tony 63 pada tahun 2009, dan telah dipersembahkan lebih 500 persembahan di seluruh dunia seperti Amerika Syarikat, Australia, Itali, Norway, India, Korea, Macau, Hong Kong, dan Turki. Pernah membuat persembahan di Marquis teater Broadway pada Januari 2009, dan kesemua tujuh persembahan mereka telah mendapat permintaan tinggi dan tiket semua habis dijual.

Buat anda yang berminat dengan seni mempertahankan diri ini dan ingin mengetahui jalan cerita yang dipersembahkan, bolehlah dapatkan tiket Shaolin: the Story of Hui Guang dengan harga RM156 (VIP), RM126 (PS1), RM96 (PS2). GRC (Genting Rewards Card) members layak mendapat 10% diskaun.

Jangan lupa datang beramai-ramai ke Resorts World Genting sempena cuti sekolah ini untuk menyaksikan sendiri persembahan Shaolin Kung Fu Dan Genting International Children’s Festival yang pasti menjanjikan keriangan buat anda seisi keluarga.

Untuk info lanjut boleh layari www.rwgenting.com atau hubungi +603 2718 1118