Baru-baru ini, dengan sukacitanya pihak Shaklee Malaysia Mengumumkan Pelantikan Presiden Baru mereka iaitu Cik Helen Lam. Beliau telah menyertai syarikat Shaklee Malaysia pada Januari 2016.

Shaklee Malaysia Mengumumkan Pelantikan Presiden Baru

Shaklee Malaysia Mengumumkan Pelantikan Presiden Baru, Presiden Baru Shaklee Malaysia, Shaklee

Sebelum menyertai Shaklee Malaysia, Helen telah pun bergiat aktif di dalam bidang industri Jualan Langsung melangkaui 20 tahun menerajui bahagian Pemasaran & Jualan di syarikat multinasional. Helen merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Nebraska-Lincoln, lulus dengan cemerlang dengan Ijazah Sarjana Muda Sains, Sarjana Pentadbiran Perniagaan.

“Bukan mudah mencari seorang pengurus eksekutif yang mempunyai latar belakang dan pencapaian di dalam industri ini, dengan minat yang amat mendalam membantu memberi impak positif kepada kehidupan orang lain”, ujar Roger Barnett, CEO kepada Shaklee Corporation.

Tambah beliau, “Kami amat bertuah dengan kehadiran Helen yang mahu menjadi sebahagian daripada keluarga besar Shaklee dalam membantu rakyat Malaysia untuk hidup lebih sihat dan mempunyai kehidupan yang lebih baik.  Kami amat teruja untuk melihat perubahan besar terhadap perniagaan Shaklee di Malaysia, tambahan pula kehadiran Helen sebagai Presiden, tentunya akan lebih mengeratkan jalinan hubungan perniagaan kita di dalam keluarga besar Shaklee”.

Helen mempunyai pengalaman yang cukup luas sebagai Pengurusan Eksekutif dengan rekod pencapaian cemerlang, berganding erat bersama para pengedar, bagi memacu pertumbuhan yang stabil dalam jangkamasa panjang, di dalam industri jualan langsung. Sepanjang penglibatan beliau, Helen telah berkerja secara meluas di seluruh Asia Tenggara untuk mengembangkan pertumbuhan kedua-dua pasaran baru dan yang sedia ada.

Untuk maklumat lanjut sila ke :-

Website     : www.shaklee.com.my
 
 
Anda juga boleh membuat pembelian Secara Online di Lazada:
Entry terdahulu :