Serum Antioxidant Sanny & Joleen Lifestyle Untuk Kulit Lebih Sihat

Serum Antioxidant Sanny & Joleen Lifestyle Untuk Kulit Lebih Sihat

Rutin penjagaan wajah seharian saya sangat simple. Hanya gunakan pembersih, toner dan pelembab, kemudian baru lah saya gunakan sunblock dan make-up bila keluar rumah. Sesekali pakai masker untuk kulit wajah.

Selain produk-produk skincare tersebut, ada satu lagi produk penjagaan wajah sangat-sangat wajib saya gunakan setiap hari dan paling saya suka gunakan adalah SERUM.

Kenapa saya suka serum? Sebabnya, bila umur dah masuk setengah abad, kulit wajah saya makin kering. Bila kering, mulalah gatal sana sini, bila makeup pula bercapuk capuk dan tak sekata. Pigmentasi dan garis penuaan makin kelihatan.

Walaupun saya gunakan pelembab tapi masih belum mencukupi untuk memberi kelembapan pada kulit wajah saya. Akhirnya SERUM merupakan jalan penyelesaian terhadap pelbagai masalah kulit wajah saya kerana serum mampu menembusi lapisan kulit dan dapat memberi lebih manfaat yang sepenuhnya pada kulit wajah kita.

Sanny & Joleen Lifestyle

Produk penjagaan wajah dari Sanny & Joleen Lifestyle

Nak dapatkan serum yang bagus pun masalah juga. Lambakan produk di pasaran membuatkan saya jadi pening nak buat pilihan, dan harga serum bukannya murah, ada yang beratus ringgit untuk satu botol yang kecil.

Akhirnya saya telah diperkenalkan dengan Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum. Saya berani cuba serum ini disebabkan bahan-bahan yang terkandung di dalam serum ini tidak ada bahan kimia dan selamat digunakan so saya beranilah cuba.

Antara bahan yang terkandung adalah Aqua, Niacinamide, Trehalose, Citrus Reticulata (Tangerine) Peel Extract, Yeast Beta Glucan, Sodium Acrylates Copolymer, Sorbitan Caprylate, Panthenol, Lecithin, Tocotrienols, Calendula Officinalis Seed Oil, Olea Europaea (Olive) Fruit Oil, Propanediol, Benzoic Acid, Tetrasodium Glutamate Diacetate.

Serum Sanny & Joleen yang ringan dan tidak melekit

Dulu nak dapatkan sebotol serum kena pikir dua tiga kali sebab harga serum yang terjual dipasaran memang mahal. Tapi dengan adanya serum antioxidant by Sanny & Joleen ni dapatlah saya gunakan serum ke wajah saya disebabkan harga dia tak lah mahal sangat serta mudah diperolehi di farmasi-farmasi yang terpilih. (boleh rujuk di >SINI<untuk dapatkan Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum ini di farmasi berdekatan).

Kebaikkan Serum Antioxidant 

Antioxidant Serum yang mampu merawat masalah kulit

Serum Antioxidant ini merupakan serum muka anti-penuaan yang terbaik dan berfungsi dengan cepat. Manakala teksturnya sangat ringan dan tidak melekit, malah cepat menyerap kedalam kulit wajah kita. Setelah mencuba serum ini beberapa kali, kulit wajah saya tidak lagi kering seperti kebiasaan.

Keunikan utama Serum Antioksidan ini ianya mengandungi Premium Vitamin E** tocotrienol – kajian menunjukkan bahawa tocotrienol mempunyai potensi antioksida 40-60 kali lebih tinggi daripada yang lebih biasa varian Vitamin E alpha-tocopherol (kebanyakan produk penjagaan kulit Vitamin E yang terdapat di kedai adalah tokoferol). Ia juga menyejukkan dan tidak berminyak.

Kebaikkan serum antioxidant ini :

  • mempercepatkan proses perawatan kulit,
  • memudarkan hiperpigmentasi,
  • membina kolagen untuk memberi keanjalan pada kulit,
  • membantu meremajakan kulit,
  • melembapkan,
  • menutrisi,
  • meratakan warna kulit, memudarkan garis halus yang kelihatan di wajah
  • serta memberikan pelindungan tambahan terhadap kulit wajah kita.

Agar hasil serum dipakai mendapatkan hasil yang luar biasa dan memuaskan, seeloknya gunakan serum dengan cara urutan yang harus diikuti, dibawah ini merupakan aturan pemakaian serum wajah yang boleh ikuti.

Untuk mendapatkan hasil yang seperti apa yang diharapkan, kita kenalah juga rajin memakai produk ini setiap hari. Kata nak cantik, so kenalah rajin. Untuk dapatkan kulit wajah yang cantik berseri, jom dapatkan serum antioxsidant di farmasi-farmasi yang terpilih berdekatan anda.

Antioxidant Serum