Khai Bahar Dominasi Senarai Top 5 TOP HOT 2017

Khai Bahar Dominasi Senarai Top 5 TOP HOT 2017

KHAI BAHAR DOMINASI TOP HOT 2017 | Kehangatan Top Hot 2017 terus dirasai saat ini apabila senarai penuh lima teratas bagi 5 kategori yang dipertandingkan telah diumumkan pada pagi Isnin lalu di radio Hot FM.

Khai Bahar mendominasi senarai Top 5 Top Hot 2017 apabila disenaraikan sebagai calon akhir dalam 3 pencalonan. Manakala bagi kategori Lagu Hot 2017, sebanyak 117 buah lagu disenarai pendek dalam penentuan 100 lagu paling popular untuk tahun 2017.

Undian peringkat akhir bagi Top Hot 2017 untuk 6 kategori yang dipertandingkan bermula pada Isnin, 27 November dan akan ditutup pada Jumaat, 15 Disember 2017 jam 12.00 tengah malam.

Pemenang akan diumumkan di Hot FM pada 29 Disember bermula jam 6.00 pagi dan semua perkembangan terkini boleh diikuti menerusi platform digital Hot FM.

Juara Top Hot 2017 akan dipilih berdasarkan kiraan undian tertinggi yang diterima oleh Hot FM di laman web rasmi www.hotfm.com.my. Ini merupakan kali pertama Hot FM memperkenalkan Top Hot 2017, jangan lupa untuk terus mengundi artis Malaysia kegemaran anda.

Untuk informasi lanjut, sila layari laman web rasmi www.hotfm.com.my serta laman sosial media rasmi stesen Hot FM di Youtube : Hot TV / Instagram / Twitter : @hotfm976 / Facebook : Hot FM / Whatsapp : 017 – 302 8822.

Berikut adalah senarai penuh top 5 Top Hot 2017:

Penyanyi Lelaki Hot 2017

Khai Bahar

Haqiem Rusli

Super Syazwan

Aiman Tino

Fattah Amin

Penyanyi Wanita Hot 2017

Siti Nordiana

Wany Hasrita

Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Ara Johari

Wani Kayrie

Penyanyi Baru Hot 2017

Ismail Izzani

Along Mentor Milenia

Fattah Amin

Flor 88

As’ad Motawh

Super Band Hot 2017

Akim & The Majistret

Floor 88

Putera Band

Half Asleep

Saujana

FB Live Hot 2017

FB Rock Hot Jamming bersama Neon & Khai Bahar

FB Rock Hot Jamming bersama Siti Nordiana

FB Rock Hot Jamming bersama Khai Bahar & Wany Hasrita

FB Rock Hot Jamming bersama Ara Johari & Nastia

FB Rock Hot Jamming bersama Akim & The Majistret