Segi Fresh, Segi Fresh Malaysia, Pasaraya Borong, Pasaraya Murah, Barangan Dapur Segar, Barangan Dapur Murah, Shopping Barang Dapur, Pasaraya Segi Fresh, Harga Borong

Segi Fresh Pusat Membeli-Belah Barangan Runcit Buat Para Peniaga Dan Pelanggan Dengan Harga Yang Sangat Murah

Zaman dulu-dulu kalau nak membeli belah barangan dapur, kebanyakkan pengguna dan peniaga akan pergi ke pasar traditional ataupun pasar borong. Tapi kini walaupun pasar traditional masih ada tapi ramai yang telah beralih kepasaraya moden yang lebih bersaiz besar dan mempunyai pelbagai kemudahan seperti terdapat pelbahagi pilihan barang yang di jual, adanya penghawa dingin, tempat letak kereta yang banyak, terletak di kawasan kejiranan dan macam-macam lagi.

Macam saya, dulu-dulu rajin juga ke pasar basah di Chow Kit ataupun Selayang, memang stress jugaklah setiap kali ke pasar disebabkan kesesakan, lecak, panas, nak parking pun susah, tapi bila dah ada pasaraya yang lebih selesa dan memberi kemudahan yang memuaskan, kenapa saya nak susahkan diri saya nak ke tempat yang membuatkan saya rimas, sedangkan ada lagi tempat yang bagus dan lebih selesa untuk saya pergi.

Mahal? Ehh..anda kenalah tahu pasaraya yang bagaimana anda nak pergi membeli belah. Of coz lah mahal kalau anda masuk ke pasaraya yang terletak dalam shopping mall ataupun pasaraya yang mempunyai nama besar dan gah. Cuba anda masuk ke pasaraya Segi Fresh, sure anda akan terkejut melihat harga-harga barangan yang di tawarkan. Serious murah gila!

Sebagai seorang ibu tunggal dan kerja pun tak menentu, dengan peningkatan kos sara hidup serta harga barang yang tinggi sekarang ni, tak kan lah saya nak berbelanja ikut suka hati saya aje, saya kena lebih bijak berbelanja untuk menjimatkan kos perbelanjaan rumah. Kalau tak, nanti kena berikat perut pulak kami anak beranak.

Segi Fresh Pusat Membeli-Belah Barangan Runcit Buat Para Pedagang Dan Pengguna

Segi Fresh Pusat Membeli-Belah Runcit Buat Para Pedagang Dan PenggunaSegi Fresh, Segi Fresh Malaysia, Pasaraya Borong, Pasaraya Murah, Barangan Dapur Segar, Barangan Dapur Murah, Shopping Barang Dapur, Pasaraya Segi Fresh, Harga Borong

Di sebabkan dengan peningkatan kos sara hidup dan harga barang yang tinggi, saya seringkali membuat perbandingan harga barangan yang saya perlukan samada melalui online ataupun dengan melihat risalah barangan yang ada harga promosi-promosi hebat yang ditawarkan.

Terus terang saya cakap, setelah membuat perbandingan harga barangan runcit sana sini, pilihan saya tetap “Segi Fresh”. Walaupun ianya tidak se “gah” dan semoden pasaraya yang terletak dalam shopping mall atau yang sudah mempunyai nama besar, tapi dari segi harga murah, rasa saya pasaraya lain pun kalah.

Masih menampakkan ciri-ciri pasaraya basah, barangan yang dijual di Segi Fresh juga pelbagai, merangkumi keperluan harian dan barangan runcit buat para pedagang(peniaga) dan orang awam di bawah satu bumbung pada harga yang cukup murah.

