Semarak Bangsawan Dan Panggung Seni Tradisional 2017

Semarak Bangsawan Dan Panggung Seni Tradisional 2017

Pelancaran Semarak Bangsawan Dan Panggung Seni Tradisional 2017 telah diadakan pada 9 Mei 2017 di Restoran Rebung Chef Ismail, Jalan Tangling, Taman Botani Perdana dengan penuh gilang gemilang dengan persembahan tarian perbagai kaum serta fragmen teater bangsawan ( sedutan dari Bangsawan Cincin Naga). Turut hadir dalam majlis tersebut merupakan VVIP, para pengiat theater, rakan media dan blogger.

Semarak Bangsawan 2017,Panggung Seni Tradisional 2017,Traditional Art Showcase 2017, Program Semarak Pangsawan, Tiket menyaksikan pementasan Semarak bangsawan, Tiket Panggung Seni Tradisional, Majlis Pelancaran, Teater, Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian (JKKN), Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Semarak Bangsawan Dan Panggung Seni Tradisional 2017

Salah satu persembahan yang menghiburkan ketika majlis Pelancaran Semarak Bangsawan Dan Panggung Seni Tradisional 2017

Semarak Bangsawan Dan Panggung Seni Tradisional 2017

Objektif Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian (JKKN) dan Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) dalam mewujudkan Program Semarak Bangsawan 2017 dan Panggung Seni Tradisional 2017 adalah untuk memelihara warisan seni dan budaya serta mengembalikan seni bangsawan di negara kita ini dari terkubur.

Program sebegini saya pasti memang dinanti-nantikan oleh para aktivis dan pengemar teater setiap tahun sejak ia diperkenalkan.

Semarak Bangsawan 2017,Panggung Seni Tradisional 2017,Traditional Art Showcase 2017, Program Semarak Pangsawan, Tiket menyaksikan pementasan Semarak bangsawan, Tiket Panggung Seni Tradisional, Majlis Pelancaran, Teater, Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian (JKKN), Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Semarak Bangsawan Dan Panggung Seni Tradisional 2017

Sekitar Majlis Pelancaran Semarak Bangsawan Dan Panggung Seni Tradisional 2017

Pada majlis Pelancaran Semarak Bangsawan Dan Panggung Seni Tradisional 2017, Ketua Pengarah JKKN, YBhg Tan Sri Norliza Rofli turut berkata, objektif penganjuran Semarak Bangsawan Dan Panggung Seni Tradisional 2017 diadakan bagi memelihara dan mengembangkan kesenian bangsawan dan juga sebagai salah satu produk untuk tarikan pelancongan. Walaupun dalam ekonomi yang tidak menentu, beliau tetap komited dalam pelaksanaan program Semarak Bangsawan berjalan dengan lancar dan seperti yang di rangcang.

Program Semarak Bangsawan 2017

Semarak Bangsawan 2017,Panggung Seni Tradisional 2017,Traditional Art Showcase 2017, Program Semarak Pangsawan, Tiket menyaksikan pementasan Semarak bangsawan, Tiket Panggung Seni Tradisional, Majlis Pelancaran, Teater, Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian (JKKN), Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Semarak Bangsawan Dan Panggung Seni Tradisional 2017

Program sebegini juga meningkatkan minat dan kecintaan masyarakat terhadap kesenian bangsawan serta meningkatkan bilangan penggiat dan kumpulan-kumpulan bangsawan khususnya di kalangan generasi muda sebagai pelapis di masa hadapan.

Pada tahun ini terdapat 5 kumpulan yang telah dinilai dari sebanyak 13 kumpulan yang membuat permohonan. Kali ini Semarak Bangsawan 2017 mempunyai keistimewaan terutama dari sudut naskah yang perbagai iaitu naskah yang diterjemah dari barat sepert Cincin Naga Api (The lord Of The Ring, dr China Zhou Si Anak Yatim (The orphan of Zhoa) yang bergabung dengan naskah tempatan spt Dewa Kencana dn Dendam Laksamana.

Buat pertama kalinya juga program Semarak Bangsawan ini turut disertai kumpulan negara Singapore iaitu Kumpulan Seni Singapura dengan naskah Satria Menara Putih.