Segi Fresh, Segi Fresh Malaysia, Pasaraya Borong, Pasaraya Murah, Barangan Dapur Segar, Barangan Dapur Murah, Shopping Barang Dapur, Pasaraya Segi Fresh, Harga Borong

Pusat Membeli-Belah Barangan Runcit Buat Para Pedagang Dan Pengguna Dengan Harga Murah

Terdapat juga hotel, restoran, kedai-kedai yang mengusahakan perniagaan makanan dan runcit, membeli barangan secara borong di pasaraya Segi Fresh ni. Telah mempunyai pelanggan tetap sendiri. Ini terbukti menunjukkan yang pasaraya Segi Fresh memang pilihan yang terbaik buat semua, peniaga ni mana lah nak beli barang-barang di pasaraya mahal, mestilah mereka nak beli borong di pasaraya yang paling murah. Haaaa…anda nampak tak kat situ apa yang saya nak sampaikan???

Segi Fresh, Segi Fresh Malaysia, Pasaraya Borong, Pasaraya Murah, Barangan Dapur Segar, Barangan Dapur Murah, Shopping Barang Dapur, Pasaraya Segi Fresh, Harga Borong

Ni dah dekat nak Ramadhan ni kan, mesti ramai yang akan berniaga di pasar Ramadhan dan ada juga yang nak berniaga kuih raya, saya cadangkan anda membeli belah bahan-bahan basah atau kering di Segi Fresh. Nak berniaga ni kenalah bijak, cari bahan yang berkualiti dengan harga yang murah. Keuntungan dan kualiti barang kena sama-sama seiring (Jadilah pengguna yang bijak!).

Macam kita sebagai pengguna/pembeli biasa, walaupun tidak membeli barangan di sana secara borong, tapi harga yang di tawarkan masih murah ikut pandangan saya (disini anda kena bijak membuat perbandingan harga dari satu pasaraya ke satu pasaraya).

Satu lagi saya nak bagitahu pada anda ya, harga barangan mentah ni bukan harga FIX (bukan harga tetap), ianya berubah mengikut bekalan dan juga permintaan. Kalau hari ni anda beli RM1.00, tak semestinya besok atau seminggu anda dapat harga RM1.00 juga, boleh jadi akan turun ke RM0.80 atau boleh jadi naik.

Membeli keperluan dapur di Segi Fresh

Kusyuk betul mama pilih bawang..hehehe

Segi Fresh Pusat Membeli-Belah Barangan Runcit Buat Para Pedagang Dan Pengguna

Dari segi kesegaran pula, walaupun harga yang ditawarkan murah berbanding di tempat lain, tidak bermakna produk yang diberi teruk. Dari pemerhatian saya sebagai penguna yang selalu membeli belah di Segi Fresh, barangan basah dan juga kering yang di jual segar-segar dan berkualiti. Alaaaa…kalau anda ke pasaraya mana-mana pun, kadang-kadang ada juga barangan basah mereka yang dah tak berapa elok, ini biasalah di mana-mana pasaraya pun, apa yang penting anda pilih lah dahulu sebelum membeli.

Di Segi Fresh ni, hasil barangan basah dan juga runcit diperolehi secara langsung dari nelayan, petani serta pengeluar di dalam dan luar negara, ini bermakna tiada sistem orang tengah, dengan ini mereka terus dapat mengawal kesegaran dan kualiti dengan mengawasi logistiknya sendiri, termasuk penyimpanan dan pengedaran kepada semua rangkaian pemasaran dan pengguna.

Keseronokan Membeli Belah Di Pasaraya Segi Fresh

Membeli Keperluan Dapur Rumah Murah

Sibuk mengarah anak-anak memilih barangan apa yang patut di beli..hehehe

Baru-baru ni, dalam sibuk pergi event sana sini, sempat lagi saya singgah ke salah satu cawangan pasaraya Segi Fresh Balakong untuk membeli keperluan dapur sebab barangan dapur lama dah nak habis. Alang-alang dah ada di area Balakong teruslah saya masuk ke Segi Fresh di sana.