Persembahan bakal bermula pada bulan Mei 2017 bertempat di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Antara jadual yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :-

  1. Persatuan Seni Ceritera Negeri Selangor dengan naskah Cincin Naga Api, adaptasi dan olahan semula dari filem The Lord of The Ring. Akan dipentasakan pada (12 -14 Mei 2017)
  2. Perkumpulan Seni Singapura dengan naskah bangsawan Satria Menara Putih, karya Samsudin Said ( 21 – 23 Julai 2017)
  3. Bangsawan Dewa Kencana karya dan arahan En Kamrul AR oleh Pertubuhan Hidayah Kuala Lumpur dan Selangor (15-17 september 2017)
  4. Bangsawan Zhao Si Anak Yatim oleh Opera Sri Bandaraya ( 13 – 15 Oktober)

Panggung Seni Tradisional 2017

Semarak Bangsawan 2017,Panggung Seni Tradisional 2017,Traditional Art Showcase 2017, Program Semarak Pangsawan, Tiket menyaksikan pementasan Semarak bangsawan, Tiket Panggung Seni Tradisional, Majlis Pelancaran, Teater, Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian (JKKN), Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Semarak Bangsawan Dan Panggung Seni Tradisional 2017

Pada majlis yang diadakan pada hari tersebut YBhg Tan Sri Norliza turut melancarkan program Panggung Seni Tradisional yang telah dilaksanakan selama 4 tahun bermula pada tahun 2009 hingga 2012. Pada tahun 2013 program ini telah diberi nafas baru, jenama baru dan skop pelaksanaan bidang yang merangkumi tari dan muzik selain teater.

Objektif program :-

  • Menjadikan Kuala Lumpur sebagai Hub persembahan kesenian traditional.
  • Menjadikan kesenian tradisional sebagai salah satu produk pelancongan.
  • Memberi peluang kepada warga Kuala Lumpur dan peminat kesenian tradisional terutama para pelancong yang menyaksikan kesenian dengan lebih dekat.
  • Pemuliharaan dan pengekalan seni tradisional yang semakin pupus dan tiada pelapis.
  • Mengangkat dan mermartabatkan kesenian tradisional ke taraf kecermerlangan.
  • Meningkatkan penghayatan dan kecintaan terhadap kesenian tradisional.

Kini, Panggung Seni Tradisional 2017 (PST2017) kembali menemui warga kota Kuala Lumpur di DEWAN TUANKU ABDUL RAHMAN (MATIC). Program kali ini menampilkan beberapa kumpulan dan dipersembahkan seperti :-

  1. Opera Cina persembahan Kumpulan The Sound of Tai Hei dengan tajuk Wedding Nite – The Gathering and Fairy Tales in The Heaven. ( 28 – 29 Julai)
  2. Dramatari Klasik India, Persatuan Seni Persembahan Malaysia (ASTANA) dengan tajuk Devda, ( 25 – 26 Ogos)
  3. Teater Traditional Jikey, AKRAB Kedah dengan tajuk Naga Api (27 – 28 Oktober)
  4. Koleksi Tari Serumpun, KK JKKN, Pe-Zapin, ASWARA, UPSI dengan tajuk Koleksi Tari Serumpun. (17 – 18 November)

Semarak Bangsawan 2017,Panggung Seni Tradisional 2017,Traditional Art Showcase 2017, Program Semarak Pangsawan, Tiket menyaksikan pementasan Semarak bangsawan, Tiket Panggung Seni Tradisional, Majlis Pelancaran, Teater, Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian (JKKN), Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Semarak Bangsawan Dan Panggung Seni Tradisional 2017

Tiket untuk menyaksikan Semarak Bangsawan Dan Panggung Seni Tradisional 2017 adalah seperti berikut :-

Tiket menyaksikan pementasan Semarak bangsawan
RM10, RM25 dan RM50 (premier)
(*bagi mereka yang membeli tiket RM50, keistimewaan diperolehi adalah
tempat duduk yang lebih selesa dan jamuan disediakan selepas persembahan)
 
Tiket Panggung Seni Tradisional
RM20 (Biasa/Regular)
(*nota: 50% diskaun bagi pelajar, warga emas, oku)
dan RM50 (premier)
(*nota : Para pembeli tiket vip/premier
akan menerima  goodies dari pihak penganjur)
Untuk sebarang pertanyaan dan info bolehhubungi :
03 26148200 (JKKN)
03 92354800/4900 (MATIC)
Website :