Saya ni kalau beli barangan dapur memang berjam jam lah dalam tu, lebih-lebih lagi kalau tengok barangan tersebut tersusun cantik serta segar-segar. Kalau boleh macam-macamlah saya nak beli, tapi sebab kena budget dan satu lagi peti ais di rumah tak lah besar mana, so saya beli ikut keperluan yang penting sahaja, bukan ikut kehendak hati dan nafsu.

Kali ni, saya more to bahagian basah sebab barang-barang kering dirumah masih ada banyak. Tak nak terjebak membeli barang yang tak diperlukan, saya terus ke bahagian basah. Kelihatan ikan, ayam, daging, sotong dan lain-lain lagi nampak segar-segar.

Membeli Barangan Basah Seperti Ikan, Ayam dan lain-lain

Tengoklah harga ikan-ikan disini. Murah-murah sangat kan?

Nampak ikan salmon tersusun cantik, terus terasa nak beli salmon, dah terbayang nak masak apa dengan ikan tersebut. Kemudian nampak pula sotong, ehh nak jugak lah, kalau buat masak lemak sotong sodap sangat ni…hehehe. Selesai timbang sotong, jalan sedikit ke hadapan, nampak pula udang…jeng jeng jeng, korang rasa saya nak ke tak nak? Of coz lah saya nak, dah terbayang pula dalam otak ni nak masak sambal udang dengan petai.

Shopping Udang segar dan murah di Segi Fresh

Udang segar dan murah di Segi Fresh

Shopping ikan segar dan murah di Segi Fresh

Ikan keli yang telah dibersihkan, kelihatan segar. Buat goreng ikan keli sambal atau masak lomak cili api pun sodap.

Shopping ayam segar dan murah

Jelas kelihatan kegembiraan di wajah pembeli bersama 2 ekor ayam segar.

Selepas dah pilih apa yang perlu dan di masukkan ke dalam trolley, saya ke bahagian sayur-sayuran pula. Not bad juga sayur-sayur di sini, nampak segar bugar. Di bahagian ini saya ambil timun, kobis, taugeh dan juga sawi. Bila dah ada taugeh dan sawi, terus terfikir nak masak mee goreng mamak kesukaan anak saya dan terus saya ambil pula mee kasar yang tersusun elok di rak yang di khaskan.

Membeli keperluan dapur di Pasaraya Segi Fresh

Sayuran yang kelihatan segar bugar dan cantik

Sayuran yang kelihatan segar bugar di Segi Fresh

Sayuran yang kelihatan segar bugar dan cantik

Sayuran yang cantik menghijau

Sayuran yang kelihatan segar bugar di Segi Fresh

Setiap kali saya ke pasaraya, saya pasti akan ke bahagian frozen sebab barang frozen ni boleh simpan lama di peti ais. Selalunya saya akan beli ekor lembu, daging, kambing, lamb chop, chicken drummet dan lain-lain barangan frozen yang di fikir perlu. Owhh ya, tak lupa juga chicken breast untuk anak-anak bulus saya.

Shopping barangan frozen di Segi Fresh

Shopping barangan frozen di Segi Fresh

Serious memang seronok membeli belah di pasaraya Segi Fresh. Kiranya saya dapat membeli keperluan dapur dirumah mengikut budget yang saya inginkan. Dengan harga tersebut juga, maka stok dirumah saya bolehlah bertahan untuk sebulan, Alhamdulillah.

Buat anda yang nak berjimat cermat tu boleh lah datang ke Segi Fresh ni ya, ianya menjanjikan produk yang SEGAR dan PENJIMATAN yang sungguh berbaloi.

Membeli belah keperluan dapur di Segi Fresh

Segi Fresh ni mempunyai 32 cawangan, jadi anda bolehlah pilih mana nak pergi atau berdekatan dengan rumah anda.

Inginkan info lanjut mengenai Segi Fresh dan tawaran-tawaran hebat yang di jalankan setiap hari, bolehlah layari :

WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM